ZAKAT FITRAH: Niat & Panduan Lengkap

zakaf fitrah

Apakah maksud dan niat zakat fitrah?

Ini adalah panduan lengkap berkaitan zakat fitrah untuk semua orang.

Saya akan menerangkan takrif zakat fitrah, niat, waktu bayar zakat, orang yang wajib membayar dan menerima zakat serta pautan khas untuk membayar zakat secara online mengikut negeri masing-masing.

Mari kita mulakan.

Takrif Zakat Fitrah

Apakah maksud zakat?

Dari Segi Bahasa:


? Zakat bermaksud bersih dan suci.

Zakat membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih.

Dari Segi Syarak:

? Zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna tuaian hasil (bagi tanam-tanaman)

Zakat fitrah juga disebut sebagai zakat badan bagi membezakannya dengan zakat harta.

Jenis zakat ini ialah yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Membayar zakat merupakan salah satu dari lima rukun Islam.

Orang yang mampu dan cukup hartanya setiap tahun wajib mengeluarkan zakat.

Sebaliknya, orang Islam yang tidak cukup hartanya satu nisab, tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.

Daripada Ibnu Umar r.a katanya:

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebanyak segantang kurma atau segantang gandum ke atas hamba sahaya dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa daripada kalangan kaum Muslimin

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekiranya zakat harta bertujuan untuk membersihkan harta, zakat fitrah pula berperanan menyucikan diri individu Muslim.

Di samping itu, ia juga bertujuan meringankan bebanan golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

Dengan harapan sumbangan zakat ini dapat membantu mereka merayakan hari lebaran ini dengan lebih meriah dan bermakna.

Pensyariatan Ibadah Zakat

Tarikh Pensyariatan

Pendapat yang lebih masyhur menyatakan bahawa zakat fitrah ini diwajibkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri Yang pertama disambut oleh Rasulullah dan orang Islam.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, beliau berkata:

Rasulullah telah bersabda: Islam dibina atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan

Riwayat al-Bukhari

Waktu Perlaksanaan

Zakat fitrah boleh dibayar sejak bermulanya bulan Ramadan atau bulan puasa sehingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal.

Sesiapa yang membayar zakat dalam tempoh ini, dia dikira telah menunaikan zakat fitrah.

Tetapi, jika ia dilakukan selepas terbenam matahari 1 Syawal, ia hanya dianggap sebagai sedekah biasa sahaja.

Manakala waktu yang afdal adalah sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.

Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa:

Rasulullah memerintahkan agar mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk solat (sunat Hari Raya)

(Riwayat muslim dalam sahih Muslim, kitab zakat: Bab perintah menunaikan zakat fitrah sebelum solat)
HUKUMWAKTU
HarusDari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan
WajibApabila terbenam matahari pada akhir Ramadan
AfdalSelepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
MakruhSelepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri
HaramSelepas terbenam matahari 1 Syawal (Pelakunya berdosa dan wajib mengqada dengan segera)

Niat Zakat Fitrah

Niat zakat fitrah adalah seperti berikut:

Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.”

Niat Zakat Untuk Isteri dan Anak-Anak

Seorang suami yang ingin menyampaikan zakat untuk isteri dan anaknya boleh melafazkan niat sebagai berikut

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk isteriku fardhu kerana Allah Taala.”

Niat Zakat Untuk Anak Lelaki

Ketika seorang ayah masih menanggung anak lelaki, berikut niat yang dilafazkan

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak lelakiku … (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala.”

Niat Zakat Untuk Anak Perempuan

Jika seorang ayah, masih menanggung anak perempuan, berikut niat yang dilafazkan:

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku … (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala.”

Niat Zakat Untuk Seluruh Ahli Keluarga

Ketika seseorang ingin menyampaikan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan seluruh anggota keluarga, maka berikut bacaan niat yang boleh dilafazkan.

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala.”

Niat Zakat Fitrah Untuk Orang Lain Yang Diwakilkan

Namun jika seseorang membayarkan zakat untuk orang lain yang diwakilkan, berikut niatnya:

Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk … (sebutkan nama spesifik), fardhu kerana Allah Taala.”

Orang Yang Tidak Wajib Dibayarkan Zakat Fitrah Untuknya

Terdapat beberapa golongan yang tidak diwajibkan dibayarkan zakat untuk pihaknya:

1. Isteri yang derhaka terhadap suaminya

Tidak wajib suami membayarkan zakat fitrah untuk isteri yang derhaka walaupun dia mampu berbuat demikian.


2. Anak yang sudah besar dan mampu mencari pendapatan sendiri

Tidak wajib lagi kepada bapa untuk membayar zakat fitrah untuk anak-anak ini.


3. Anak kecil yang kaya

Wajib diambil zakat fitrah daripada hartanya.


4. Hamba yang kafir

Tidak wajib tuan yang Islam mengeluarkan zakat fitrah untuk hamba-nya yang kafir. Tetapi tuan yang kafir, wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk hamba-hambanya muslim.


5. Murtad

Orang yang murtad tidak lagi diterima zakat mereka kerana zakat hanya wajib dilaksanakan oleh orang yang beriman sahaja.

Orang yang berhak menerima zakat

Golongan-golongan yang berhak menerima zakat adalah seperti berikut:

1. Orang Fakir

Menurut imam al-syafie, okey adalah orang yang tidak mempunyai sebarang harta dan pekerjaan untuk perbelanjaan sehariannya dan dia juga tidak berupaya untuk bekerja

2. Orang Miskin

Imam as-syafie mendefinasikan orang yang miskin sebagai mereka yang mempunyai pekerjaan untuk menampung keperluan harian mereka tetapi pendapatan yang mereka peroleh itu tidak mencukupi.

Abu hurairah menceritakan bahawa baginda Rasulullah pernah bersabda:

Orang miskin Itu bukannya orang yang berlegar-legar (mengemis) di tengah orang ramai di mana mereka diberikan sesuap dua makanan dan sebiji dua buah tamar.Tetapi orang miskin itu adalah orang yang tidak mendapat keperluan yang mencukupi untuk diri dan tanggungannya dan tidak diketahui pula kemiskinannya sehingga dia diberikan sedekah oleh orang ramai, dan dia pula tidak pergi meminta-minta daripada orang ramai

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

3. Amil atau Pengutip Zakat

Sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu humaid bin Al Sai’di bahawa:

Rasulullah pernah mengamanahkan seorang lelaki daripada Bani Assad sebagai Amil yang memungut zakat Bani sulaim. Lelaki tersebut bernama Ibnu al-Lutbiyah. Apabila dia datang baginda membuat pengiraan yang teliti mengenai zakat

(diriwayatkan oleh al-bukhari dalam sahih al-bukhari, kitab zakat)

4. Mualaf

Golongan yang berminat kepada Islam

  • Seorang yang bukan Islam yang mempunyai keinginan untuk memeluk islam
  • Pembesar atau pemimpin yang kafir tetapi berminat untuk bersahabat dengan orang Islam
  • Golongan anti-islam yang mungkin boleh dilembutkan hati mereka dengan pemberian zakat

Rafi’ bin Khadij meriwayatkan bahawa:

Rasulullah pernah memberikan kepada Abu Sufian bin Harb, Sofwan Bin Umayyah bin Hishn, dan al-Arqa’ bin Haris seratus unta setiap seorang

(diriwayatkan oleh muslim dalam sohih muslim kitab zakat)

5. Orang Yang Berhutang

Orang yang berhutang untuk kepentingan diri, keluarga atau orang lain sehingga melebihi harta yang dimilikinya, berhak mendapat zakat untuk meringankan bebanan nya.

Anas bin Malik radhiyallahu Anhu menceritakan bahawa Rasulullah bersabda:

Tidak dibolehkan meminta-minta, melainkan kerana 3 perkara; kerana terlalu miskin. Atau kerana hutang yang melebihi harta, atau untuk membayar diat”

(Riwayat Ahmad)

6. Orang Yang Berjuang di Jalan Allah (Fi Sabilillah)

Wang zakat boleh diberikan kepada orang yang yang melakukan penyelenggaraan untuk maslahat umum seperti membina jambatan, menurap jalan, membina hospital, rumah anak yatim, Masjid dan membentuk atau menggerakkan organisasi-organisasi Islam.

Begitu juga harus memberikan zakat untuk pembangunan Parti Islam untuk menentang parti parti anti-islam yang lain demi menegakkan kalimah Allah dan undang-undangNya di muka bumi ini.

(fiqh Syafi’i, haji Idris Ahmad S.H, m.s 407-408, pustaka antara, kuala Lumpur, februari 2002)

7. Ibnu Sabil

Orang yang hendak merantau untuk menyempurnakan tuntutan agama seperti memerangi musuh Islam, berniaga, bantu umat Islam ditimpa bencana atau untuk menuntut ilmu, tetapi perbelanjaannya tidak mencukupi.

Atau orang yang dalam perjalanan untuk tujuan yang syar’i tetapi mengalami keputusan belanja untuk meneruskan perjalanan atau untuk perjalanan pulang.

Oleh itu, pelajar yang hendak menuntut ilmu di luar negara atau dalam negara, layak memohon bantuan zakat daripada kerajaan negeri masing-masing.

8. Hamba (al-Riqab)

Hamba yang diberi peluang oleh tuannya menebus diri tetapi tiada berkemampuan berbuat demikian.

Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Untuk memudahkan anda membayar zakat, pihak Zakat setiap negeri ada menyediakan kaedah pembayaran zakat secara atas talian (online).

Tuan-puan boleh rujuk portal zakat mengikut negeri masing-masing untuk zakat online:

Penutup

Amalan berzakat bertujuan untuk membentuk masyarakat saling membantu dan bersikap adil.

Golongan berada dan mewah membantu golongan yang miskin sedangkan golongan daif mengasihi golongan yang berada.

Zakat juga dapat membersihkan harta benda daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya orang itu telah membuang bahagian-bahagian yang buruk daripada hartanya

(Hadis Riwayat At-Thabarani 15778)

Harta benda yang telah dikeluarkan zakat padanya akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan terpelihara daripada segala bencana kemusnahan manakala pemiliknya pula akan mendapat kesejahteraan hidup dunia dan Akhirat.

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda memahami tentang zakat.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Waheedah90
Waheedah90
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum. Saya ingin bertanya sekiranya pembayar zakat bekerja di luar negara, bolehkah dibayar secara online zakat tersebut mengikut negeri kelahiran/kampung si pembayar atau perlu membayar zakat di negara yang pembayar bekerja. Terima kasih.

waheedah90
waheedah90
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Jazakallah khair ustaz.

thestoryofmuslim
thestoryofmuslim
3 tahun yang lalu

Masyaallah