NAJIS MUGHALLAZAH: Maksud, Contoh & Cara Menyucikan

cara sama menyucikan najis mughallazah

Apakah maksud Najis Mughallazah?

Bagaimanakah cara samak atau kaedah menyucikan Najis Mughallazah?

Panduan ini akan menerangkan secara langkah demi langkah cara menyucikan najis mughallazah secara lengkap.

Semoga memberi manfaat..

Maksud Najis Mughallazah

Apakah yang dimaksudkan dengan najis mughallazah?

Dalam bahasa Arab, Mughallazah bermaksud najis yang berat untuk disucikan.

Najis ini tidak memadai membasuhnya dengan air seperti najis-najis lain. Ia perlu dibersihkan dengan cara samak1.

Samak ialah kaedah basuhan menggunakan enam kali basuhan air mutlak dan satu kali basuhan air tanah.

Samak Atau Sertu?

Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu.

Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

1 Samak pula mempunyai beberapa makna.

Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Boleh rujuk penerangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1316: BEZA SERTU DENGAN SAMAK


Nota

Tajuk panduan ini saya menggunakan perkataan “samak” kerana memudahkan carian pengguna berkaitan tajuk penyucian ini.

Ini disebabkan kata kunci “samak” digunakan secara meluas dalam enjin carian.

Oleh itu, diharapkan sisipan nota ini diharapkan akan memperbetulkan kefahaman yang silap sebelum ini

Jenis & Contoh Najis Mughallazah

Apakah jenis dan contoh Najis Mughallazah?

Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Anjing

Anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.

Jika bekas, pakaian atau anggota badan terkena najis ini, ia hendaklah dibersihkan sebanyak tujuh kali dan salah satunya hendaklah menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah.

Hukum ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Bekas air sesiapa diantara kamu yang dijilat anjing boleh dibersihkan dengan membasuhnya tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.

(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah, Bab Hukum jilatan anjing)

Boleh difahami disini, jika mulut anjing yang lebih bersih adalah najis, bahagian-bahagian lain sudah tentu lebih najis.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah dijemput ke rumah satu keluarga Ansar dan dia menerimanya.

Kemudian, dia sekali lagi dijemput ke sebuah rumah lain, tetapi dia tidak pergi.

Apabila mereka bertanya, Baginda menjawab:

“Kerana di rumah kamu ada anjing.” Mereka membalas. “Tapi di rumah mereka ada kucing”. Baginda menjawab: “Kucing adalah haiwan pemangsa”

(Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah)

2. Babi

Babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.

Oleh itu, air liur darah, darah, najis, daging, bulu, tulang atau kulit sama ada yang telah disamak atau tidak, adalah najis.

Ini adalah berdasarkan firmah Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor.

— Surah al-An’am 6: 145)

Cara Samak (Kaedah Menyucikan Najis Mughallazah)

Bagaimana cara menyucikan Najis Mughallazah?

Najis ini apabila terkena pada pakaian, badan atau tempat, hendaklah dibersihkan dengan tujuh basuhan.

Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah menggunakan air bercampur tanah.

(1 air tanah + 6 kali air mutlak = 7 basuhan)

Cara samak (sertu) ini terpakai tidak kira sama ada najis itu nampak zahir najisnya (aini) atau tidak meninggalkan kesan (hukmi)

Kaedah penyuciannya adalah seperti berikut:

Time needed: 10 minutes

Berikut dinyatakan kaedah menyucikan Najis Mughallazah secara langkah demi langkah.

  1. Kenalpasti Jenis Dan Kedudukan Najis Mughallazah Tersebut

    Contohnya najis anjing yang terkena karpet atau tikar. Najis biasanya mempunyai warna, bentuk dan bau.Menyucikan najis mughallazah

  2. Singkirkan Najis Sehingga Hilang Ainnya

    Gunakan alat yang sesuai untuk mengalihkan najis tersebut seperti penyapu dan surat khabar.menyucikan najis mughallazah

  3. Siram Air Ditempat Bekas Najis Tersebut

    Siram dengan air mutlak ke atas tapak najis tadi sehingga hilang warna dan baunya.Menyucikan Najis Mughallazah

  4. Basuh Dan Siram Dengan Air Tanah

    Dalam salah satu basuhan air, gunakan air bercampur tanah. Air tanah boleh disiram pada awal, ditengah atau pada akhir basuhan.menyucikan najis mughallazah

  5. Seterusnya Dibasuh Dengan Enam Basuhan Air Mutlak

    Basuh tapak najis tadi dengan enam basuhan air mutlak sehingga bersih

Penutup

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang baik kepada kita sebagai seorang Muslim di dalam hal-hal agama.

Marilah kita membiasakan diri untuk membuat perkara yang betul dan memperbetulkan perkara yang biasa kita lakukan.

Semoga panduan ini membantu saudara saudari sekalian.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

203 thoughts on “NAJIS MUGHALLAZAH: Maksud, Contoh & Cara Menyucikan”

  1. Assalamualaikum, saya dan anak-anak saya ikut suami tinggal di rumah mertua saya yang bukan orang islam. Tahun lepas keluarga suami saya ada memelihara anjing dan ada masanya mereka mandikan anjing di belakang rumah.

    1) Kami kongsi mesin cuci baju, dan setiap hari ibu mertua dan adik ipar (perempuan) campurkan pakaian saya, suami saya dan anak-anak saya dengan pakaian mereka. Perlu saya sertu semua pakaian jika ada kemungkinan pakaian mereka terkena najis anging?

    2) Mereka ada memberi makanan pada anjing, biasanya mereka tuang ke mangkuk khas anjing tu tanpa menyentuhnya. Satu hari adik ipar (lelaki) tidak sengaja menyentuh mangkuk dengan bekasan anjing tu, dan saya tidak tahu mangkuk yang satu (hanya kenal warna saja). Perlu saya sertu semua mangkuk?

    Reply
    • Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

      1/ Pencucian Pakaian Bersama Pakaian yang Mungkin Terkena Najis Anjing

      Jika Saudari bimbang pakaian Saudari tercampur dengan najis anjing melalui mesin cuci bersama, disarankan untuk melakukan sertu pada pakaian tersebut jika yakin ada terkena najis.

      Jika mesin cuci menggunakan air yang banyak dan menggantikan air beberapa kali (air mutlak), ini mungkin sudah mencukupi untuk membersihkan pakaian, tetapi melakukan sertu adalah langkah berhati-hati yang baik jika terdapat kepastian pakaian terkena najis anjing

      2/ Mengenai Peralatan Makan yang Terkena Najis Anjing

      Jika puan tidak pasti mana mangkuk yang tercemar, adalah lebih selamat untuk melakukan sertu pada semua mangkuk yang puan curigai sebagai langkah pencegahan

      Dalam situasi seperti ini, penting untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga untuk mengambil langkah pencegahan yang sesuai dalam pengurusan najis anjing agar tidak menimbulkan kesulitan dalam menjalankan kehidupan seharian yang menuruti syariat Islam. Kebersihan adalah penting dalam Islam dan mengambil langkah berhati-hati adalah sejalan dengan ajaran agama.

      Semoga penjelasan ini membantu

      Wallahu a’lam.

      Reply
      • Terima kasih atas penjelasannya tuan. Perkara ini dah berlaku 1 tahun yang lalu, dan saya tak ingat pakaian mana satu terkena najis anjing yang bercampur dengan pakaian yang lain. Kadang timbul rasa takut solat saya, suami dan anak-anak saya tidak diterima.

        Reply
        • Waalaikumussalam Puan Nazirah,

          Dalam situasi puan, jika perkara ini sudah berlaku lama dahulu (setahun yang lalu) dan puan sendiri tidak pasti sama ada pakaian tersebut benar-benar terkena najis anjing atau tidak, maka pakaian tersebut dianggap suci menurut hukum fiqh.

          Dalam kaedah fiqh ada dinyatakan:

          “اليقين لا يزول بالشك”

          “Perkara yang diyakini tidak terhapus dengan perkara yang diragui.”

          Selagi tidak jelas atau yakin bahawa pakaian tersebut benar-benar terkena najis, maka tidak diwajibkan untuk sertu pakaian tersebut. Solat puan, suami dan anak-anak sebelum ini juga adalah sah dan tidak perlu bimbang ditolak oleh Allah.

          Semoga penjelasan ini memberikan ketenangan kepada puan dalam beribadah. Allah Maha Pengasih dan sentiasa melihat usaha serta keikhlasan puan.

          Wallahu a’lam.

          Reply
  2. assalamualaikum, 1: saya waswas tentang air yang merecik di kaki saya dan kasut saya semasa berjalan di jalan raya ketika hari hujan. Saya mengalami penyakit waswas yang agak teruk dan membuat keputusan untuk sertu kaki saya dan keseluruhan kasut saya (tapak dan dalam). Jadi saya waswas perlukah saya sertu lantai bilik air yang digunakan untuk meletakkan kasut saya tadi yang saya tidak pasti pun keberadaan najis atau tidak. Oleh itu,kerana saya takut terpijak kawasan lantai yang saya memijak itu tadi dan membawanya ke kawasan lain membuatkannya merebak ke seluruh rumah. Jadi sebenarnya perlukah saya sertu kaki dan kasut saya jika terjadinya semula hal seperti ini? 

    2. beberapa hari lepas saya ada latihan silat di padang sekolah. Sebelum latihan bermula, saya ternampak seekor anjing yang berjalan di kawasan padang tersebut. Tetapi saya tidak pasti sama ada anjing itu telah kencing atau telah mengeluarkan air liurnya. Pada masa itu latihan saya perlu mengguling dan tidak memakai sebarang kasut.. Jadi, balik dari itu saya membuat keputusan untuk menyertu pakaian yang saya tadi. Waktu menjemur baju yang saya sertu tadi, sehelai baju tadi terjatuh ke simen halaman rumah dalam keadaan baju itu basah. Dan saya teringat yang beberapa tahun lepas ada seekor anjing yang duduk di kawasan halaman saya tetapi saya tidak pasti samada anjing itu telah mengelurkan air liurnya atau dia dalam keadaan yang basah. Jadi, sebenarnya perlukah saya sertu pakaian dan badan saya yang terkena kawasan padang/terjatuh di halaman rumah? maaf kalau agak pelik soalan..mohon jawab kerana masalah ini telah menggangu saya.. terima kasih.

    3.saya pergi ke taman dan duduk di buai ketika bermain, selipar saya tercabut dan saya terpijak rumput dgn kaki yg basah(berpeluh) perlukah sy sertu sebenarnya?

    4.jika sertu sesuatu yg tidak pasti betul atau tidak ada najis, air sertuan(ketika menyiram barang) terpercik ke kaki dan pakaian , perlukah disertu kaki dan pakaian sy? maaf agak banyak soalan.. harap boleh bantu

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Waswas adalah sesuatu yang perlu dihindari kerana ia boleh menyukarkan urusan ibadah dan kehidupan harian.

      Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada prinsip asas dalam hukum najis, khususnya berkaitan najis mughallazah (najis berat) seperti anjing.

      1. Recikan air di jalan raya ketika hujan

      • Secara asasnya, jalan raya bukanlah tempat yang semestinya ada najis, dan sekiranya ada, najis itu telah bercampur dengan air hujan yang mengalir. Dalam Islam, air mutlak (air hujan) yang mengalir adalah penyuci dan tidak dianggap najis selagi tidak ada bukti jelas terdapat najis dalam air itu.
      • Oleh itu, tiada keperluan untuk sertu kaki dan kasut jika terkena percikan air hujan kerana kita tidak yakin ada najis di dalamnya. Begitu juga lantai bilik air, ia tidak perlu disertu hanya kerana kasut diletakkan di situ.

      2. Latihan silat di padang yang pernah dilalui anjing

      • Kehadiran anjing di padang tidak menjadikan padang itu najis secara automatik. Najis hanya wujud jika ada bukti jelas bahawa terdapat air liur atau kencing anjing pada tempat tertentu. Jika tiada bukti, kita tidak perlu menganggap tempat itu bernajis.
      • Oleh itu, tiada keperluan untuk menyertu pakaian atau badan hanya kerana ada anjing di situ. Begitu juga dengan baju yang terjatuh di halaman rumah—jika tidak pasti ada najis, ia dianggap suci dan tidak perlu disertu.

      3. Terpijak rumput dengan kaki basah (berpeluh)

      • Rumput atau tanah di taman tidak dianggap najis kecuali terdapat bukti nyata adanya najis. Berpeluh tidak menyebabkan najis merebak. Oleh itu, tidak perlu sertu kaki hanya kerana memijak rumput dengan kaki yang basah.

      4. Air sertuan yang terpercik ke kaki dan pakaian

      • Dalam proses sertu, air yang telah bercampur dengan tanah dianggap sebagai air pembersih. Jika ia terkena pakaian atau badan, tidak perlu sertu semula kerana air itu bukan lagi air najis.

      Dari kesemua situasi ini, tiada keperluan untuk sertu kerana tiada bukti jelas adanya najis. Rasa waswas ini perlu diatasi dengan kembali kepada prinsip “keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan” (الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ). Jika tiada bukti jelas ada najis, anggaplah sesuatu itu suci.

      Saya nasihatkan untuk berdoa agar Allah mempermudahkan urusan dan memberi ketenangan dalam ibadah.

      Semoga Allah memudahkan urusan tuan dan memberikan ketenangan hati. 🤲🏼😊

      Reply
  3. Salam ustza nk tanya..saya ade pakai berus bulu babi lalu percikan cat terkena pada baju lalu saya sertu tapi kesan cat itu kekal dibaju,adakah baju itu masih dikira najis?

    Soalan kedua, saya ade terpegang bulu babi yg basah lalu saya hanya basuh mengunakan air paip sahaja tanpa sertu sehingga tangan saya kering dan tak basah.selepas itu, dalam 2 jam saya pergi basuh tangan dan saya lap pada baju,adakah baju itu dikira sebagai najis muhgallazah?,mohon pencerahan ustaz

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      1. Kesan Cat Selepas Sertu
      Jika tuan telah melakukan sertu dengan sempurna, baju tersebut suci, walaupun kesan cat masih kekal. Warna atau bekas tidak menjadikannya najis.

      2. Terpegang Bulu Babi Basah & Sentuhan pada Baju

      • Jika tangan terkena bulu babi basah, ia menjadi najis mughallazah.
      • Basuh dengan air paip sahaja tidak mencukupi; perlu sertu.
      • Jika tangan belum disertu dan menyentuh baju dalam keadaan basah, baju juga terkena najis dan perlu disertu.

      Kesimpulan

      1. Baju dengan kesan cat selepas sertu adalah suci.
      2. Baju yang terkena tangan tidak disertu perlu disertu.

      Semoga membantu! 😊

      Reply
  4. Assalamualaikum,saya nak Tanya.saya ada kawan cina satu harini tetibe ada bulu terbang Dari dia pergi dekat baju saya rupanya itu bulu anjing dia.jadi soalannya adakah baju saya perlu ke disamak ustaz?

    Reply
    • Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Dalam Mazhab Syafie, seluruh bahagian anjing termasuk bulu, air liur, dan peluhnya dianggap sebagai najis mughallazah (najis berat). Oleh itu, jika bulu anjing tersebut terkena pakaian awak, pakaian tersebut perlu disucikan melalui kaedah sertu.

      Untuk membersihkan pakaian yang terkena bulu anjing, awak perlu:

      1. Membuang bulu tersebut dengan memastikan tidak ada sisa bulu yang tertinggal.
      2. Membasuh bahagian yang terkena dengan air tanah sekali. Campurkan tanah bersih dengan air sehingga menjadi campuran yang boleh digunakan untuk membasuh.
      3. Membasuh bahagian yang sama dengan air mutlak sebanyak enam kali sehingga bersih.

      Jika bulu tersebut hanya terbang tetapi tidak melekat atau bersentuhan secara langsung dengan pakaian, maka pakaian tersebut dianggap suci, dan tiada keperluan untuk menyertu.

      Kesimpulan

      1. Jika bulu anjing terkena pakaian awak, pakaian perlu disertu mengikut kaedah di atas.
      2. Jika bulu tidak bersentuhan secara langsung atau hanya berada di udara, pakaian dianggap tidak terkena najis.

      Semoga penjelasan ini membantu awak memahami hukum dengan lebih tepat. 😊

      Reply
  5. Assalamualaikum ustaz, macam mana pula hukum kalau salah cara sertu? Dulu selipar pernah kena air liur anjing lepastu sertu guna air tanah dengan air mutlak tapi air multaknya cuma sekali basuhan saja. Rasanya kes ni dah berlaku beberapa tahun lepas. Adakah perlu disertu semula selipar tu? Dan saya juga pernah ambil wudhu sambil pakai selipar tu. Apa hukumnya?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam,

      Terima kasih atas soalan yang sangat baik ini. Berikut adalah penjelasan hukum berkaitan kesalahan dalam proses sertu (samak) dan kesannya terhadap selipar dan wudhu:

      1. Prosedur Sertu yang Betul (Mazhab Syafi’e)

      Dalam Mazhab Syafi’i, najis mughallazah (seperti air liur anjing) perlu dibersihkan dengan cara berikut:

      • Basuhan pertama mesti menggunakan air yang bercampur tanah (tanah suci).
      • Selepas itu, kawasan yang terkena najis perlu dibilas **enam kali** lagi menggunakan air mutlak.

      Jika hanya satu kali bilasan air mutlak dilakukan selepas sertu dengan air tanah, prosedur ini tidak mencukupi mengikut syarat sertu. Dalam kes ini, selipar masih dianggap bernajis.

      2. Adakah Selipar Perlu Disertu Semula?

      Ya, jika puan yakin bahawa prosedur sertu tidak dilakukan dengan lengkap (hanya sekali bilasan air mutlak), selipar tersebut perlu disertu semula dengan cara yang betul untuk memastikan ia suci.

      3. Hukum Wudhu dengan Memakai Selipar yang Tidak Suci

      • Jika selipar tidak bersentuhan langsung dengan anggota wudhu (seperti kaki), wudhu tetap sah.
      • Namun, jika wudhu dilakukan sambil memakai selipar yang tidak suci dan air wudhu yang memercik menyentuh selipar, bahagian yang terkena air tersebut dianggap bernajis.
      • Jika najis dari selipar tersebut tidak menjejaskan pakaian, tubuh, atau tempat solat, maka solat tetap sah.
      • Namun, disarankan agar segera menyertu semula selipar untuk mengelakkan keraguan atau was-was di masa hadapan.

      4. Langkah yang Disarankan

      1. Sertu Semula Selipar. Pastikan selipar disertu mengikut prosedur yang lengkap:

        – Basuhan pertama menggunakan air bercampur tanah.
        – Enam kali bilasan dengan air mutlak.

      2. Hindari Was-was. Setelah proses sertu dilakukan dengan betul, selipar dianggap suci, dan puan tidak perlu risau lagi tentang penggunaannya.

      3. Taubat dan Mohon Keampunan. Jika kekurangan dalam prosedur tersebut berlaku kerana kejahilan atau terlupa, mohonlah keampunan kepada Allah SWT. Islam memudahkan, dan Allah Maha Pengampun.

      —-

      Kesimpulan

      • Selipar perlu disertu semula kerana sertu yang dilakukan sebelum ini tidak mencukupi.
      • Wudhu tetap sah selagi najis dari selipar tidak bersentuhan dengan anggota wudhu.
      • Pastikan proses sertu dilakukan dengan lengkap untuk mengelakkan keraguan di masa depan.

      Semoga penjelasan ini membantu puan memahami hukum dan prosedur sertu dengan lebih jelas.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  6. assalamualaikum ustaz.. anak saya bermain di kawasan semak dan berselut. terjumpa tulang babi, maka tulang tersebut diangkat dan diletakkan di pondok. baju dan seluar habis terkena selut.. selepas 2 hari baru saya tahu berkenaan tulang babi tersebut..adakah kawasan yg terkena selut di baju dan seluar perlu disertu? contoh di kerusi atau lantai rumah

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan.

      Dalam Mazhab Syafi’i, babi termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat), dan semua bahagian tubuhnya, termasuk tulang, dianggap najis. Oleh itu, jika seseorang menyentuh atau mengangkat tulang babi, bahagian yang terkena perlu disucikan melalui proses sertu. 

      Namun, dalam situasi yang saudara nyatakan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

      1. Sentuhan Langsung atau Tidak Langsung: Jika anak saudara mengangkat tulang babi dengan tangan tanpa sebarang lapisan pelindung (seperti sarung tangan atau kain), maka tangan atau bahagian yang terkena perlu disertu dengan mencuci menggunakan air bercampur tanah sekali, diikuti enam kali dengan air bersih. Namun, jika tiada sentuhan langsung dan tulang tersebut diangkat menggunakan alat seperti ranting atau kain, maka kawasan yang berselut pada baju dan seluar tidak dianggap terkena najis mughallazah secara langsung. 

      2. Selut yang Terkena Pada Baju dan Seluar: Jika selut pada baju dan seluar tidak secara langsung terkena pada tulang babi, atau tiada bukti jelas bahawa selut tersebut bercampur najis mughallazah, maka tidak perlu melakukan sertu pada baju, seluar, kerusi, atau lantai rumah yang terkena selut. Islam menekankan bahawa sesuatu dianggap najis hanya apabila ada bukti atau keyakinan yang jelas mengenai najis tersebut. 

      3. Tindakan Berjaga-jaga: Jika terdapat rasa was-was dan ingin memastikan kebersihan, saudara boleh mencuci kawasan baju, seluar, atau tempat yang terkena selut sebagai langkah berjaga-jaga. Namun, selagi tiada bukti jelas selut tersebut terkena najis mughallazah secara langsung, sertu tidak diwajibkan. 

      Kesimpulan: Dalam kes ini, selagi tiada bukti langsung bahawa selut tersebut bercampur dengan najis babi, sertu tidak diperlukan. Jika bimbang atau was-was, mencuci biasa sudah memadai.

      Semoga penjelasan ini membantu dan memberikan ketenangan dalam menjaga kebersihan.

      Wallahu a’lam. 

      Reply
  7. Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya dulu saya terpijak tahi anjing terkena kasut…lepastu saya hanya geser di tanah sahaja…yang hilang warna bau…lepastu saya naik kereta adakah karpet kereta kena tahi mugholadhoh juga….lagi satu ustaz tahi mugholadhoh ni boleh berubah tempat tak ustaz

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam Mazhab Syafi’e, najis mughallazah (najis berat) seperti najis anjing dan babi perlu disucikan dengan kaedah sertu, iaitu mencuci bahagian yang terkena najis tersebut dengan air bercampur tanah sekali dan diikuti dengan enam kali air bersih. Menggeser atau menggosok pada tanah sahaja tanpa menggunakan air tanah tidak mencukupi untuk menyucikan najis mughallazah.

      Berikut adalah penjelasan untuk situasi yang tuan hadapi:

      1. Karpet Kereta: Jika kasut yang terkena najis anjing hanya digeser pada tanah dan tidak disucikan dengan cara yang sepatutnya (sertu), maka kasut tersebut masih dianggap membawa najis mughallazah. Oleh itu, jika kasut tersebut telah menyentuh karpet kereta, karpet kereta juga dianggap terkena najis mughallazah.

      2. Najis Mughallazah Berpindah: Dalam fiqh, najis mughallazah boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain jika ia masih dalam keadaan basah atau lembap. Jika najis itu sudah kering sepenuhnya dan tidak ada kesan yang boleh dipindahkan, maka ia tidak berpindah.

      Untuk memastikan kebersihan, disarankan agar tuan membersihkan kasut dan karpet kereta dengan cara sertu:

      – Cuci bahagian yang terkena najis dengan air bercampur tanah sekali, kemudian bilas dengan air bersih sebanyak enam kali.

      Semoga penjelasan ini membantu, dan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan tuan dalam menjaga kebersihan dan kesucian.

      Wallahu a’lam.

      Reply
      • Assalamualaikum,ustaz kalau saya tak tahu adakah Allah memaafkan saya ustaz dan amalan saya di kira tak ustaz…sebab benda ni dah lama…kawan saya cakap tak payah samak…kalau tahi karpet dah kering bermakna dia tak pergi ke atas orang lain ke ustaz…

        Reply
        • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, tuan Mohamad Nazri.

          Terima kasih atas soalan lanjut yang diajukan. Dalam Islam, Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Mengetahui niat serta keterbatasan kita. Jika pada waktu dahulu saudara tidak tahu mengenai kewajipan menyucikan najis mughallazah dengan cara yang tepat (samak), dan sudah melakukan semampu yang boleh berdasarkan pengetahuan waktu itu, insyaAllah Allah SWT akan memaafkan kekurangan tersebut.

          Islam adalah agama yang memberi kemudahan, dan kesalahan yang dilakukan tanpa pengetahuan atau secara tidak sengaja tidak membatalkan amal ibadah jika kita benar-benar tidak tahu. Apa yang penting sekarang adalah saudara telah mendapat ilmu baru mengenai perkara ini, dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul di masa hadapan.

          Jika masih ragu, saudara boleh melakukan samak pada barang-barang yang diyakini perlu, namun sekiranya situasi itu sudah lama dan tidak pasti lagi kesannya, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT dengan bertaubat dan berdoa agar dimaafkan.

          Semoga Allah menerima usaha saudara dalam menjaga kesucian dan memberkati niat baik saudara.

          Wallahu a’lam. 

          Reply
  8. Assalamualaikum..saya nak Tanya jika ada anak anjing makan di bekas makanan kucing…jika kucing itu dekat dengan kita saya perlu samak tak dengan air tanah..apakah hukumnya itu..

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Dalam Mazhab Syafi’e, anjing dan apa-apa yang terkena mulutnya dianggap sebagai najis berat (najis mughallazah). Jika anak anjing menjilat atau makan dari bekas makanan kucing, bekas tersebut perlu disamak dengan air bercampur tanah sebanyak sekali, dan kemudian dibilas dengan air bersih sebanyak enam kali lagi untuk memastikan kebersihannya.

      Mengenai kucing yang mungkin memakan dari bekas tersebut, kucing itu tidak perlu disamak, kerana dalam fiqh, sentuhan tidak langsung (seperti makan dari bekas yang terkena najis anjing) tidak memindahkan najis berat kepada tubuh kucing secara automatik. Hukum samak hanya terpakai pada bekas atau objek yang secara langsung terkena mulut anjing. Namun, jika tuan ragu-ragu, boleh membersihkan mulut kucing dengan air biasa sebagai langkah berhati-hati, tetapi ia bukan kewajiban.

      Jadi, yang perlu disamak adalah bekas makanan tersebut, bukan kucingnya. Semoga penjelasan ini membantu dan memberi pencerahan.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  9. Assalamualaikum ustaz, berkenaan dengan najis yang dibersihkan ni. Saya ada sorang kawan yang mempunyai kes taktahu macam mana nak mencuci sebab dia termakan : najis sendiri ketika kecil dan sampai sekarang masih tidak yakin sama ada solatnya diterima atau tidak oleh kerana masih lagi tidak disamak.

    Explanation : Ketika tu dia dalam lingkungan 7-8 tahun, ada penyakit usus problem dan akan selalu berlakunya buang airbesar tanpa sengaja atau tanpa disedarilah. Jadi bila berlaku begitu dalam keadaan tak selesa dia akan memeriksa dan dalam keadaan risau dan takut dimarahi atau segan dia termakan atau termasuk jari yang ada najis kedalam mulut sama ada sengaja atau tidak saya pastilah.
    Macam mana untuk beristinjak jika berlaku dalam keadaan ini ustaz?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan dan keprihatinan awak terhadap sahabat ini. Semoga penjelasan berikut dapat membantu.

      Dalam hal ini, ada dua perkara utama yang perlu difahami:

      1. Najis yang Termakan Secara Tidak Sengaja atau Ketika Kecil: Jika seseorang termakan najis secara tidak sengaja atau ketika masih kecil (sekitar umur 7-8 tahun seperti yang disebut), Islam tidak membebankan dosa atau tanggungjawab ke atas perbuatan tersebut kerana ia dilakukan tanpa niat atau pengetahuan yang matang. Dalam Islam, anak-anak yang belum baligh belum dikenakan tanggungjawab syariat sepenuhnya, maka perbuatan yang berlaku ketika usia kecil seperti itu tidak menjejaskan kesucian atau sahnya ibadah di masa hadapan.

      2. Keperluan Samak: Najis yang termakan atau terlibat secara dalaman seperti masuk ke dalam mulut dan ditelan ketika kecil tidak perlu disamak atau dibersihkan dengan cara yang luar biasa pada usia sekarang. Samak adalah cara khusus yang digunakan untuk membersihkan najis berat (seperti air liur anjing) pada bahagian luaran yang terkena najis, bukan untuk kes seperti ini. Maka, sahabat tersebut tidak perlu khuatir tentang samak atau kesahihan solatnya pada masa kini. Selagi tubuh dan pakaian berada dalam keadaan suci semasa solat, ibadahnya sah.

      Peristiwa yang berlaku semasa kecil dan tanpa niat tidak membatalkan atau menjejaskan ibadah di masa kini. Maka, sahabat awak boleh menunaikan solat dengan yakin bahawa ibadahnya diterima, insyaAllah.

      Semoga penjelasan ini memberi ketenangan kepada sahabat awak dan membantunya menjalani ibadah dengan lebih yakin.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  10. Assalamualaikum ustaz, berkenaan dengan najis yang dibersihkan ni. Saya ada sorang kawan yang mempunyai kes taktahu macam mana nak mencuci sebab dia termakan : najis sendiri ketika kecil dan sampai sekarang masih tidak yakin sama ada solatnya diterima atau tidak oleh kerana masih lagi tidak disamak.

    Explanation : Ketika tu dia dalam lingkungan 7-8 tahun, ada penyakit usus problem dan akan selalu berlakunya buang airbesar tanpa sengaja atau tanpa disedarilah. Jadi bila berlaku begitu dalam keadaan tak selesa dia akan memeriksa dan dalam keadaan risau dan takut dimarahi atau segan dia termakan atau termasuk jari yang ada najis kedalam mulut sama ada sengaja atau tidak saya pastilah.

    Macam mana untuk beristinjak jika berlaku dalam keadaan ini ustaz?

    Reply

Leave a Comment