NIAT & CARA SOLAT SUNAT SEBELUM ASAR

solat sunat sebelum asar

Bagaimana cara mengerjakan solat sunat sebelum asar?

Ini adalah panduan lengkap cara mengerjakan solat sunat qabliyyah sebelum Asar (Sunat Rawatib Asar). Panduan ini ditulis secara langkah demi langkah yang lengkap.

Setiap bacaan dipermudahkan dengan trasliterasi rumi untuk membantu anda.

Semoga memberi manfaat.

Pengenalan Kepada Solat Sunat Rawatib Asar

syarat sah puasa

Solat sunat sebelum asar juga dikenali sebagai solat sunat rawatib asar atau juga solat sunat qabliyyah asar.

Solat Rawatib bermaksud solat yang mengiringi solat fardu, yang berfungsi sebagai tambahan atau menampal kekurangan pada solat fardu.

Namun harus diketahui, solat ini hanya dilakukan sebelum menunaikan solat fardu asar dan TIADA selepas selesai solat fardu asar.

Rasulullah SAW menjadikan solat sunat empat rakaat sebelum Solat Fardu Asar sebagai amalan yang biasa baginda lakukan.

Namun, solat sunat ini dikategorikan sebagai sunat yang bukan muakkad kerana kadangkala baginda melakukannya sebanyak empat rakaat dan kadangkala melakukannya sebanyak dua rakaat.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA beliau berkata:

Adapun Nabi SAW mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum Solat Asar di mana Baginda memisahkan antara empat rakaat tersebut dengan memberi salam kepada malaikat muqarrabin, orang-orang Muslim dan mukmin yang mengikutinya.

— Hadis riwayat al-Tirmizi

Fadhilat & Kelebihan Solat Sunat Asar

Kelebihan solat Sunat Rawatib Asar ini disebutkan dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA:

Allah SWT akan merahmati seseorang yang melakukan solat empat rakaat sebelum Solat Asar

— Hadis riwayat al-Tirmizi

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah binti Abu Sufyan RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang memelihara solat empat rakaat sebelum solat Asar, maka Allah SAW akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga

— Hadis riwayat Abu Ya’la

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin al-‘As RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Sesiapa yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum Solat Asar, maka dirinya tidak akan disentuh oleh api neraka

— Hadis riwayat al-Tabrani

Bilangan Rakaat

Solat sunat empat rakaat sebelum Solat Asar ini juga dilakukan dengan dua salam, iaitu dilakukan sebanyak dua rakaat — dua rakaat.

Namun, jika seseorang itu hanya mengerjakan solat dua rakaat sahaja sebelum Solat Asar, maka sudah dikira sunatnya kerana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA katanya:

Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat dua rakaat sebelum Solat Asar

— Hadis riwayat Abu Daud

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Asar

Solat sunat ini dilakukan setelah masuknya waktu Asar sebelum menunaikan Solat Fardu Asar.

Tiada solat sunat selepas selesai Solat Fardu Asar.

Cara Melakukan Solat Sunat Sebelum Solat Asar

Ringkasan cara melakukan Solat Sunat Asar

  • Semasa takbiratul ihram, bacakan niat dalam hati, “Sahaja aku solat sunat sebelum asar dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacalah Surah al-Fatihah, dan seterusnya bacalah Surah al-Kafirun
  • Lanjutkan dengan rukuk, bangun iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud lagi, dan duduk istirahat sebentar sebelum bangun untuk rakaat kedua.
  • Ulangi langkah bacaan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, serta gerakan solat seperti rakaat pertama.
  • Selesai tahiyat, akhiri solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Rawatib Asar secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Niat Solat Sunat Sebelum Solat Asar

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat sebelum Asar dalam hati:

solat sunat sebelum asar

 Usolli Sunnatal ‘Asri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala/su_highlight]

Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

solat sunat sebelum subuh

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

   SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


11. Baca Surah al-Fatihah

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas

al-mathurat

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

 SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

 Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

 Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  


17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

 Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

tahiyat akhir

19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

 Assalamualaikum Warahmatullah 

Setelah memberi salam, boleh menambah lagi solat dua rakaat sebagaimana niat dan cara di atas sehingga menjadikan solat sunat rawatib asar ini berjumlah empat rakaat dengan dua salam.

Namun, jika orang bersolat itu hanya ingin mengerjakan solat sunat dua rakaat sahaja sebelum Solat Fardu Asar, maka hal itu juga diperbolehkan dan mendapat pahala sunatnya kerana Nabi SAW juga kadangkala melakukan solat sunat sebelum solat asar hanya dengan dua rakaat sahaja.

Penutup

Saya berharap panduan ini telah dapat membantu anda mengerjakan solat sunat ini.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang berkaitan topik ini, tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.

InsyaaAllah saya akan meluangkan masa untuk menjawab setiap permasalahan tersebut.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

19 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
H
H
1 tahun yang lalu

Aslm ustaz, bila nak mengerjakan solat sunat yg kedua, perlukah saya melafazkan surah yang sama seperti yang telah dilafaz pada solat sunat pertama (al kafirun & al ikhlas )

FIFI ARISSH
FIFI ARISSH
1 tahun yang lalu

Ustad nk tanya..misal kata, waktu asar 4.20 ptg tp jam 5 ptg baru kita berkesempatan nk solat.. boleh ke mula kan dgn solat sunat ni? Maksud nye solat ni masuk waktu je kne terus buat, kalau lmbt x boleh buat

Radziah Binti Talib
Radziah Binti Talib
1 tahun yang lalu

Assallammualaiikom..W.b.t..
sya ingin brtnya..
adakh slpas solat sunat 4 rakaat 2 slm/ 2 rakaat 1 slm…slesai shj apa di wajib sunat / hrus mmbca doa…tksih😊

Muhammad imran shah
Muhammad imran shah
1 tahun yang lalu

Asalamualaikum ustaz kalau solat sunat empat rakaat dgn satu salam boleh ke ??

Nazib
Nazib
1 tahun yang lalu

Kalau saya balik Dari kerja lambat pukul 6.00ptg.Bolehkah saya buat solat sunut asar dulu kemudian baru solat fardu

Amirul
Amirul
2 tahun yang lalu

Asalammualaikum

Saya nak tanye kalau solat sunat dekat rumah nak tunggu azan ke atau pukul 4.30pm boleh terus solat sunat asar?

Last edited 2 tahun yang lalu by Amirul
Amirul
Amirul
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Maksud nye 4.30 dah boleh solat sunat ke ustaz?😅

Katijah
Katijah
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum,

Sy nak tanya. Takde doa ke selepas solat sunat Asar? Sebab sy tengok kat page ni takde. Maksudnya selepas bagi salam terus bangun buat solat fardhu Asar?

Katijah
Katijah
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Baik sy paham. Terima ksh jawab soalan sy.

Jafni
Jafni
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

Saya UMAT Muhammad..