Formula Untuk Redha

untuk redha
bagaimana untuk redha?

[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]

Ali Imran ayat 139

Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.

Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?

Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?

Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.

Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.

Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.

Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.

Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.

 

Bagaimana Untuk Redha?

Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.

Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah.

Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.

Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.

Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.

Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

 

Untuk redha, tidak semudah yang disangka..

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya.

Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.

Menangis itu tak salah sedih itu tak salah.

Tapi satu aje, percaya pada Allah.

Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.

Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.

Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar-benar ikhlas.

Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.

Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.

Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.

Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.

 

Kuatkan Langkahan Mujahadah, Moga Hati Istiqamah Sentiasa

Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa.

Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.

Andai  selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.

Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada sahabat setia kita,  cahayakehalusankelembutan.  Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah.

Bagaimana pula untuk anda memupuk rasa redha? Kongsikan dibawah ini 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

66 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
farahizann
farahizann
2 tahun yang lalu

assalamualaikum nak bertanya , masih ragu sebenarnya kalau diri dan hati ni suda redha sama ketentuan nya atau tidak .. tapi boleka kita paksa hati kita ni untuk redha? dan paksa diri dan hati ini untuk terima kenyataan walaupun pahit

Iema
Iema
2 tahun yang lalu

Masa akk baca artikel ni mmg hati tengah sakit , tercari2 adakah aku btul2 redha.. kalau redha kenapa aku sedih. Sakit.. mmg sungguh2 susah nk redha atas setiap ujian.. tercari2 juga ada kah semua ni 1 kesilapan.. tersentuh juga baca artikel ni air mata sambil mngalir tanpa henti.. luluh sakit pedih dgn kata2 yg terpksa diri ini dgar dari mulut suami sndri.. ? akk doakn semua sentiasa dilindungi dan dirahmati kasih syg allah swt

yati
yati
3 tahun yang lalu

terima kasih sabahat, sy rasa mati hidup kembali setelah membaca artikel ini, selama ne rasa kosong, sunyi….mohon doakan sy terus kuat…yakin dgn allah, bila kita diuji kita pandang apa yg allah akan beri selepas ne.

S
S
3 tahun yang lalu

Saya menangis ketika membaca artikel ini..mohon doakan saya kuat..harini saya telah kehilangan nikmat yang amat besar dalam hidup saya yang saya takkan dapat balik melainkkan keajaiban berlaku..saya tidak tau mahu bercerita dengan siapa..sebab saya tahu,bila saya cerita orang hanya akan mengatakan sabar?saya sudah mulai penat..tadi ada terlintas baik aku mati jelah..tp saya tahu amat jahil saya apabila saya berfikiran sebegitu?

A
A
Reply to  S
3 tahun yang lalu

Sama ?

Sue
Sue
Reply to  S
3 tahun yang lalu

kita di situasi yg sama

O
O
Reply to  S
2 tahun yang lalu

saya pun..ALLAHUAKHBAR..sedih, sayu je hati ni

naaa
naaa
Reply to  S
2 tahun yang lalu

saya juga merasakan yang sama

Eechen
Eechen
3 tahun yang lalu

Sesungguhnya saya sdg mengalami ujian berat dari Allah…Terima kasih sekurangnya sy lega bila membaca artikel ini. Doakan saya agar tidak mempersoal ketentuan Allah

na
na
4 tahun yang lalu

saya baru lepas mendapat keputusan pertandingan yang saya sertai..dan ianya tidak berpihak kepada saya..terima kasih sbb seolah-olah rasa mcm ada org pujuk bila baca entri ni..
semoga Allah membalas jasamu..

Amie fatihah
Amie fatihah
4 tahun yang lalu

Sesungguhnya saya sdg mengalami ujian berat dari Allah…ujian yg sama berlaku lagi. Terima kasih sekurangnya sy lega bila membaca artikel ini. Doakan saya agar tidak mempersoal ketentuan Allah

Ans
Ans
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum, minta izin ambil ayat untuk dikongsikan pada semua ya, terima kasih.

Hamba allah
Hamba allah
4 tahun yang lalu

Gambar tak melambangkan cerita.
Sebenar..siapa kita mahu menhukum sesama 1kiblat

Hamba allah
Hamba allah
4 tahun yang lalu

Tuhan je tahu hati org redha.manusia.mata lihat.otak tafsir.membawang lebih.jahat&baik mpak.ikhlas..yg atas je tahu.