Belajar Menundukkan Pandangan

pandangan
pandangan

Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka.

Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja.

Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita.

Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita.

Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya.

Malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.

Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal.

Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.

Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya.

Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu.

Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai.

Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.

Jangan meremehkan pandangan

Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi.

Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.

Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya.

Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.

Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!

‘  Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya.  Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ – ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat 

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

10 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
bud
bud
5 tahun yang lalu

Ada kata-kata sesiapa yang menahan pandangannya maka hatinya dikurniakan kelazatan beribadah.

Entahla
Entahla
5 tahun yang lalu

kenapa gadis kpop sangat cantik berbanding perempuan yang solehah dan menutup aurat? ?

Budak Kpop
Budak Kpop
9 tahun yang lalu

Yes, betol tu.. Susah sgt nk tunduk bila dh biasa pndang lelaki.. Hati xnk.. Mata nk jugak pndang.. Tak thn tgok muka crush cute sgt

rahmani emir
rahmani emir
12 tahun yang lalu

boleh saya tambah sikit…
pandangan pertama itu memang tidak berdosa
tapi nabi memalingkan muka seorang sahabat
tika sahabat terlihat wanita yang cantik pada pandangannya…jadi sentiasalah tundukkan pandangan…
pandangan mata itu adalah dan sentiasa boleh menjadi fitnah

(betulkan saya juga jika tersilap)

sayap kiri
sayap kiri
13 tahun yang lalu

superb content..moga kita smua memperoleh manfaat drpdnya..

Senta CX
Senta CX
13 tahun yang lalu

Alhamdulillah…
mudah-mudahan kita juga tergolong dalam golongan manusia yang dimuliakan Allah S.W.T. dan sentiasa memelihara pandangannya.

Abu Basyer
Abu Basyer
13 tahun yang lalu

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.

2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap akibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

:)

Fauzan
Fauzan
Reply to  Abu Basyer
13 tahun yang lalu

sejutu sgt2.