Ini adalah panduan bacaan zikir harian lengkap bermula dari hari Isnin sehingga Ahad.
Setiap bacaan zikir dipermudahkan dengan transliterasi Rumi. InsyaAllah saya akan menambah audio pada setiap bacaan tidak lama lagi.
Semoga bermanfaat
Kepentingan & Kelebihan Zikir
Apakah kepentingan zikir dalam kehidupan?
Bagi membentuk insan yang mulia disisi Allah SAW, seseorang itu perlu memperbanyakkan beramal dengan amalan soleh seperti Qiamullail, solat sunat, membaca al Quran, berselawat, berzikir dan sebagainya.
Zikir ialah amalan yang dipuji oleh Allah yang besar ertinya dan ganjarannya di sisi Allah SWT.
Mudah-mudahan dengan kita mengamalkan zikir itu kita akan mencapai kedudukan muttaqin dan mendapat pahala kerana mengamalkannya.
Zikir Harian Imam Al Ghazali
Sesiapa yang istiqamah mengamalkan wirid harian Imam Al-Ghazali ini, InsyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam imam (menurut kitab Ihya Ulumuddin)
Zikir Hari Isnin
Laa HawLa WaLaa Quwwata ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azimm
Tiada daya dari kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung
Zikir Hari Selasa
AllaHumMa Solli ‘Alaa ‘AbDika WaRoSuuLiKa Wa NaBiyyiKal AmiNa Wa ‘Alaa AaLihi WaSohBihi WasSalLam
Ya Allah, rahmatilah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda.
Zikir Hari Rabu
AsTagFirulLah Hal-‘Azimm
Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Maha Esa
Zikir Hari Khamis
SubHaaNallahil ‘Azimm SubHaaNallahi Wa BiHamDihi
Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji hanya untuk-Nya
Zikir Hari Jumaat
Ya Allah
Zikir Hari Sabtu
Laa iLaaHa ilLaalLah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Zikir Hari Ahad
Yaa Hayyu Yaa Qayyum
Ya Allah, Tuhan Maha Hidup lagi berdiri sendiri (tidak perlu kepada pertolongan)
Adab Zikir & Berdoa
Adab Berdoa
Menghadap ke arah kiblat bagi orang yang bersolat seorang diri atau berjemaah (makmum).
Allamah Syeikh Tajuddin al-Jarumi rahimahullah apabila ditanya tentang kedudukan imam jika ada zikir selepas solat jemaah, beliau menjawab:
“Maka yang afdalnya bagi imam menjadikan sebelah kanannya ke pihak makmum dan kirinya ke pihak mihrab sekalipun ketika berdoa. Yang demikian itu sama ada berada di Masjid Nabawi atau tidak, inilah pendapat Syeikh Ibnu Hajar rahimahullah di dalam تُحْفَةٌ
Dan bersalahan pendapat Syeikh Ramli rahimahullah di dalam Kitab An-Nihayah bahawa baginya hanya jika imam itu berada di mihrab Nabi dalam Masjid Nabawi maka hendaklah dijadikan kanannya menghadap ke arah mihrab dan kirinya ke pihak makmum supaya imam menghadap kepada makam Rasulullah ﷺ.
Nas Ibnu Hajar di dalam تُحْفَةٌ yang demikian itu ialah amalan yang afdal yang telah diamalkan di Malaysia selama ini.
Adab Berzikir
Diutamakan berzikir dengan lisan berserta dengan hati, itulah yang ditegaskan oleh Imam Nawawi rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar.
Berlaku perbezaan pendapat fuqaha mengenai zikir lisan, sama ada jahr (nyaring) atau sirr (perlahan), yakni sebahagian mereka mengatakan bahawa berzikir dengan suara yang kuat dan sebahagian lagi dengan suara perlahan.
Imam asy-Syafi’e rahimahullah di dalam Kitab Al-Umm membolehkan mengangkatkan suara imam yang ingin memimpin majlis zikir supaya zikirnya didengari oleh orang yang
mengikutnya.
Telah berkata Syeikh Abdus Samad al-Falimbani rahimahullah di dalam Kitab Hidayatus Salikin:
Berkata Imam Abu al-Wahab asy-Syazili rahimahullah bahawa zikir kuat itu afdal bagi orang yang berada di dalam permulaan berjalan kepada jalan Allah SWT kerana keadaan hatinya yang masih keras dan gelap.
Menurut Imam al-Faqih Abdul Wahab asy-Sya’rani rahimahullah, sesungguhnya telah sepakat ulama di kalangan ahli tasawuf bahawa wajib (untuk mendapat faedah) atas murid itu berzikir dengan jahr yakni menyaringkan suara mereka serta mendalamkannya, dan bahawasanya berzikir dengan perlahan itu tiada memberi faedah (kurang berkesan).
Berkata para ulama tasawuf jika berzikir hendaklah dengan kuat dan tinggi cita-citanya untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani di dalam Kitab Sirrul Asrar:
Zikir yang sempurna hendaklah dilakukan di dalam keadaan berwuduk yang sempurna dan zikir dengan pukulan suara yang keras sehingga timbul cahaya zikir di dalam batin orang yang berzikir.
Penutup
Untuk setiap amalan ini, kita serahkan penerimaannya kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Bentukkan hati kita agar sentiasa berada dalam keadaan takut dan harap sehingga ke akhir hayat.
Saya mendoakan agar kita semua digolongkan dalam kumpulan para solihin dan diterima segala amalan kita dengan keredhaan Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Bermanfaat.
Pautan Berguna
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz. Boleh saya tau berapa byk jumlah bacaan zikir setiap ari?sbg cth ari ahad kita baca ya hayum ya qayum, so adakah kita baca 1000x atau mcmana ustaz?
Waalaikumsalam.
Dalam Islam, terdapat pelbagai zikir yang boleh diamalkan setiap hari, termasuk pada hari-hari tertentu seperti hari Ahad. Namun, tiada jumlah bacaan zikir yang spesifik atau tetap yang diwajibkan untuk dibaca setiap hari, termasuk untuk nama-nama Allah seperti “Ya Hayyum Ya Qayyum”.
Amalan zikir adalah fleksibel dan boleh disesuaikan dengan kemampuan dan keikhlasan individu. Sebagai contoh, anda boleh membaca zikir “Ya Hayyum Ya Qayum” seberapa banyak yang anda mampu dan rasa selesa, sama ada itu 100 kali, 1000 kali, atau lebih atau kurang daripada itu.
Yang penting dalam amalan zikir adalah keikhlasan, kesungguhan dalam berzikir, dan kesedaran akan makna serta kebesaran Allah. Tidak perlu membebankan diri dengan jumlah yang spesifik jika itu menyukarkan. Allah SWT mengetahui niat dan usaha kita dalam beribadah dan berzikir.
Terima kasih ustaz atas penjelasan😊