
Ini adalah panduan lengkap niat dan cara solat jamak qasar Zohor dan Asar, sama ada secara jamak takdim atau jamak takhir.
Jika anda baru belajar, kenali empat perkataan ini dahulu: jamak bermaksud menghimpunkan dua solat dalam satu waktu; qasar bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat; takdim bermaksud dikerjakan dalam waktu solat yang pertama (waktu Zohor); takhir bermaksud dikerjakan dalam waktu solat yang kedua (waktu Asar).
Apa yang penting:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah, bermula daripada menyemak sama ada anda layak menjamak hingga selesai kedua-dua solat. Setiap niat dan bacaan disediakan dalam teks Arab, transliterasi Rumi dan audio. Bahagian hukum dijelaskan menurut Mazhab Syafi’e dan keputusan fatwa di Malaysia.
Mulakan dengan panel Mula Di Sini di bawah: semak kelayakan, pilih takdim atau takhir ikut keadaan anda, kemudian ikut langkahnya.
Mula Di Sini: Panduan Pantas
Semak dahulu: adakah anda musafir (orang yang sedang dalam perjalanan jauh)?
- Destinasi sekurang-kurangnya 81 km sehala dari tempat tinggal
- Anda sudah keluar dari kawasan tempat tinggal
- Anda tidak berniat menetap 4 hari atau lebih di destinasi
Pilih ikut keadaan anda sekarang
Ingat perkara ini ketika solat
- Niat qasar mesti ada ketika takbiratul ihram (takbir pertama, “Allāhu Akbar”, untuk memulakan solat).
- Jamak takdim: terus solat Asar selepas salam Zohor, tanpa jeda lama.
- Tidak pasti mana satu? Pilih jamak takdim.
- Mula Di Sini: Panduan Pantas
- Niat Solat Jamak Qasar Zohor Dan Asar
- Cara Solat Jamak Qasar Takdim
- Cara Solat Jamak Qasar Takhir
- Syarat Solat Jamak Qasar
- Takdim Atau Takhir: Mana Satu Patut Dipilih?
- Maksud Dan Hukum Solat Jamak Qasar
- Selepas Solat: Wirid, Doa Dan Solat Sunat Rawatib
- Kesilapan Yang Kerap Berlaku
- Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Jamak Qasar Zohor Dan Asar
- Penutup: Keringanan Yang Patut Dimanfaatkan
Niat Solat Jamak Qasar Zohor Dan Asar
Niat ialah tujuan di dalam hati. Ketika mengucapkan takbiratul ihram, hadirkan dalam hati solat yang hendak dikerjakan, bahawa ia diqasarkan, dan bahawa ia dihimpunkan dengan solat pasangannya.
Lafaz di bawah hanya membantu menghadirkan niat. Anda tidak wajib menghafaz atau melafazkannya; niat di dalam hati sudah memadai.
Niat Jamak Takdim Zohor
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍaẓ-Ẓuhri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Taqdīmin Lillāhi Ta‘ālā
Sahaja aku solat fardu Zohor dua rakaat secara qasar dan jamak takdim, kerana Allah Taala.
Niat Jamak Takdim Asar
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍal-‘Aṣri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Taqdīmin Lillāhi Ta‘ālā
Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat secara qasar dan jamak takdim, kerana Allah Taala.
Niat Takhir (Dibaca Dalam Waktu Zohor)
Dibuat dalam hati ketika masih waktu Zohor, sebelum solat. Boleh sambil memandu.
نَوَيْتُ تَأْخِيرَ صَلَاةِ الظُّهْرِ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ لِأَجْمَعَ بَيْنَهُمَا
Nawaitu Ta’khīra Ṣalātiẓ-Ẓuhri Ilā Waqtil-‘Aṣri Li’ajma‘a Bainahumā
Sahaja aku melewatkan solat Zohor ke waktu Asar untuk menghimpunkan kedua-duanya.
Niat Jamak Takhir Zohor
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍaẓ-Ẓuhri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Ta’khīrin Lillāhi Ta‘ālā
Sahaja aku solat fardu Zohor dua rakaat secara qasar dan jamak takhir, kerana Allah Taala.
Niat Jamak Takhir Asar
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍal-‘Aṣri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Ta’khīrin Lillāhi Ta‘ālā
Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat secara qasar dan jamak takhir, kerana Allah Taala.
Nota
Dalam Mazhab Syafi’e, niat disertakan dengan takbiratul ihram. Bagi orang awam, memadai niat hadir pada mana-mana bahagian lafaz “Allāhu Akbar”, sama ada pada awal, pertengahan atau akhir. [1]
Yang wajib hadir ketika takbir ialah niat solat fardu dan niat qasar. Niat jamak dalam jamak takdim masih sah jika terlewat, selagi diniatkan sebelum memberi salam solat Zohor.
Niat takhir pula mesti dibuat ketika baki waktu Zohor masih cukup untuk mengerjakan solat Zohor. Buat awal-awal; jangan tunggu hujung waktu. [2]
Jika anda mengalami waswas, jangan mengulang niat dan takbir berkali-kali. Takbir sekali dengan yakin, kemudian teruskan solat.
Cara Solat Jamak Qasar Takdim
Cara Jamak Takdim Secara Ringkas
- Pastikan waktu Zohor sudah masuk dan anda sudah keluar dari kawasan tempat tinggal.
- Solat Zohor 2 rakaat dengan niat qasar dan jamak takdim.
- Selepas salam, terus bangun tanpa jeda yang lama.
- Solat Asar 2 rakaat dengan niat qasar dan jamak takdim.
- Selepas salam, selesailah kedua-dua solat.
Tatacara setiap dua rakaat sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain. Yang berbeza hanyalah niat, dan tiada tahiyat awal (duduk membaca tahiyat selepas rakaat kedua, sebelum bangun ke rakaat ketiga). Bahagian seterusnya menerangkan bacaan dan pergerakan untuk pembaca yang memerlukan panduan terperinci.
GARIS MASA JAMAK TAKDIM
- Takbir dengan niat Zohor qasar dan jamak takdim
- Solat Zohor 2 rakaat
- Terus bangun, solat Asar 2 rakaat tanpa jeda lama
Tiada solat lagi. Asar sudah ditunaikan bersama Zohor.
✓ Kedua-dua solat selesai dalam waktu Zohor.
Apakah Yang Mesti Dijaga Dan Apakah Yang Sunat?
Bahagian ini penting supaya anda tidak menganggap solat terbatal hanya kerana terlupa satu bacaan sunat.
✓ Wajib dijaga
Jika tertinggal, solat tidak sah.
- Niat bersama takbiratul ihram (termasuk niat qasar)
- Al-Fatihah pada setiap rakaat
- Rukuk (tunduk dengan kedua-dua tangan di lutut)
- Iktidal (berdiri tegak semula selepas rukuk)
- Dua kali sujud (meletakkan dahi di lantai)
- Duduk antara dua sujud
- Tumakninah (diam sekejap dalam setiap gerakan)
- Tahiyat akhir (duduk terakhir sebelum memberi salam)
- Selawat ke atas Nabi SAW
- Salam pertama (ucapan “Assalāmu‘alaikum” sambil menoleh ke kanan untuk menamatkan solat)
- Tertib (ikut urutan)
Bagi jamak takdim: Zohor didahulukan dan Asar dikerjakan terus selepasnya.
Sunat
Jika terlupa, solat tetap sah. Teruskan sahaja.
- Doa Iftitah (doa pembuka selepas takbiratul ihram)
- Surah selepas al-Fatihah
- Takbir perpindahan
- Bacaan iktidal
- Tasbih rukuk dan sujud
- Doa antara dua sujud
- Salam kedua
Jika bacaan sunat tertinggal kerana terlupa, teruskan solat. Anda tidak perlu mengulang solat semata-mata kerana tertinggal tasbih rukuk, tasbih sujud atau surah tambahan.
Solat Zohor: Rakaat Pertama
Langkah 1 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Solat Zohor Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat Zohor dalam hati seperti berikut:
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍaẓ-Ẓuhri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Taqdīmin Lillāhi Ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat fardu Zohor dua rakaat secara qasar dan jamak takdim, kerana Allah Taala”.

Ucapkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (dapat didengari oleh telinga sendiri) sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati.
اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Maksudnya
Allah Maha Besar!
Nota
Pada asasnya, niat perlu hadir di dalam hati ketika melafazkan takbiratul ihram. Bagi orang awam, memadai niat hadir pada mana-mana bahagian lafaz takbir—sama ada pada awal, pertengahan atau akhir. Jika anda mengalami waswas, jangan mengulang niat dan takbir berkali-kali. Keraguan yang datang selepas takbir tidak perlu dilayan apabila anda sudah mengetahui solat yang hendak dilakukan ketika memulakannya. Bagi orang yang benar-benar mengalami kesukaran menghadirkan niat ketika takbir, terdapat kelonggaran untuk berniat sejurus sebelum takbir tanpa sela yang panjang, berdasarkan pandangan mazhab lain. Kelonggaran ini bukan bermaksud memulakan niat beberapa detik selepas takbir selesai.
Seterusnya ↓ Langkah 2: Bacalah Surah al-Fatihah
Langkah 2 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Bacalah Surah al-Fatihah.
Selepas takbir, membaca Doa Iftitah adalah sunat. Jika tidak membacanya, teruskan dengan al-Fatihah dan solat tetap sah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya ↓ Langkah 3: Baca Surah Pilihan
Langkah 3 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Kemudian, Baca Surah Pilihan
Selepas baca al Fatihah, bacalah mana-mana surah yang anda hafal. Membaca surah tambahan adalah sunat. Jika hanya membaca al-Fatihah sahaja, solat tetap sah.
Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun:
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Seterusnya ↓ Langkah 4: Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Langkah 4 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan dalam rukuk ialah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Seterusnya ↓ Langkah 5: Bangun Iktidal
Langkah 5 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal). Kemudian bacalah bacaan iktidal seperti ini:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Seterusnya ↓ Langkah 6: Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud
Langkah 6 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Semasa dahi menyentuh lantai dalam sujud, maka bacakan bacaan sujud seperti ini:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Seterusnya ↓ Langkah 7: Duduk Diantara Dua Sujud
Langkah 7 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Setelah selesai bacaan sujud, bangkitlah daripada sujud dan duduk antara dua sujud seperti posisi di atas.
Kemudian bacalah bacaan tasbih antara dua sujud seperti ini:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Seterusnya ↓ Langkah 8: Lakukan Sujud Kedua
Langkah 8 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Selesai bacaan tasbih antara dua sujud, turunlah bersujud sekali lagi. Seperti sujud sebelumnya, bacalah bacaan dalam sujud.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”
Seterusnya ↓ Langkah 9: Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua
Langkah 9 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Pertama
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, sunat duduk istirahat seketika sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.
Dalam kedudukan ini tidak perlu dibaca apa-apa. Hanya perlu diam menghayati solat.
—— ❈ ——
Seterusnya ↓ Langkah 10: Bangun Untuk Rakaat Kedua Dengan Takbir
Solat Zohor: Rakaat Kedua
Langkah 10 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Bangun Untuk Rakaat Kedua Dengan Takbir
Selepas sujud kedua dan duduk istirahat seketika, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua sambil mengucapkan:

اَللَّهُ أَكْبَرُ
Allahuakbar!
Lafaz ini dinamakan takbir intiqal, iaitu takbir sunat yang dibaca ketika berpindah daripada satu rukun solat kepada rukun yang lain.
Ia bukan takbir yang dikhususkan untuk memulakan rakaat kedua. Jika terlupa membacanya, solat tetap sah.
Seterusnya ↓ Langkah 11: Baca Surah al-Fatihah
Langkah 11 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Baca Surah al-Fatihah
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seterusnya ↓ Langkah 12: Membaca al-Ikhlas
Langkah 12 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Setelah selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah seterusnya. Antara surah yang boleh dibacakan adalah surah al-ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita sukai atau ingat.
Seterusnya ↓ Langkah 13: Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk
Langkah 13 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Asas dalam melakukan rukuk adalah keadaan belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Seperti sebelumnya, bacaan rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, serta segala puji bagi-Nya.”
Seterusnya ↓ Langkah 14: Bangun Iktidal
Langkah 14 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar orang yang memuji-Nya.”
Seterusnya ↓ Langkah 15: Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud
Langkah 15 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya
Seterusnya ↓ Langkah 16: Duduk Diantara Dua Sujud
Langkah 16 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Baca bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah kesalahanku.”
Seterusnya ↓ Langkah 17: Lakukan Sujud Kedua
Langkah 17 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya”
Seterusnya ↓ Langkah 18: Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
Langkah 18 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

Kerana solat qasar hanya dua rakaat, tiada tahiyat awal. Selepas sujud kedua pada rakaat ini, terus duduk dan baca tahiyat akhir seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
Seterusnya ↓ Langkah 19: Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam
Langkah 19 daripada 21 · Solat Zohor: Rakaat Kedua
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.
Palingkan muka ke kanan dan ucapkan salam. Kemudian palingkan muka ke kiri untuk salam kedua.

Pada salam pertama, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ
Assalamualaikum Warahmatullah
Nota
Setelah memberi salam, segera bangun untuk solat Asar. Jamak takdim mensyaratkan kedua-dua solat dikerjakan berturut-turut. Jangan solat sunat, makan atau berbual panjang di antara dua solat. Membaca iqamah dibolehkan.
—— ❈ ——
Seterusnya ↓ Langkah 20: Solat Asar Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
Solat Asar
Langkah 20 daripada 21 · Solat Asar
Solat Asar Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat Asar dalam hati seperti berikut:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَقْدِيمٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍal-‘Aṣri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Taqdīmin Lillāhi Ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat secara qasar dan jamak takdim, kerana Allah Taala”.
Seterusnya ↓ Langkah 21: Sempurnakan Solat Asar Dua Rakaat
Langkah 21 daripada 21 · Solat Asar
Sempurnakan Solat Asar Dua Rakaat
Ulangi langkah 2 hingga 19 dengan bacaan dan pergerakan yang sama.
Setelah memberi salam, selesailah solat jamak qasar takdim Zohor dan Asar. Seterusnya, anda boleh membaca wirid dan doa selepas solat.
Senarai semak: Solat Asar 2 rakaat
Ikut satu demi satu, dari atas ke bawah. Jika lupa caranya, tekan lihat cara.
Rakaat pertama
- Takbiratul ihram sambil berniat solat Asar lihat cara
- Baca Surah al-Fatihah lihat cara
- Baca satu surah pendek, contohnya al-Kafirun lihat cara
- Rukuk, baca tasbih rukuk 3 kali lihat cara
- Bangun iktidal lihat cara
- Sujud, baca tasbih sujud 3 kali lihat cara
- Duduk antara dua sujud lihat cara
- Sujud kali kedua lihat cara
- Duduk sekejap, kemudian bangun lihat cara
Rakaat kedua
- Bangun ke rakaat kedua sambil bertakbir lihat cara
- Baca Surah al-Fatihah lihat cara
- Baca satu surah pendek, contohnya al-Ikhlas lihat cara
- Rukuk lihat cara
- Bangun iktidal lihat cara
- Sujud lihat cara
- Duduk antara dua sujud lihat cara
- Sujud kali kedua lihat cara
- Duduk tahiyat akhir: baca tahiyat dan selawat lihat cara
- Beri salam ke kanan, kemudian ke kiri lihat cara
✓ Selesai. Kedua-dua solat sudah sempurna. Seterusnya, baca apa yang boleh dibuat selepas solat.
Cara Solat Jamak Qasar Takhir
Cara Jamak Takhir Secara Ringkas
- Dalam waktu Zohor: berniat melewatkan Zohor ke waktu Asar.
- Dalam waktu Asar: berhenti, ambil wuduk dan menghadap kiblat.
- Solat Zohor 2 rakaat dengan niat qasar dan jamak takhir.
- Solat Asar 2 rakaat dengan niat qasar dan jamak takhir.
- Selesaikan kedua-duanya sebelum masuk waktu Maghrib.
Langkah pertama jamak takhir berlaku dalam waktu Zohor, bukan ketika hendak solat. Inilah langkah yang paling kerap terlupa.
GARIS MASA JAMAK TAKHIR
- Berniat dalam hati untuk melewatkan Zohor ke waktu Asar. Boleh sambil memandu.
- Solat Zohor 2 rakaat
- Solat Asar 2 rakaat
✓ Selesaikan kedua-duanya sebelum masuk waktu Maghrib.
Langkah 1 daripada 6 · Persediaan
Berniat Melewatkan Zohor Ketika Masih Dalam Waktu Zohor
Sebaik masuk waktu Zohor, berniatlah dalam hati. Anda tidak perlu berhenti; niat boleh dibuat sambil memandu atau duduk dalam kenderaan.
نَوَيْتُ تَأْخِيرَ صَلَاةِ الظُّهْرِ إِلَى وَقْتِ الْعَصْرِ لِأَجْمَعَ بَيْنَهُمَا
Nawaitu Ta’khīra Ṣalātiẓ-Ẓuhri Ilā Waqtil-‘Aṣri Li’ajma‘a Bainahumā
Maksud Bacaan
Sahaja aku melewatkan solat Zohor ke waktu Asar untuk menghimpunkan kedua-duanya.
Nota
Buat niat ini awal. Syaratnya, baki waktu Zohor ketika berniat masih cukup untuk mengerjakan solat Zohor. Jika anda mudah terlupa, pasang peringatan telefon pada waktu Zohor.
Seterusnya ↓ Langkah 2: Bersedia Apabila Masuk Waktu Asar
Langkah 2 daripada 6 · Persediaan
Bersedia Apabila Masuk Waktu Asar
Berhenti di tempat yang sesuai, ambil wuduk dan semak arah kiblat. Anda mesti masih musafir sehingga kedua-dua solat selesai.
Seterusnya ↓ Langkah 3: Solat Zohor Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
Langkah 3 daripada 6 · Solat Zohor
Solat Zohor Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍaẓ-Ẓuhri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Ta’khīrin Lillāhi Ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat fardu Zohor dua rakaat secara qasar dan jamak takhir, kerana Allah Taala”.
Seterusnya ↓ Langkah 4: Sempurnakan Solat Zohor Dua Rakaat
Langkah 4 daripada 6 · Solat Zohor
Sempurnakan Solat Zohor Dua Rakaat
Ikut langkah 2 hingga 19 dalam cara jamak takdim. Bacaan dan pergerakannya sama.
Senarai semak: Solat Zohor 2 rakaat
Ikut satu demi satu, dari atas ke bawah. Jika lupa caranya, tekan lihat cara.
Rakaat pertama
- Takbiratul ihram sambil berniat solat Zohor lihat cara
- Baca Surah al-Fatihah lihat cara
- Baca satu surah pendek, contohnya al-Kafirun lihat cara
- Rukuk, baca tasbih rukuk 3 kali lihat cara
- Bangun iktidal lihat cara
- Sujud, baca tasbih sujud 3 kali lihat cara
- Duduk antara dua sujud lihat cara
- Sujud kali kedua lihat cara
- Duduk sekejap, kemudian bangun lihat cara
Rakaat kedua
- Bangun ke rakaat kedua sambil bertakbir lihat cara
- Baca Surah al-Fatihah lihat cara
- Baca satu surah pendek, contohnya al-Ikhlas lihat cara
- Rukuk lihat cara
- Bangun iktidal lihat cara
- Sujud lihat cara
- Duduk antara dua sujud lihat cara
- Sujud kali kedua lihat cara
- Duduk tahiyat akhir: baca tahiyat dan selawat lihat cara
- Beri salam ke kanan, kemudian ke kiri lihat cara
Seterusnya ↓ Langkah 5: Solat Asar Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
Langkah 5 daripada 6 · Solat Asar
Solat Asar Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram Dan Niat
أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ قَصْرًا رَكْعَتَيْنِ جَمْعَ تَأْخِيرٍ لِلّٰهِ تَعَالَى
Uṣallī Farḍal-‘Aṣri Qaṣran Rak‘ataini Jam‘a Ta’khīrin Lillāhi Ta‘ālā
Atau anda boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat secara qasar dan jamak takhir, kerana Allah Taala”.
Seterusnya ↓ Langkah 6: Sempurnakan Solat Asar Dua Rakaat
Langkah 6 daripada 6 · Solat Asar
Sempurnakan Solat Asar Dua Rakaat
Ulangi langkah 2 hingga 19 dalam cara jamak takdim. Setelah memberi salam, selesailah solat jamak qasar takhir Zohor dan Asar.
Nota
Dalam jamak takhir, mendahulukan Zohor dan mengerjakan kedua-dua solat berturut-turut adalah sunat, bukan wajib. Jika anda sudah biasa memulakan dengan Asar seperti panduan lama, solat anda tetap sah. [3]
Jangan tunggu hujung waktu Asar. Kesesakan jalan atau tandas yang penuh boleh membuatkan anda terlepas waktu.
Senarai semak: Solat Asar 2 rakaat
Ikut satu demi satu, dari atas ke bawah. Jika lupa caranya, tekan lihat cara.
Rakaat pertama
- Takbiratul ihram sambil berniat solat Asar lihat cara
- Baca Surah al-Fatihah lihat cara
- Baca satu surah pendek, contohnya al-Kafirun lihat cara
- Rukuk, baca tasbih rukuk 3 kali lihat cara
- Bangun iktidal lihat cara
- Sujud, baca tasbih sujud 3 kali lihat cara
- Duduk antara dua sujud lihat cara
- Sujud kali kedua lihat cara
- Duduk sekejap, kemudian bangun lihat cara
Rakaat kedua
- Bangun ke rakaat kedua sambil bertakbir lihat cara
- Baca Surah al-Fatihah lihat cara
- Baca satu surah pendek, contohnya al-Ikhlas lihat cara
- Rukuk lihat cara
- Bangun iktidal lihat cara
- Sujud lihat cara
- Duduk antara dua sujud lihat cara
- Sujud kali kedua lihat cara
- Duduk tahiyat akhir: baca tahiyat dan selawat lihat cara
- Beri salam ke kanan, kemudian ke kiri lihat cara
✓ Selesai. Kedua-dua solat sudah sempurna. Seterusnya, baca apa yang boleh dibuat selepas solat.
Syarat Solat Jamak Qasar
Sebelum menjamak, semak dahulu sama ada anda benar-benar musafir. Jawab lima soalan ini. Jika semuanya YA, anda boleh menjamak dan mengqasarkan solat. Huraian penuh tentang syarat musafir dan dalilnya ada dalam panduan umum solat jamak qasar.
- Destinasi anda sekurang-kurangnya 81 km dari tempat tinggal? Kira sehala, dari rumah ke destinasi, ikut jalan yang biasa digunakan. Bukan jumlah pergi dan balik.
- Tujuan perjalanan anda harus? Contohnya bekerja, balik kampung, bercuti, menziarahi keluarga atau menghantar anak. Perjalanan untuk maksiat tidak mendapat keringanan ini.
- Anda sudah keluar dari kawasan tempat tinggal? Iaitu sudah melepasi sempadan taman, kampung atau bandar anda. Selagi masih di rumah, belum boleh menjamak.
- Anda tidak berniat menetap di destinasi selama 4 hari atau lebih? Hari tiba dan hari pulang tidak dikira. Jika berniat tinggal 4 hari penuh, keringanan tamat sebaik tiba di destinasi. [4]
- Anda solat sendirian, atau berimamkan musafir yang juga mengqasarkan solat? Jika berimamkan orang yang solat penuh empat rakaat, anda wajib solat empat rakaat juga.
Nota
Jarak syarak ialah dua marhalah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 (2021) menetapkannya pada 81 km secara anggaran (taqribi), dan ia diwartakan di Johor serta diguna pakai di Perak. [5] [6] Sesetengah kitab menyebut 89 hingga 91 km kerana kaedah kiraan yang berbeza.
Jangan sengaja memilih jalan yang lebih jauh semata-mata untuk mencukupkan 81 km. Perbuatan itu tidak mengharuskan qasar. [7]
Syarat Jamak Takdim
- Tertib: Solat Zohor mesti dikerjakan dahulu, kemudian Asar.
- Niat jamak dalam solat Zohor: Paling baik ketika takbiratul ihram, dan masih sah selagi diniatkan sebelum salam solat Zohor.
- Berturut-turut (muwalat): Tiada jeda yang lama antara dua solat menurut kebiasaan.
- Masih musafir ketika memulakan Asar. [8]
Syarat Jamak Takhir
- Niat takhir dalam waktu Zohor: Iaitu berniat melewatkan Zohor untuk dihimpunkan dalam waktu Asar, ketika baki waktu Zohor masih cukup untuk mengerjakannya.
- Masih musafir sehingga kedua-dua solat selesai. [8]
Tertib dan berturut-turut dalam jamak takhir hanyalah sunat. Mendahulukan Zohor lebih afdal, tetapi memulakan dengan Asar tetap sah. [3]
Syarat Qasar
- Solat yang diqasarkan ialah solat empat rakaat yang ditunaikan dalam musafir.
- Niat qasar wajib ketika takbiratul ihram. Tanpanya, solat mesti disempurnakan empat rakaat.
- Tidak berimamkan orang yang solat penuh empat rakaat.
- Masih musafir sepanjang solat itu dikerjakan. [8]
Takdim Atau Takhir: Mana Satu Patut Dipilih?
Pilih mengikut bila anda dijangka berhenti. Cari situasi anda dalam jadual ini.
| Situasi anda | Pilih |
|---|---|
| Anda berhenti rehat dalam waktu Zohor, kemudian akan meneruskan perjalanan sepanjang waktu Asar | Jamak takdim |
| Anda sedang dalam perjalanan ketika waktu Zohor, dan dijangka berhenti dalam waktu Asar | Jamak takhir |
| Anda boleh berhenti dalam kedua-dua waktu | Mana-mana; takdim lebih diutamakan |
| Anda tidak pasti bila boleh berhenti | Jamak takdim |
Panduan ini selari dengan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. [9]
Anda bertolak dari Kuala Lumpur ke Ipoh pukul 11:30 pagi. Waktu Zohor masuk ketika anda berhenti makan di R&R Tapah, dan selepas itu anda akan terus memandu hingga petang. Maka kerjakan jamak takdim di R&R Tapah.
Anda bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pukul 12 tengah hari. Waktu Zohor masuk ketika anda masih di lebuh raya, dan anda dijangka berhenti di R&R Seremban selepas masuk waktu Asar. Maka berniatlah takhir ketika waktu Zohor masuk, kemudian kerjakan jamak takhir di R&R Seremban.
Waktu dalam contoh hanyalah gambaran. Semak waktu solat setempat kerana ia berubah mengikut lokasi dan tarikh.
Maksud Dan Hukum Solat Jamak Qasar
Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu, manakala qasar bermaksud memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Kedua-duanya rukhsah (keringanan) untuk musafir, berdasarkan Surah an-Nisa’, ayat 10110 dan amalan Rasulullah SAW yang menghimpunkan Zohor dengan Asar serta Maghrib dengan Isyak ketika dalam perjalanan.11
Penjelasan penuh tentang maksud, hukum, dalil dan status musafir ada dalam panduan umum solat jamak qasar. Halaman ini memberi tumpuan kepada cara melakukannya untuk Zohor dan Asar, langkah demi langkah.
Apa Beza Jamak Dan Qasar?
| Jamak | Qasar | |
|---|---|---|
| Maksud | Menghimpunkan dua solat dalam satu waktu | Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 |
| Solat yang terlibat | Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak | Zohor, Asar dan Isyak sahaja |
| Solat yang tidak terlibat | Subuh | Subuh dan Maghrib |
Jamak dan qasar boleh dibuat bersama atau berasingan. Anda boleh mengqasarkan solat tanpa menjamak, atau menjamak tanpa mengqasarkan. [12] Panduan ini menerangkan cara yang paling lazim diamalkan musafir, iaitu kedua-duanya sekali.
Selepas Solat: Wirid, Doa Dan Solat Sunat Rawatib
Tiada wirid (zikir dan doa selepas solat) atau doa khusus selepas solat jamak qasar. Selepas salam solat kedua, anda boleh membaca wirid dan doa selepas solat seperti biasa, atau berdoa ringkas dalam bahasa yang difahami, terutamanya doa keselamatan dalam perjalanan.
Jika mahu mengerjakan solat sunat rawatib, ikut susunan ini:
- Qabliah Zohor: sebelum memulakan solat jamak.
- Solat Zohor dan Asar: secara jamak, berturut-turut.
- Ba’diah Zohor, kemudian qabliah Asar: selepas kedua-dua solat fardu selesai.
Susunan ini terpakai sama ada takdim atau takhir. [13] Jangan solat sunat di antara dua solat jamak takdim kerana ia memutuskan syarat berturut-turut.
Kesilapan Yang Kerap Berlaku
| Kesilapan | Akibatnya | Yang betul |
|---|---|---|
| Jamak takhir tanpa berniat dalam waktu Zohor | Jamak tidak sah; Zohor dikira qada | Berniat melewatkan Zohor sebaik masuk waktu Zohor |
| Tidak berniat qasar ketika takbiratul ihram | Solat wajib disempurnakan 4 rakaat | Hadirkan niat qasar ketika takbir |
| Solat Asar dahulu dalam jamak takdim | Asar tidak sah kerana belum masuk waktunya | Takdim wajib dimulakan dengan Zohor |
| Solat sunat atau berehat lama antara dua solat takdim | Jamak terputus; Asar mesti ditunggu dalam waktunya | Terus bangun selepas salam Zohor |
| Solat 2 rakaat di belakang imam orang tempatan | Tidak sah sebagai qasar | Ikut imam, solat penuh 4 rakaat |
| Mengira jarak pergi dan balik | Tersilap menyangka layak | Kira sehala, rumah ke destinasi |
| Menjamak di rumah sebelum bertolak | Belum musafir, jamak tidak sah | Jamak selepas keluar kawasan tempat tinggal |
| Terus menjamak di destinasi walaupun berniat tinggal 4 hari | Keringanan sudah tamat | Solat penuh mengikut waktu sebaik tiba |
Untuk kesilapan lain yang sering berlaku dalam solat secara umum, lihat kesalahan-kesalahan umum semasa solat.
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Jamak Qasar Zohor Dan Asar
Berikut disenaraikan soal jawab bagi beberapa masalah lazim berkaitan solat jamak qasar Zohor dan Asar.
Sebelum dan Semasa Solat
Boleh. Menurut pendapat muktamad Mazhab Syafi’e, musafir yang bertolak selepas masuk waktu Zohor boleh menjamak secara takdim atau takhir dan mengqasarkannya, selepas keluar dari kawasan tempat tinggal. [15]
Jamak takhir tidak lagi sah. Kerjakan solat Zohor sebagai qada, dan solat Asar dalam waktunya. Jika benar-benar terlupa, insya-Allah tidak berdosa. [2]
Solat yang sempat dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat sebelum masuk Maghrib dikira tunai dan sah. Solat yang belum dimulakan langsung ketika Maghrib masuk perlu diqada. Elakkan situasi ini dengan memulakan jamak takhir lebih awal.
Tidak, jika jedanya singkat. Yang memutuskan jamak takdim ialah jeda yang lama menurut kebiasaan, seperti solat sunat, makan atau berbual panjang.
Tidak. Jika niat sudah hadir pada takbir pertama, solat sudah bermula; takbir selepasnya dikira zikir. Untuk masa akan datang, bertakbir sekali dengan yakin dan teruskan bacaan.
Selepas Solat dan Situasi Khas
Tidak perlu. Syarat jamak takdim ialah anda masih musafir ketika memulakan solat kedua. Syarat itu sudah dipenuhi, jadi kedua-dua solat sah. [14]
Musafir tidak wajib solat Jumaat, jadi anda boleh terus menjamak qasar Zohor dan Asar. Jika anda memilih untuk solat Jumaat, Asar boleh dijamak takdim selepasnya. Solat Jumaat tidak boleh dijamak takhir. [16]
Ikut imam dan solat Zohor penuh 4 rakaat. Selepas itu, anda masih boleh terus solat Asar secara qasar 2 rakaat (jamak takdim) jika solat sendirian.
Kaedahnya sama, tetapi Maghrib kekal 3 rakaat dan hanya Isyak diqasarkan. Rujuk panduan solat jamak qasar Maghrib dan Isyak, atau panduan lengkap solat jamak qasar.
Penutup: Keringanan Yang Patut Dimanfaatkan
Solat jamak qasar ialah hadiah Allah kepada musafir. Ia bukan jalan pintas, tetapi keringanan supaya solat tetap terjaga walaupun dalam perjalanan yang memenatkan.
Yang penting hanya beberapa perkara: pastikan anda layak, pilih takdim atau takhir, hadirkan niat qasar ketika takbir, dan jangan terlupa niat takhir dalam waktu Zohor. Selebihnya, solat dua rakaat seperti biasa dengan tenang.
Semoga panduan ini membantu anda menunaikan solat jamak qasar dengan yakin dan tenang sepanjang perjalanan.
Nota Kaki & Rujukan
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan kedudukan niat ketika takbiratul ihram dan kelonggaran muqaranah ‘urfiyyah bagi orang awam. [AL-KAFI #1974] ↩︎
- Syarat niat takhir dalam waktu solat pertama, serta hukum orang yang terlupa, dihuraikan oleh Syeikh Sulaiman al-Bujairimi dalam Hasyiah ‘ala Fath al-Wahhab (juz 1). [Huraian NU Online] ↩︎
- Tertib susunan hanya diwajibkan dalam jamak takdim. Dalam jamak takhir, memulakan dengan solat pertama adalah sunat. [Kosmo] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa berniat menetap empat hari atau lebih di sesuatu tempat menamatkan rukhsah jamak dan qasar. [Irsyad al-Fatwa Siri ke-530] ↩︎
- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-118 (Februari 2021) menetapkan kadar dua marhalah sebagai 81 km secara taqribi. Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mewartakannya pada November 2023. [Berita Harian] ↩︎
- Jabatan Mufti Negeri Perak menetapkan kadar dua marhalah pada 81 km (taqribi), dengan perbincangan tentang sempadan qaryah dan balad. [Mufti Perak] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sengaja memilih jalan yang lebih jauh untuk mencukupkan jarak qasar tidak dibenarkan. [TheRakyatPost, merujuk Mufti WP] ↩︎
- Syarat-syarat jamak takdim, jamak takhir dan qasar dirujuk kepada Matan al-Ghayah wa al-Taqrib (Abu Syuja’) dan al-Fiqh al-Manhaji, sebagaimana dipetik oleh Maktabah al-Bakri. [Maktabah al-Bakri] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan pilihan antara jamak takdim dan takhir mengikut keadaan musafir, dan cenderung kepada takdim apabila berhenti dalam kedua-dua waktu. [AL-KAFI #1572] ↩︎
- Al-Quran menerangkan keharusan memendekkan solat ketika bermusafir dalam Surah an-Nisa’ ayat 101. [Surah an-Nisa’ 4:101] ↩︎
- Hadis Ibn Abbas RA dalam Sahih al-Bukhari menerangkan bahawa Rasulullah SAW menghimpunkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak ketika dalam perjalanan. Hadis ini turut dipetik oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. [Sahih al-Bukhari 1107] [AL-KAFI #1177] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa qasar tanpa jamak tidak menjadi masalah, dan jamak dibolehkan ketika perlu. [AL-KAFI #1219] ↩︎
- Maktabah al-Bakri, memetik Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin, menerangkan susunan solat sunat rawatib ketika jamak Zohor dan Asar. [Maktabah al-Bakri] ↩︎
- Maktabah al-Bakri menjelaskan bahawa jamak takdim yang telah dikerjakan tetap sah walaupun tiba di destinasi sebelum masuk waktu Asar. [Maktabah al-Bakri] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan musafir yang bertolak selepas masuk waktu solat pertama boleh menjamak dan mengqasarkan solat. [AL-KAFI #1688] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa musafir boleh memilih antara Jumaat atau Zohor, dan boleh menjamak takdim solat Jumaat dengan Asar. [AL-KAFI #365] ↩︎
- Rujukan tambahan: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi (4/378, 4/383).
- Rujukan tambahan: Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (1/470, 1/477, 1/498).
- Rujukan tambahan: Matan al-Ghayah wa al-Taqrib oleh Abu Syuja’, bab solat musafir.



saya nak tanya…kalau saya solat jamak takdim…saya solat zuhur dahulu, tapi bila saya bangun untuk solat asar, saya angkat takbir 3 kali disebabkan was2 adakah solat saya terbatal…
Wa‘alaikumussalam warahmatullāh.
Insya-Allah solat Asar tuan dalam jamak taqdim tetap sah. Jika pada takbir pertama tuan sudah menghadirkan niat solat fardu Asar, maka solat sudah bermula; ulangan takbir kerana waswas selepas itu dikira zikir sahaja dan tidak membatalkan solat.
Untuk elak waswas berulang, memadai sekali takbir dengan yakin, kemudian teruskan bacaan.
Semoga Allah memudahkan.
Alhamdulillah .. sesungguhnya ianya bermanafaat untuk saya. Terima kasih atas panduan.
Alhamdulillah, syukur jika panduan ini memberi manfaat buat puan.
Terima kasih atas sokongan dan kata-kata yang menguatkan. Semoga Allah terus memberkati perjalanan ilmu dan amal puan sekeluarga.
Assalamualaikum. Boleh saya tahu jika niat contoh seperti begini mencukupi – “Aku solat fardhu zohor qasar & jamak” apabila melakukan solat di mana2 jenis jamak tanpa menyatakan jenis jamak tersebut? Kerana solat yang dihimpunkan pada waktu zohor / magrib mmg dikira sebagai jamak takdim & sekiranya dihimpun waktu asar /isyak dikira jamak takhir
Terima kasih
Waalaikumussalam warahmatullah,
Bagi niat solat jamak dan qasar, adalah penting untuk menyebut dengan solat mana ia dijamakkan. Jadi, niat seperti “Aku solat fardu Zuhur qasar dan jamak” sahaja belum memadai, kerana tidak dinyatakan dijamak dengan Asar.
Tidak wajib menyebut “takdim” atau “takhir”, tetapi mesti ada dalam hati bahawa solat itu dijamakkan dengan solat tertentu.
Contoh niat yang lebih lengkap dan memadai: “Aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar, dijamak dengan Asar kerana Allah Ta‘ala.”
Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan ibadah puan.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum apa beza jamak takdim dengan jamak takhir tuan ?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Jamak Taqdim ialah menghimpunkan dua solat fardu dan dilakukan dalam waktu solat yang pertama (contoh: Zohor dan Asar dilakukan dalam waktu Zohor).
Jamak Takhir pula ialah menghimpunkan dua solat fardu dan dilakukan dalam waktu solat yang kedua (contoh: Zohor dan Asar dilakukan dalam waktu Asar).
Kedua-dua bentuk jamak ini dibolehkan ketika musafir, dengan memenuhi syarat-syarat tertentu.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum ustaz nak tanye la klu sy da buat jamak qasar zuhur asar..tp kalau sy sampai di rumah waktu asar belum masuk lagi…so saya nak kene buat solat asar lagi ke?
Waalaikumussalam warahmatullah,
Dalam situasi ini, jika tuan telah melaksanakan solat Jamak Taqdim (Zohor dan Asar) secara qasar ketika dalam perjalanan, kemudian tuan tiba di rumah sebelum masuknya waktu Asar, maka tuan tidak perlu lagi mengulangi solat Asar tersebut.
Solat jamak qasar yang telah tuan lakukan itu sah dan memadai, serta tidak perlu dilakukan semula selepas tiba di rumah walaupun waktu Asar masih belum masuk.
Semoga penjelasan ini membantu tuan.
Wallahu a‘lam.
Terima kasih pencerahan yg baik utk solat yg di jamak @ qasarkan
Sama-sama puan ツ
Asalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya,jika saya memandu ke satu destinasi dalam jarak 130km atas 1 urusan,kemudian saya pulang semula ke rumah,tapi dlm tempoh perjalanan pulang azan zohor sudah berkumandang, jarak surau yg terdekat ke rumah saya dalam 40km..
Soalan saya ialah, bolehkah saya solat jamak qasar zohor dan asar sebelum sampai ke rumah saya? Atau saya harus solat zohor seperti biasa?
Waalaikumussalam warahmatullah.
Pembetulan kepada jawapan saya sebelum ini: jarak dua marhalah (81 km) dikira sehala, dari tempat tinggal ke destinasi, bukan jumlah pergi dan balik. Dalam situasi tuan, destinasi 130 km sehala, jadi tuan musafir sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
Tuan boleh jamak qasar Zohor dan Asar selagi belum memasuki kawasan tempat tinggal tuan.
Wallahu a‘lam.
Saya nak tanya, seandainya saya solat jamak takhir asar, selesai dan saya nak sambung jamak zohor, tapi saya buka phone untuk cari balik niat tu sebab tak hafal, adakah solat jamak saya sah? sebab ada perkara lain diantara dua waktu solat tersebut
Waalaikumussalam tuan,
Dalam situasi tuan, solat jamak tersebut masih sah. Perbuatan membuka telefon untuk merujuk niat antara dua solat jamak tidak membatalkan atau menjejaskan sahnya solat jamak, selagi mana tidak berlaku jarak masa yang terlalu lama atau aktiviti yang tidak berkaitan solat secara keterlaluan.
Namun, sebaik-baiknya jarak masa antara kedua-dua solat tersebut dipendekkan agar menepati sunnah Rasulullah SAW dan menjauhi keraguan.
Wallahu a‘lam.
Ya Allah, terima kasih kerana tunjukan kami panduan yang baik, terima kasih ustad…❤️
Alhamdulillah, sama-sama puan. Semoga Allah terus memberi petunjuk, hidayah, dan kebaikan buat tuan serta kita semua. Terima kasih atas doa yang baik ini, semoga sentiasa dalam lindungan Allah ❤️
Asalamualaikum ustaz bolih ke kita jamak takdim solat zohor dgn asar.dari rumah kita dijb.saya bekeja shif mlm dispoe.ini kerana saya kena pegi awal sebelum asar. Bab ikut transport.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkenaan dengan menjamak solat Zuhur dan Asar secara jamak takdim dari rumah di Johor Bahru sebelum berangkat ke Singapura untuk bekerja, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
1. Syarat Musafir untuk Jamak dan Qasar:
2. Keadaan Kesukaran atau Hajat:
3. Menjamak Solat di Rumah:
4. Cadangan Penyelesaian:
Kesimpulan:
Semoga penjelasan ini membantu tuan dalam memahami hukum berkaitan solat jamak dalam situasi tuan. Sentiasa berusaha untuk menunaikan solat pada waktunya dan mohonlah pertolongan Allah SWT agar urusan dipermudahkan.
Wallahu a’lam.
Assalam.. Saya sedang solat jamak takhir Asar dan Zohor. Saya sempat menunaikan solat asar, tetapi bila saya nak angkat dan nak mula solat Zohor, terdengar telah masuk nya waktu maghrib. Apakah pandangan tentang solat jamak takhir saya? Adakah sah kedua solat asar dan zohor saya? Atau hanya solat asar yang diterima? Ataupun saya perlu qada semua solat saya.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam situasi solat jamak takhir, jika awak sedang melaksanakan solat Asar dan sempat menyelesaikannya dalam waktu Asar sebelum masuknya Maghrib, maka solat Asar itu adalah sah. Namun, jika waktu Maghrib telah masuk sebelum sempat awak memulakan solat Zuhur, maka solat Zuhur tidak sah untuk dijamak dalam waktu Asar, kerana ia sudah berada di luar waktunya.
Berikut adalah panduan untuk situasi ini:
1. Solat Asar Sah: Solat Asar awak sah kerana telah ditunaikan dalam waktunya, iaitu waktu jamak takhir.
2. Solat Zuhur Tidak Sah: Solat Zuhur yang tidak sempat dimulakan sebelum waktu Maghrib dianggap tidak sah kerana ia sudah berada di luar waktu yang dibenarkan untuk jamak takhir.
3. Qada Solat Zuhur: Dalam keadaan ini, solat Zuhur perlu dilakukan sebagai qada, kerana waktu untuk solat Zuhur telah berlalu. Awak boleh menunaikan qada solat Zuhur selepas Maghrib atau pada waktu lain yang sesuai.
Kesimpulannya: Solat Asar adalah sah, manakala solat Zuhur perlu diqada. Solat Zuhur tidak boleh dijamak selepas masuknya waktu Maghrib kerana sudah melebihi waktu jamak takhir.
Semoga penjelasan ini memberi pencerahan dan Allah SWT menerima ibadah awak.
Wallahu a’lam.
Alhamdulillah, Terima kasih atas jawapan dan penyampaian ini, Ustaz
Assalam..utk solat jamak takhir tu kalau kite lupa niat utk waktu zohor tu xboleh buat jamak la ea..dan kene solat mcm biasa dan solat zohor tu kena qada..
Waalaikumussalam Wawa,
Terima kasih atas soalan Wawa. Dalam Mazhab Syafie, jika seseorang ingin melakukan solat jamak takhir, niat jamak tersebut mesti dilakukan dalam waktu solat yang pertama (dalam kes ini, Zohor), walaupun solatnya akan dilakukan dalam waktu solat yang kedua (Asar).
Jika Wawa terlupa untuk berniat jamak takhir dalam waktu Zohor, maka menurut Mazhab Syafie, jamak takhir tidak sah dan solat Zohor perlu diqadha. Ini kerana niat untuk menjamakkan solat perlu dibuat sebelum tamat waktu solat yang pertama.
Jadi, dalam kes Wawa, jika terlupa niat jamak takhir ketika masih dalam waktu Zohor, Wawa perlu menunaikan solat Zohor secara qadha, dan solat Asar dilakukan pada waktunya seperti biasa.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum….sah ke solat jamak takhir di akhir waktu contoh saya solat jamak takhir zohor dan asar kemudian ketika solat zohor tu masuk waktu maghrib sedangkan saya belum solat asar.Adakah saya kene solat qada?
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Jika waktu Maghrib masuk semasa anda masih solat Zuhur dalam jamak takhir dan belum sempat solat Asar, maka anda perlu mengqada’ solat Asar kerana ia tidak ditunaikan dalam waktunya.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum…mcm mana pula kalau solat jamak takhir asar kemudian zuhur, tapi sesudah solat zuhur tengok jam telah masuk waktu maghrib 1 min sebelum selesai solat?
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam situasi puan, solat Asar sudah selesai dan solat Zohor sudah dimulakan dalam waktu Asar. Jika sekurang-kurangnya satu rakaat Zohor dikerjakan sebelum masuk Maghrib, solat itu dikira tunai dan sah. Puan tidak perlu mengulanginya.
Untuk masa akan datang, mulakan jamak takhir lebih awal supaya kedua-dua solat selesai dalam waktu Asar.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum..bolehkah saya lakukan solat jamak qasar jika baru pulang dari musafir selagi tidak sampai di kawasan perumahan saya ..contoh dari terminal bas Larkin ke kawasan saya P.gudang johor
Waalaikumussalam.
Ya, anda masih boleh melakukan solat jamak qasar selagi anda belum sampai ke kawasan perumahan anda dan masih dalam perjalanan dari tempat musafir.
Ini adalah kerana anda masih dalam perjalanan pulang dan belum mencapai batas tempat tinggal yang menandakan berakhirnya perjalanan anda.
Jazakallah Khairan…Alhamdulillah Terima Kasih..Ustaz
Sama-sama ツ
Assalamualaikum Ust. Saya beru membuat 1 rumah di kampongdalam jarak perjalanan 200km. Tapi haya balik pada hujng minggu sahaja dan bercadang akan menetap di sana selepas pencen. Boleh kan saya melakukan sholat jamak di rumah tersebut selagi saya belum pindah sepenuhnya.
Waalaikumussalam.
Ya, dalam keadaan yang tuan ceritakan, insya-Allah tuan masih boleh melakukan solat jamak ketika berada di rumah tersebut, selagi rumah itu belum benar-benar menjadi tempat tinggal tetap tuan.
Hal ini kerana walaupun rumah itu milik tuan sendiri, tetapi buat masa ini tuan hanya balik ke sana pada hujung minggu sahaja dan belum berpindah menetap sepenuhnya. Tambahan pula, tuan sendiri menyatakan bahawa cadangan untuk tinggal tetap di sana hanyalah selepas pencen. Maka dalam keadaan sekarang, perjalanan tuan ke sana masih mengambil hukum musafir.
Cuma, keringanan ini terpakai selagi tuan belum menjadikan rumah itu sebagai tempat tinggal tetap. Apabila nanti tuan sudah berpindah sepenuhnya dan menetap di sana, maka ketika itu tuan tidak lagi dianggap musafir di tempat tersebut, dan tidak boleh lagi mengambil rukhsah jamak kerana ia sudah menjadi tempat tinggal tetap tuan.
Ringkasnya, selagi sekadar balik hujung minggu dan belum berpindah tetap, maka boleh melakukan solat jamak.
Wallahu a‘lam.
Assalamualaikum boleh minta nota ini dalam bentuk pdf utk print. Hantar ke emel ini [email protected]
Assalamualaikum, saya kerja kilang sebagai operator. boleh ke kalau kita nak jamak/qasar waktu solat zuhur dan asar kalau bekerja ? atau qada solat yang ditinggalkan? sebab surau tu sempit, dan waktu rehat nya terlalu sekejap 10 minit sahaja, dan ini belum lagi dengan keadaan surau yang kecil, berebut dengan 500 pekerja lain, tempat ambik wudhu yang minimum, dan makan tengahari. jika ada panduan,boleh kongsikan untuk saya ambil ilmunya. terima kasih tuan.
Wassalam,
Begini, solat jamak qasar adalah kemudahan yang hanya diberikan untuk musafir sahaja, jadi ia tidak boleh untuk situasi puan.
Oleh itu, cadangan saya untuk situasi puan:
1) Jika surau terlalu sempit, cari ruang alternatif untuk solat seperti bilik kosong atau ruang yang kurang digunakan semasa waktu solat.
2) Atur waktu makan tengahari dan solat dengan cermat. Mungkin makan tengah hari boleh dilakukan dengan lebih cepat atau solat dilakukan terlebih dahulu sebelum makan.
Jika tidak ada pilihan lain, solat yang tertinggal boleh diqada’ pada waktu lain. Ini adalah pilihan terakhir jika semua usaha untuk menunaikan solat pada waktunya telah dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Semoga solusi-solusi ini dapat membantu mengatasi kesulitan yang puan hadapi dalam menunaikan solat di tempat kerja.
Wallahu a’lam