NIAT PUASA SUNAT NABI DAUD

Bagaimana lafaz niat Puasa Sunat Nabi Daud?

Artikel ini akan menunjukkan cara lafaz niat puasa sunat Daud secara mudah dan lengkap.

Transliterasi rumi disediakan untuk membantu anda yang sukar membaca tulisan arab.

Pengenalan

Puasa adalah ibadat sunat yang cukup unik dan istimewa.

Unik kerana tiada yang mengetahui nilainya kecuali Allah SWT. Istimewa kerana puasa sentiasa mengingatkan diri dan menambah kerinduan terhadap Bulan Ramadan.

Tidak hairanlah, ramai ulama menyatakan ibadat puasa sebagai ibadat yang paling baik untuk mendekati Allah SWT.

Allah SWT membuka begitu banyak pintu kebaikan dan peluang-peluang beramal. Kita dapati terdapat banyak jenis, cara, dan kaedah bagi melaksanakan ibadat puasa.

Setiap jenis puasa ini sudah dijanjikan fadilat dan kelebihan yang banyak. Antara jenis-jenis puasa sunat ini, Nabi Muhammad SAW menunjukkan dan mengiktiraf salah satu antaranya sebagai puasa yang paling baik, iaitu puasa Nabi Daud AS.

Maksud Puasa Sunat Nabi Daud

Puasa Nabi Daud AS yang dimaksudkan adalah berpuasa selang sehari, iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak, dengan niat beribadat kepada Allah SWT.

Dalil puasa ini adalah:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya:

Puasalah dengan puasa yang paling baik di sisi Allah iaitu puasa Nabi Daud AS AS. Baginda berpuasa sehari dan berbuka (tidak berpuasa) sehari.

(Riwayat Muslim)

Lafaz Niat Puasa Sunat Nabi Daud

Lafaz niat puasa Nabi Daud adalah seperti berikut:

lafaz niat puasa sunat nabi daud

Nawaitu sauma dâwuda lillahi ta’âlâ.

Sahaja aku puasa sunat Daud kerana Allah Taala

Nota

Secara asasnya, tiada lafaz niat khusus bagi puasa Nabi Daud AS.

Seseorang sudah dikira berniat apabila terdetik hasrat melakukan satu perbuatan ataupun ibadat.

Bagi sesetengah individu, melafazkan niat membantu menghadirkan ataupun menegaskan nit yang ada dalam hati mereka. Justeru, bagi memudahkan, memadai berniat dalam hati seperti ini:

“Sahaja aku puasa sunat seperti Nabi Daud AS kerana Allah Taala.

Cara Melaksanakan Puasa Nabi Daud

Seperti yang difahami daripada hadis Nabi Muhammad SAW sebelum ini, cara melaksanakan puasa Nabi Daud AS adalah berpuasa selang sehari; sehari puasa, sehari tidak.

Pada hari apa sebaiknya kita mulakan?

Perkara ini tidak menjadi is kerana bilangan hari dalam seminggu adalah ganjil, dan in menyebabkan putaran hari berpuasa berbeza setiap minggu.

Sebagai contoh, sekiranya kita memilih memulakan puasa pada hari Jumaat minggu pertama, kita tidak akan berpuasa pada hari yang sama pada minggu seterusnya.

Oleh itu, kita tidak akan berpuasa pada hari yang sama dalam dua minggu berturutan.

Hari Apa Yang Diharamkan Puasa Daud?

Puasa sunat ini dikecualikan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa, iaitu dua hari raya dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

Fadilat & Kelebihan Puasa Sunat Daud

1. Puasa yang paling dicintai oleh Allah SWT

Sesungguhnya puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda tidur pada separuh malam, bangun (mengerjakan solat) pada sepertiganya dan tidur semula pada seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari.”

(Hadis riwayat Muslim)

2. Antara kelebihan puasa ini adalah tidak terlalu berlebihan dalam sesuatu perkara.

Dengan ini, dapat memberikan hak kepada Allah SWT dengan berpuasa dan memberikan juga hak kepada badan dengan berehat.

Di samping itu, menyediakan ruang dan peluang secukupnya bagi golongan yang bekerja, mencari ilmu, dan sebagainya untuk beribadat.

Dalil bagi ini berpunca daripada soalan seorang sahabat Nabi, Abdullah bin Amr RA yang begitu bersemangat beribadat dan berpuasa.

Apabila Nabi Muhammad SAW meminta dia berpuasa sehari dalam sebulan, dia menjawab, “Aku mampu lebih daripada itu.” Kemudian Baginda meminta dia berpuasa dua hari, dia juga menjawab, “Aku mampu lebih daripada itu.” Begitulah jawapannya sehingga Baginda meminta dia berpuasa empat hari namun tetap ditolak.

Akhirnya Nabi Muhammad SAW memberikannya cara yang lebih baik, iaitu berpuasa seperti Nabi Daud AS AS. Cara pertengahan yang tidak membebankan.

(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Berpuasa Hanya Pada Hari Jumaat?

Kita sedia maklum, puasa Nabi Daud AS adalah berpuasa sehari dan tidak berpuasa keesokan harinya.

Tentu ramai tertanya-tanya, bagaimana kita bolen berpuasa selang sehari sedangkan puasa pada hari Jumaat sahaja adalah dilarang?

JAWAPAN

Larangan puasa hari Jumaat yang dimaksudkan di sini adalah bagI sesiapa yang mengkhususkan puasa pada hari Jumaat dan tidak berpuasa pada hari-hari lain.

Mereka yang mengikuti puasa Nabi Daud AS bukannya berpuasa pada hari Jumaat secara khusus.

Berdasarkan pendapat Sheikh Muhammad bin Utsaimin, hadis daripada Abdullah bin ‘Amr RA menunjukkan apabila kita berpuasa selang sehari, dan secara kebetulan berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu, itu tidak diharamkan.

Sekiranya dilarang, tentu Nabi Muhammad SAW sudah menjelaskannya kepada para sahabat.

👉 Lihat juga Puasa Isnin & Khamis: NIAT & CARA PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS

Penutup

Sebaiknya kita melihat kekuatan dan kesanggupan diri terlebih dahulu sebelum mengamalkan puasa seperti Nabi Daud AS.

Benar, ia adalah puasa terbaik. Akan tetapi, ia adalah puasa sunat dan sebaiknya tidak menghalang kita melakukan kewajipan-kewajipan lain dalam kehidupan seharian, sama ada kewajipan kepada Allah SWT atau sesama makhluk.

Semoga panduan ini memberi kemudahan kepada anda!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
5 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Saya ingin cuba berpuasa Nabi Daud tapi takut2 sikit. Adakah jika dah mula cuba berpuasa tetapi bila rasa tak mampu nak teruskan saya berhenti dahulu untuk beberapa hari dan saya sambung lagi kemudian, boleh ka macam tu? Terima kasih.

Din
Din
7 bulan yang lalu

Saya nak tanya sekiranya kita tercekik tulang ikan dan tulang ikan itu tak tercabut sehingga masuknya waktu puasa adakah sah puasa

Hamba Allah
Hamba Allah
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum…sy bertanya jika kita puasa nabi daud bolehkah kita ingin berpuasa juga sunat isnin dan khamis?..

Terima kasih

Hamba Allah
Hamba Allah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum…saya berhajat ingin mencuba puasa Nabi daud, dalam masa Yang Sama saya Banyak tinggal puasa Ramadhan semasa zaman bujang saya… Boleh kah saya niatkan puasa ganti Dan masa Yang Sama niat puasa Nabi daud??

Terima kasih, assalammualaikumm..