Maksud Syirik

Apakah maksud syirik?

Syirik bermaksud

Mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada Allah.

Orang yang melakukan perbuatan syirik dikenali sebagai “musyrik”

Dia lebih bergantung harap kepada kuasa lain selain meminta daripada Allah.

Orang musyrik sanggup menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk berjumpa dengan bomoh atau dukun bagi mendapatkan sesuatu.

Syirik yang dilakukan kadangkala melibatkan makam atau kubur alim ulama.

Jenis Syirik

Syirik terbahagi kepada dua iaitu:

1. Syirik Akbar

Syirik ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam

Contoh syirik ini adalah menyembah benda seperti kubur, pokok, batu dan sebagainya serta menganggap dirinya lebih rendah daripada benda-benda tersebut.


2. Syirik Asghar

iaitu setiap ucapan atau perbuatan yang dinyatakan syirik oleh syara tetapi tidak mengeluarkan dari agama.

Ia merupakan dosa besar yang dapat mengantarkan kepada syirik akbar.

Kebiasaannya syirik ini terjadi apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Syirik Amali

Syirik amali ialah percaya ada kuasa lain yang berkuasa selain Allah.

Syirik ini boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Dosa Melakukan Perbuatan Syirik

Syirik adalah dosa besar yang paling besar.

Syirik juga merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.”

(Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”

(Surah Luqman, ayat 13)

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

(Surah al-Nisa’: 48)

Ibn Kathir berkata: 

Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik yaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” 

(Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129).

Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan.

Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.

Rasulullah SAW bersabda:

Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Tinggalkan Komen Anda..

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu
Inline Feedbacks
View all comments
Tirah nordin
15 August, 2021 7:19 AM

Adakah cuba berlakon kena rasuk dikira syirik sebabkan itukan macam memanggil makhlus halus?

Nisa
15 August, 2021 7:17 AM

Assalamualaikum tuan/ puan. Adakah syaitan akan sedaya-upaya cuba menghasutkan kita untuk mensyirikkan Allah? Apakah cara syaitan untuk membuat kita syirik pada Allah? Macam mana nak elakkan dari terkena hasutan syaitan ini?

Terima kasih