Bismillah~
Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca AkuIslam.com.
Tujuan saya menulis artikel ini bukan bermaksud tidak berpuas hati dengan ciptaan Allah SWT tetapi hanya peringatan untuk diri sendiri.
Sudah lumrah manusia, seseorang yang kacak dan cantik akan selalu diutamakan. Kita boleh lihat disekolah atau dimana-mana tempat sahaja.
Walaupun seseorang yang kacak dan cantik itu bukan seorang yang berilmu, tetapi kekacakan dan kecantikan sudah dapat menarik perhatian orang.
Bagaimana mereka yang kurang kacak dan kurang cantik?
Maaf saya katakan. Mereka selalu disisihkan! Mereka tidak akan mendapat layanan seperti mereka yang kacak dan cantik.
Sekali lagi, ini lumrah manusia.
Mereka yang kurang kacak dan cantik ini akan rasa sangat tersisih.
Bukan tidak bersyukur, tetapi kecewa dengan sikap manusia yang hanya ”pandang” orang-orang yang kacak dan cantik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
Riwayat Muslim
Sebagai seorang yang kurang kacak dan cantik, perlukah kita mengeluh?
Tepuk dada tanya Iman. Bersabar dan bersyukurlah apabila menerima ujian ini.
Fiman Allah:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (QS al-Baqarah : 177)
Biarlah kita tidak dipandang manusia, asalkan kita dipandang Allah. Ingatlah, setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan setiap kelebihan pasti ada kekurangan.
Alhamdulillah. Kekurangan ini ada pada diri saya dan saya sangat bersyukur kerana kekurangan ini menyebabkan saya tidak pernah ”bercouple” sebelum nikah yang akan mendekatkan diri kepada zina.
Besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya.
Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan. Teruskan senyum :)
****
artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh Hamba Allah. Semoga memberi manfaat kepada semua =)
Tinggalkan Komen Anda..
betulkah kecantikan seorang perempuan bergantung kpd lelaki
org lelaki sekelas saya selalu menganggap saya yg kurang cantik ni malas,x pndai,suka fitnah org,perangai x elok,tidak hormat kpada org tua..tetapi bila perempuan cntik sangat mereka menganggap sebaliknya dgn hnya melihat rupa
Saya agak tertanya-tanya kenapa org selalu ejek saya walaupun saya tidak buat apa² salah pon kepada mereka..kadang² saya berasa seperti org bodoh.Sampaikan semua org pandang saya seperti sampah..walaupun saya mempunyai rupa sederhana,saya tidak sombong tetapi saya sering dipijak kembali oleh masyarakat.Saya mahu bebas..saya hanya mampu duduk di suatu sudut yng sunyi dan gelap sambil menjadi sampah yng sebenar…budak 12 tahun pon tidak hormat saya yng berumur….saya menanti ajal untuk keamanan diri sendiri….
:’)
Sma lh…aku pun mcm kau…aku banyak kali pikir aku nk bunuh diri
kurang tepat tu..xsemua yg krg kacak/cantik disisih..sy blh dikatakan t’golong dlm gol yg cantik/comel (bkn puji diri,tp kwn2/org sekeliling yg ckp)..tp still slalu jgk t’sisih..tgk situasi..kalo sy berada dlm kelompok yg ‘gedik2’/kelompok ala2 hijabista..sy xleh go on..w/pun hakikatnya sy blh transform diri sy jd mcm diorg..tp sy pilih utk simple..sy prefer low profile..bg sy lbh baik perlengkapkan diri dgn ilmu..try to think positive..dulu2 sy selalu gak terasa bila disisih..tp bila sy dh buat postgrad study n dikelilingi org2 b’ilmu situasi jd b’lainan..cara kita b’fikir pun lebih matang..so kalau t’sisih oleh ‘makhluk2’ yg x mendtgkan kepentingan kpd kita,just ignore them..move on je..yg penting slalu motivate diri sendiri..luaskan network..insyaAllah everythg would be ok..yg penting our inner strength
betul tu,saya sampai sekarang xde gf biarpun umur dah masuk 30an.Dalam berkawan pon mereka memilih rupa,walaupun kita berbuat baik macam mana pun,yg kacak dan cantik jugak dapat perhatian walaupun mereka selalu membuat salah.tapi sy ttpkan dlm hati,sudah lumrah manusia,hny suka pada benda yg elok dan cantik.yang penting Allah sentiasa bersama saya
seme yg Allah cipta itu adalah yg tercantik,terbaik,…seme yg Allah cipta itu adalah sama, jadi kita harus bersyukur dengan apa yg Allah beri kan kpada kita……..teruskan senyum:>
Bersyukur Seadanya.. :)
assalam…pada saya apa yg diperkata oleh writer itu btol tpi bkn 100 peratus sya stuju…kadang2 kita yg menzalimi diri kita sndri…seperti sya sndri, syukur kpd Allah dgn kurniaan fizikal yg diberi kpd sya(pda sya, sya dah cukup cntik hehehe)…sya xprnah riak dgn apa yg sya ada tpi sya lagi bersemangat mngajak suma yg ada disekeliling kita utk brsyukur dgn apa yg kita ada…pda sya, suma makhluk yg dicipta itu sudah semulajadi cantik dan mempunyai kecantikan yg trsendri…sya sndri xprnah couple walaupun ramai ckp sya ni comel or whatsoever…kpd writer, kuatkn diri anda, percaya kpd kecantikan yg telah dikurniakan oleh Allah dan yg paling pnting, ignore org2 yg suka double standard tu k….hwaiting :D
assalamualaikum… bagaimana pula seseorang tidak kacak menggunakan gambar orang lain untuk memikat pmpuan. dgn kata lain, menyimpan rahsia/menipu sepanjang perkenalan… macam mana tu…, tp adakah boleh diterima keadaan ditipu sebgitu sekali? mohon pendapat.
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit. :)