Bagaimana Mahu Terus Kuat Melangkah dan Meneruskan Kehidupan?

kuat dalam kehidupan

“Saya harap saya kuat macam awak, can you give some tips?”

“tiada yang mudah melainkan dengan izin yang Esa”

Senyum, tarik nafas.

Kekuatan itu tidak hadir melainkan dengan izin yang Esa.

Dari satu fasa ke satu fasa lain, tak mudahkan.

Apa yang saya boleh kata, awak kena berbalik pada Allah, baiki hubungan dengan Nya, dan semuanya akan dipermudah.

Bagaimana untuk memperoleh kekuatan itu?

Pertama, tekad.

Awak kena bagi diri awak peluang, peluang untuk hidup yang lebih bermakna.

Dengan meletakkan diri awak dalam frasa yang lama membuat diri awak sendiri yang tutup peluang untuk awak dapat kehidupan yang lebih baik.

So, tanyalah pada diri okey.

Awak nak keluar tak dari dunia lama tu.


Kedua, sabar.

Sabar mudahnya terucap dibibirkan, tapi hakikatnya kita sebagai manusia, selalu mengehadkan kesabaran tu.

Sabar itu indah namun payah.

Ya, untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar.

Ingat senang ke nak sesuai kan dengan kehidupan baru.

So sabarlah dengan rencana Allah, mungkin ada ujian yang Allah kirim buat kamu.


Ketiga, Redha.

Ini satu lagi perkataan yang tersangatlah mudah nak dilontar.

“Kau redho jelah”.

“redha okey”.

Senangnya.

Tarik nafas dalam dalam.

Macam mana redha, bila kau tak lagi mengeluh dengan ujian Allah.

Malah bersyukur.

Macam mana nak bersyukur?

Anggap saya ujian ini cinta.

Ya, Cinta dari yang Agung.


Keempat, Hikmah.

Saya ingat lagi, sahabat saya cerita, ada seorang adik ni, dia punya positif dengan setiap yang berlaku, sampai dia cakap, kita kena cari hikmah yang Allah nak kasi ini, mesti ada satu satu pengajaran.

Saya pegang yang tu je.

Alhamdulillah, hari ke hari makin mampu positive.


Kelima, Doa dan Tawakal, kita dah berusaha.

Kita dah berusaha untuk keluarkan diri kita dari frasa lama.

Dan bila kau kata “aku tak mampu, aku tak kuat, aku….”, sekali lagi sabar dan jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah ya.

Allah tengok usaha kita. Allah kira.

Tapi, jika tak mampu sangat nak memulakan langkah, doalah moga Allah kuatkan langkah kita, moga Allah tekadkan jiwa kita.

Allah s.w.t berfirman dalam surat cintaNya buat kita:

Dan sekiranya hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat.

— Al-Baqarah 2:186

 

Buku lama jangan terus ditutup dan dibuang sesekali ia perlu diselak kerana yang lalu itu pengajaran terindah

Sesekali pasti ada angin yang datang menyentuh sayu jiwa, tetaplah teguh moga angin yang menyapa terus mendamaikan.

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana ZulkifliSemoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

17 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Kitty
Kitty
6 tahun yang lalu

Suami saya tinggalkan saya. Setiap hari teringat kenangan manis, sungguh menghiris perasaan. Isi pun boleh terasa nyeri dan umpama berada di awang-awangan.. sakit Ya Allah. Bagaimana untuk aku meneruskan hidup ini. Kalau matipun tak menjamin kebahagiaan di sana. Jadi harus aku kemana pada ketika ini? Aku sudah tidak tahan lagi dengan kesengsaraan ini…

hamba Allah
hamba Allah
7 tahun yang lalu

Saya nk berubah menjadi insan lebih matang Dan dewasa..saya sygkn dia krn Allah..tpi saya tidak prnh rasa kasih sygnya..prhatian nya..lebih lagi yg menyedihkan hati saya ..dia prgi turkey tak bgithu saya pun ..tidak ada pun ole2 utk saya..saya rasa kecewa..lagi satu msa hari. Raya baru2 ni…saya yg mulakan duly ucapakan slmat hari raya padanya..dia reply SMS saya …dia brkata bila nk dtg raya rmhnya, saya jawab insyaAllah klu ada rezeki saya singgah..dia juga reply klu dia free nnti dia bgitahu bole masak2 sikit utk saya nk dtg rmhnya…saya pun berharap menanti hri itu. Tpi sampai skrg msih tdk brlku..hari2 demi hri saya tunggu dia…x de pun dia nk ajak aku dtg rmhnya..smpaikan raya dh habis..hati rasa kecewa sgt…ini dh Kali kedua dia berikn harapan…Susah kami nk brjumpa brsama..sehinggakn saya prasan dia x de masa dgn saya..saya SMS dia lagi “saya nk bgithu sesuatu pdanya..saya ingt nk bgitahu masa raya nnti..tpi raya dh habis..” Dia reply maafkn saya SBB x dpt nk jumpa masa hari raya …tpi klu hri lain pun kite bole jumpa APA salah nya kan ..tidak semestinya hri raya aje …ya Allah dia mmberikan satu lagi harapan pada saya …ini dh Kali ketiga dia brkata seperti ITU..ITU harapan dlm hati saya..saya takut dn serik dgn rasa kecewa lagi ..saya x tahu betul ke ucapan dia tu..dia tunaikan ke tidk ..dia hanya brkata2 aje ke ya Allah..pedihnya menanti saat yg dia katakan itu…dh byk Kali dia hanya brkata2 tpi tidak tunaikan pun apa yg dia kata ..sehingga dia mmberi harapan…lama saya tunggu..
Skrg saya rasa nk lupakannya dn nk larikn diri drinya…sehinggakan saya nak Cuba buang perasaan sayang padanya…saya terniat nk buang Dan tukar nombor phone baru…no contact dgnnya lagi..sbbb saya rasa kecewa lama saya tunggu nya..dgn nombor phone yg sama..saya akan sllu menanti sms drinya..tetapi itu smua x kan prnah terjadi..saya x kuat rasa kecewa lagi..tpi saya ragu prlu ke saya tukar nombor phone utk nk menghilangkan diri darinya..berdosa ke klu saya tidak brtegur dgn nya mcm dulu..brdosa ke saya putuskan silaturahim antara kami mcm dulu..bole bgi pendpt pda saya …

waaneee
waaneee
Reply to  hamba Allah
7 tahun yang lalu

inshaAllah Allah masih sygkan awak sbb Allah sedarkan awk.. untuk lupakan dia awk kne dekat lg dgn Allah… solat di awal waktu… inshaAllah nanti awk akan rasa kmanisan bile kte berharap dgn Allah.

Neko
Neko
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum??
Sya dlm konflik dgn hati saya sendiri.. sya keliru.. kekasih sya org yg baik. Tapi d hati sya selalu saja nak putuskan hubugan.. sebab sya x yakin akan hubugan kami. Hubugan kami sudah pn bertahun2. Kekasih sya org yg sangat sabar.. cuma dia xada masa untuk saya selalu. Sebab itu sya mahu putuskan hubugan. Tiap kali solat sya akan doa minta petunjuk tpi konflik sya dgn kekasih sya akan ok sebab dia selalu reda kan keadaan.. sya cuma takut hubugan akan bakhir dgn sia2. Dan sya selalu takut allah x reda.. sya keliru dgn keputusan dan pemikiran sya..

lin
lin
Reply to  Neko
7 tahun yang lalu

ye sy pun dulu mcm tu…skrg Allah dh bg dugaan pd kami ayhnya nk jodohkn dia ngn ank kwn baik dia..sy melepaskn dia.tp dlm ms yg sama sy tetap berdoa. dia jd milik sy..sy sgt syg kn dia..tp sy thu dia xblh dh perthnkn hbgan kami..dia pasrah..
hmm mcm2 sy usaha bg kata2 kt dia smpai sy tuduh dia tgglkn sy dgn sengaja..smlm sbb xthn..skit sgt ble dia buat mcm nie..dan dia salahkn sy yg sy smua betul..perempuan ingtlh wlpun ada xslh tp tetap akn salah sbb kita yg nmpak effortnya…doakn sy kuat

Yulayulie87
Yulayulie87
7 tahun yang lalu

Sy berada dlm keadaan ni….xtau bgaimana nk melangkah selepas mghadapi kekecewaan dan kehilangan….diuji dgn pnyakit kronik…..xlama lps tu kehilangan zuriat yg dikandungkan…setelah menunggu sekian lama….diuji lg dgn kasih syg pasangan….sedang mncari kekuatan utk melangkah….

nurul
nurul
7 tahun yang lalu

Input sangat ringkas, padat dan tepat..semoga bermanfaat buat semua

Pakar Merawat Sihir
Pakar Merawat Sihir
9 tahun yang lalu

Untuk terus kuat, kita perlulah mempunyai hati yang kuat.Hati yang kuat ini di dalamnya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kita takkan dapat kedua-duanya melainkan kita kembali dengan Allah.

zairez
zairez
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbth Ct Cherry,

Setiap insan mmg diuji kerana dunia ini pentas ujian. Ada 2 perkara yg akan membuat kita lebih tenang & redha.

Pertama .. bangun malam solat tahajud, taubat & hajat. Menangislah sepuasnya saat itu. Mintalah pada Allah apa juga yg kita mahu. Mengadulah segala keresahan dan ketidakpuasan hati kita padaNya…Selepas itu hati kita akan puas & tenang. Kita sudah melepaskan segala bebanan kita padaNYa. Selebihnya berserahlah. Susuri jalan2 itu spt biasa. Sentiasa positif setiap apa yg berlaku. Kerana kita hambaNya – hanya layak menurut perintah dan DIA ….ALLAH …YANG MAHA BERKUASA. Jangan mengadu kpd manusia krn mrk akan jemu & cerita kita akhirnya akan bertaburan seantario dunia.

Kedua…. saat hati gundah gulana… ambik wuduk bacalah Al-Quran. Akhirnya hati kita akan tenang & tenteram. Sebaik-baiknya baca sekali terjemahan… so kita blh tahu betapa sukarnya para Nabi terdahulu menyebarkan ISlam. kita ini cuma diuji sedikit sudah keluh kesah hampir GILA….

Semoga bermanfaat……

Mahir
Mahir
Reply to  zairez
7 tahun yang lalu

Betul setuju. Memang berkesan. Bila hati rasa resah,risau,tak tenang, Tapi bila kita buat 2 perkara ni memang betul – betul rasa tenang. ALLAH..

maafkn cintaku
maafkn cintaku
9 tahun yang lalu

Trima ksih artikelya.bgus banget.mmg bukn gampang dong.sememangnya kita lemah dlm menyusuri liku2 kehidupan.Alhamdulillah aku biasa aja kerna dr awal lg aku suda ingatin dlm2nya Allah itu sayang kita so susuri aja jalanya dgn sabar dn tawaqal.pasti kn ada hikmahnya sama ada trsembunyi@pun enggak i2 trpulang pd cobaan.uda lh aku pn uda xkuat kerna kekasihku yg ganteng n keren uda lama ilang kabar.enggak tau..kemungkinan hapeynya rusak kali.asyik esseng2 aja xprnh d angkat pa lg mau di dengarin suaranya.sush bangget.syg aku kangen sama kamu.adakah kamu pn begitu?

ct cheery
ct cheery
9 tahun yang lalu

Sy putus kasih almost 3 month. Sy rasa mcm dah redha takde jodoh but why till now rasa terkilan tu masih ada. Terkilan sebab sy yg mulakan Dan sy yg putuskan Dan Si dia setuju utk putus. Now asyik teringat ini berlaku kerna kesilapan sy. Asyik salah kan diri sendiri. Maybe sy xredha sepenunnya. Betoi nak redha tu sangat susah. Dan nak cari hikmah disebalik kejadian lagi susah. Sabar, sabar dengan ujian allah tapi kdg2 still jugak nak merungut. Kdg2 menangis mcm owang gila sebab xtahan sangat. Rasa diri ni sangat bodoh dan berdosa.Any advise?

cahayakehalusankelembutan
cahayakehalusankelembutan
Reply to  ct cheery
9 tahun yang lalu

salam ct cherry,
Redha bererti awak berhenti menyoal kenapa. :)
saya tahu tak mudah. memang menulis mudah. tapi melalui tu perit.
sekarang awak kena tanya diri awak adakah awak nak terus hidup dalam airmata yang tak berkesudahan.
Ya , awak yang pilih, tapi pernah tak awak fikir kenapa Allah gerakkan hati awak untuk pilih jalan tu.
jawapan dari kenapa Allah gerakkan hati awak tu adalah hikmah yang awak belum nampak, trust soon or later you will find. keep strong sister :) pray for you.

kita manusia , memang kan ada waktu waktunya kita merungut, cuma setelah awak melalui beberapa lagu ujian mungkin kamu faham itulah kasih Allah ^^

Pinjaman Swasta Mudah Lulus
Pinjaman Swasta Mudah Lulus
9 tahun yang lalu

Setiap kejadian ada hikmah…redha dan cari hikmah dalam setiap masalah. :)