Hidup adalah anugerah dan hadiah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tidak mungkin hidup ini tiada tujuan. Amat mustahil hidup ini tiada Tuhan. Tahniah! Pada yang diberikan peluang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Tatkala cabaran, ujian, serta dugaan menyinggah, kita masih lagi menghadapinya dengan sebaik – baik mungkin. Insyaallah~

Mengimbau kembali sejarah Nabi Adam a.s, Nabi Adam a.s tidak pernah meminta pada Tuhan untuk diciptakan dan dihidupkan. Tetapi kerana ianya kehendak Ilahi, bukan sahaja Nabi Adam a.s yang diciptakan, dihidupkan, malah sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi adalah daripada kehendak Tuhan. Ciptaan Allah SWT.

Binakan satu soalan dengan menggunakan kurniaan akal yang diberi, lalu gunakan pula hati untuk menjawabnya.

Tanyalah diri sendiri!

‘Kenapakah aku diciptakan?’

Bukan ingin mengajak mempersoalkan tugas – tugasan Tuhan. Hakikatnya, persoalan ini adalah untuk membentuk diri, kenali diri, dan mengenali Ilahi. Pastinya, ia bukan satu perkara yang mudah. Tetapi, jangan sesekali cuba memberi alasan ‘aku kalah!’, kerana hidup ini adalah anugerah.

Cuba dan usaha serta jangan lupa pohon dan pintalah kepada-Nya. Itulah adalah tuntutan buat manusia. Sentiasa berharap dan bergantung pada-Nya. Usah sesekali kita cuba – cuba mengetepikan-Nya tatkala hidup kita senang mahupun susah. Sebaik – baiknya sentiasa bersama-Nya tidak kira apa.

Bilamana kita meminta, lalu Tuhan makbulkan permintaan kita.. bersyukurlah. Andai permintaan kita jadi sebaliknya ‘tidak dapat apa yang diinginkan’… bersyukur jugalah. Kerana, itulah hadiah buat kita. Itulah jawapan daripada permohonan kita. Kita tidak dapat apa yang diimpikan, tidak mengapa. Kerana Allah SWT tahu segala – galanya.

Semoga berbahagia. Wallahuaklam~

“Ya Allah sesungguhnya Engkau yang sangat mengetahui terhadap hati ini dan yang sangat mengetahui terhadap niat-niatnya. Kami memohon pada-Mu ya Allah perbetulkan niat-niat hati kami dalam menghadap-Mu. Jadikanlah kami dari kalangan yang Engkau lihat dengan pandangan redha sehingga tiada yang kekal di hati ini melainkan ingin menghadap-Mu. Ya Allah jadikanlah hati-hati kami sentiasa berhubung dengan-Mu, menghadap-Mu, jujur bersama-Mu dan sentiasa menyintai apa yang ada pada-Mu. Dan bukakanlah bagi kami kemenangan disisi-Mu. Wahai yang memuliakan bagi yang meminta dan wahai yang maha memberi bagi mereka yang memberi. Berkatilah bagi kami dan jadikanlah kami dari mereka yang benar menghadap-Mu. Ya Allah jadikanlah keinginan kami adalah Engkau ya Allah dan jadikanlah kehendak kami hanya untuk-Mu dan hanya keredhaan-Mu. Ya Allah jadikanlah kami orang yang berkeinginan pada akhirat dan janganlah jadikan kami orang yang berkeinginan semata-mata dunia, dengan kasih sayang-Mu yang maha mengasihani dari yang mengasihi. Dan selawat serta salam keatas junjunngan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabatnya.”

.

Artikel ini adalah kiriman ke inbox kami oleh seorang yang tidak putus-putus memberi sumbangan, Mohamad Nasiruddin Bin Amir (mnasiruddinbamir.blogspot.com). Semoga Kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.. :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ibnor
Ibnor
11 tahun yang lalu

Mohon kebenaran tuan untuk disalin sebagai rujukan dan panduan.
Semoga diberkati. Amin.

syahirah
syahirah
12 tahun yang lalu

kenapa Allah msih hidupkan kita hari ini ?
kerana dosa kita banyak .Jadi Allah beri peluang kepada kit utk bertaubat sebelum terlambat.