Marah & Memaafkan

memaafkan
memaafkan memaafkan dan memaafkan!

Semua orang pasti pernah marah.

Kerana marah merupakan sifat fitrah yang dimiliki oleh semua manusia. Bohong besar jika ada orang di dunia ini yang mengaku dirinya tidak pernah marah.

Secara amnya,  manusia diciptakannya sebagai makhluk yang bersosial yang sentiasa berinteraksi dengan orang lain, sangat mungkin  terjadinya perbezaan pendapat dan watak yang boleh memicu kepada kejengkelan dan kemarahan.

Hal ini sangat sangat biasa, terutama dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan suami isteri seringkali tak boleh dihindari.

Baca Sepenuhnya

Peristiwa April’s Fool, Adakah Ia Benar Terjadi?

April's Fool
April’s Fool

April’s Fool

Sekali lagi umat Islam cuba diperbodohkan – saya menerima maklumat ini dari seorang pembaca blog Aku ISLAM.

Marilah kita bersama – sama merenungi maklumat ini, supaya kita semua tidak terus tertipu lagi. Maklumat ini didapati di http://www.islamtomorrow.com/lies/fools.asp

Berhubung dengan sejarah sambutan April’s Fool yang dikatakan untuk meraikan hari tentera Salib berjaya menakluki Sepanyol.

Disini ada beberapa fakta yang perlu diperhalusi supaya Insyaallah kita akan nampak kebenarannya.

Baca Sepenuhnya

La Tahzan Sahabat!

la tahzan
la tahzan


Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..

Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..

Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...

Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..

Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..

Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..

Baca Sepenuhnya

Dimanakah Hati Kita Berlabuh?

Allah telah menciptakan manusia dengan banyak kelebihan. 

Dia telah memberikan banyak fasiliti yang ada pada tubuh manusia. Dengan tangannya, manusia mampu membuat sesuatu yang menakjubkan.

Dengan otaknya, kita mencetuskan teori-teori pengetahuan yang begitu luar biasa.

Namun, marilah kita mengamati salah satu dari kemampuan kita, iaitu kemampuan berfikir, melihat dan mendengar!

Dalam sebuah ayat-Nya. Allah swt berfirman :

“Katakanlah! Dia (Allah) yang telah menciptakan kalian, dan Dia jadikan bagi kalian pendengaran, penglihatan dan hati (pikiran). (namun) Amat sedikit yang kalian syukuri.” Qs. Al-Mulk (67) : 23

Allah SWT telah menyebut pendengaran dan penglihatan sebelum menyebut fikiran, kerana demikianlah proses berfikir manusia. Ya, melihat, mendengar lalu berfikir.

Dan melihat, mendengar serta berfikir dalam ayat ini berkaitan dengan keadaan kita di hadapan Allah kelak.

Baca Sepenuhnya