Khutbah Raya AidilAdha Ringkas 2021 (Teks Bacaan Di Rumah RUMI)

Khutbah Raya AidilAdha

Ini adalah teks khutbah Raya AidilAdha ringkas untuk tahun 2021.

Khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidiladha.

Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 10 minit sahaja.

Dan bacaan rukun khutbah ditambah dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang kurang mahir membaca text arab.

Pengenalan

Tidak seperti tahun lepas, tahun ini kita terpaksa menyambut hari raya kurban di rumah.

Seperti yang semua maklum, khutbah raya Aidiladha akan dibacakan selepas Solat Sunat AidilAdha

Dalam keadaan kita sekarang, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan masing-masing.

Ini juga mungkin menjadi detik bersejarah buat seseorang yang pertama kali membacakan khutbah dihadapan keluarga masing-masing.

Oleh itu ambillah peluang ini sebaiknya.

InsyaaAllah, semoga urusan tuan-tuan semua dipermudahkan oleh Allah SWT.

Bagi wanita yang haid (tidak boleh solat) tetap disunatkan menyertai bersama mendengar khutbah hari raya.

Syarat & Rukun Khutbah Raya

Rukun Khutbah Raya

Apakah maksud rukun khutbah?

Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah.

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.

Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah r.a. yang menceritakan;

Menjadi sunnah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut” 

– Riwayat Imam al-Baihaqi

Syarat Khutbah Hari Raya

  • Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
  • Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
  • Khatib mestilah seorang lelaki.
  • Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
  • Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
  • Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
  • Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.

Teks Khutbah Raya AidilAdha Untuk Ketua Keluarga

Khutbah ini boleh diubah perkataannya mengikut kesesuaian panggilan dalam keluarga dan menambah isi yang relevan dengan topik khutbah

Tajuk khutbah: Ibadah Korban & Menyemai Kasih-Sayang Semasa Pandemik

Khutbah Pertama

khutbah raya rukun

  Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

khutbah raya rukun

 Allahuakbar Kabiraw Walhamdulillahi Kasiraa Wa Subhanallahi Bukrotaw Wa AsiiLaa 

 Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar 

 Allahuakbar Walillahil-Hamd 

khutbah raya rukun

 Alhamdulillah Alhamdulillahil-ladzi Hadaana Subulas-Salam 

 Wa Afhamanaa Bisyari’atin-Nabiyyil Karim 

khutbah raya rukun

 Allahumma Solli Wassalim Wabaarik ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Sayyidina Muhammadin Amma Ba’ du 

khutbah raya rukun

 Faya Ayyuhal Ikhwan, ‘Usiikum Wanafsi Bitaqwallahi Watho’atihi La’allakum Tuflihuun 

khutbah raya rukun

 Qolallahu Taala Yaa Ayyuhalladzina Aamanut-Taqullaha Haqqo Tuqootihi Walaa Tamuu Tunna illaa Wa Antum Muslimun 

 Sodaqollahul-Adziim 

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Memulakan khutbah pada pagi hari yang penuh berkat ini, khatib ingin berpesan kepada kita semua, terutama kepada diri khatib sendiri agar sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT..

… bila-bila pun dan dimana-mana pun kita berada, serta dalam keadaan sesukar mana pun, dengan cara melaksanakan segenap kewajipan dan menjauhi segala larangan Allah SWT.

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Apakah maksud hari raya?

Hari raya itu sebenarnya adalah hari yang dirayakan setelah seseorang hamba itu melakukan pelbagai ibadah kepada Allah.

Raya Aidilfitri sesungguhnya adalah untuk mereka yang telah bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah puasa dan pelbagai ibadah lain di bulan Ramadhan.

Dan Raya Aidiladha pula sebenarnya adalah raya bagi mereka yang telah menjalankan rukun haji yang paling utama, iaitu wukuf di Arafah, atau bagi mereka yang telah bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.  Mereka inilah yang selayaknya untuk berhari raya.

Sedangkan orang-orang yang tidak melakukan ibadah, maka apakah sebenarnya mereka sedang rayakan?  

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Seharusnya kita semua bergembira. Seharusnya kita semua berbahagia.

Kerana hari raya sebenarnya adalah hari raya seluruh umat Islam di seluruh dunia. Hari raya adalah kegembiraan bersama.

Zakat fitrah yang mengiringi AidilFitri dan ibadah korban yang mengiringi AidilAdha adalah bukti bahawa Islam menetapkan agar hari raya mewujudkan kegembiraan bersama.

Orang yang mampu mengeluarkan zakat fitrah, maka dia harus memberikan zakatnya kepada orang-orang yang fakir dan miskin.

Orang yang mampu melakukan ibadah korban, maka dia harus mengedarkan daging haiwan korban kepada orang-orang yang tidak mampu, yang mana mungkin ada daripada mereka yang mungkin hanya merasakan daging setahun sekali sahaja.

Dengan itu, kegembiraan pasti akan tersebar. Kegembiraan akan dirasakan oleh ramai umat Islam.

Dari titik inilah, kita dapat membuat kesimpulan bahawa memenuhi keperluan orang-orang yang susah dan menggembirakan mereka dengan zakat dan daging korban adalah sesuatu yang mengiringi setiap detik hari raya.

Hakikatnya, hari raya adalah hari kegembiraan bersama, kasih sayang, empati dan hari berkongsi sesama umat Islam.

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Sebagai usaha untuk menjadikan hari raya sebagai hari kegembiraan bersama, kita seharusnya menyambut hari raya dengan mempersiapkan diri kita untuk berkongsi dengan orang lain.

Menjelang hari raya, kita perlu mempersiapkan diri kita untuk membantu, meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan dan menghilangkan kesedihan mereka dengan menyumbangkan sebahagian harta kita, terutamanya di musim pandemik Covid-19 ini.

Jika tidak mampu, maka cukuplah dengan ucapan-ucapan yang baik yang dapat menenangkan hati mereka, dengan sapaan dan senyuman tulus kepada mereka serta lantunan doa untuk kebaikan mereka.

Ingatlah bahawa dikebanyakkan tempat, ramai  orang yang kehilangan pekerjaan pada musim pandemik ini.

Banyak orang sukar mencari nafkah akibat covid-19 yang terus merebak. 

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Sebenarnya pada saat kita membantu orang-orang yang memerlukan, pada hakikatnya kita sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.

 in aḥsantum aḥsantum li’anfusikum 

Maknanya:

Jika kalian berbuat baik, sebenarnya kalian telah berbuat baik bagi diri kalian sendiri”

— Surah al-Isra’: 7

 Wa Mā Tunfiqū Min Khairin Fa Li’anfusikum, Wa Mā Tunfiqūna Illabtigā’a Wajhillāh, Wa Mā Tunfiqū Min Khairiy Yuwaffa Ilaikum Wa Antum Lā Tuẓlamūn 

Maknanya:

Dan apa pun harta yang kalian infakkan di jalan Allah, maka pahalanya itu untuk diri kalian sendiri. Dan janganlah kalian berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apa pun harta yang kalian infakkan, nescaya kalian akan diberi pahala secara penuh dan kalian sedikit pun tidak akan dirugikan”

al-Baqarah: 272

Hadirkan juga dalam hati apa yang disabdakan Baginda Nabi Muhammad SAW:

Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan baginya kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama Muslim”  

(HR Muslim).

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Kepada mereka yang terkesan Covid-19 atau mengalami masa-masa sukar dalam hidupan yang disebabkan berbagai masalah, kita katakan bahawa musibah yang menimpa diri kita tidak sebanding dengan apa yang menimpa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail beserta keluarga mereka. 

Dalam penantian yang sangat lama hingga mencapai puncak usia 86 tahun, Nabi Ibrahim ‘alaihis salam baru dikurniakan seorang anak yang kemudian diberi nama Ismail.

Setelah anaknya meningkat umur sebagai seorang remaja, Allah memerintahkan kepada Baginda Nabi Ibrahim agar menyembelih pula putera yang sangat dicintai dan sekian lama dinanti-nantikan itu.

Apakah sikap Nabi Ibrahim dan Ismail menerima perintah itu?

Dengan ketundukan yang penuh kepada Allah, Nabi Ibrahim bersegera untuk  menjalankan perintah itu tanpa ada keraguan sedikit pun.

Anaknya juga menyambut perintah itu dengan penuh pasrah tanpa ada protes sepatah kata pun.

Subhanallah!

Inilah sebuah potret keluarga soleh yang lebih mengutamakan perintah Allah lebih daripada apa-apa perkara pun.

Ayah dan anak saling menolong dan saling memberi semangat dalam melaksanakan perintah Allah.

Dialog indah antara keduanya terakam dalam Al-Qur’an sebagaimana diceritakan oleh Allah:

 Qāla Yā Bunayya Innī Arā Fil-Manāmi Annī Ażbaḥuka Fanẓur Māżā Tarā 

Maknanya:

“….. Ibrahim berkata: “Duhai puteraku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”  

ash-Shaffat: 102

Sebagaimana kita tahu bahawa mimpi para nabi adalah wahyu.

Sedangkan perkataan Nabi Ibrahim kepada puteranya, “Maka pikirkanlah apa pendapatmu?”

Ia bukanlah permintaan pendapat kepada puteranya apakah perintah Allah itu akan dijalankan ataupun tidak, juga bukanlah sebuah keragu-raguan.

Tetapi Nabi Ibrahim hanya ingin mengetahui kemantapan hati puteranya dalam menerima perintah Allah SWT. 

Lalu dengan hati yang teguh, Nabi Ismail memberi jawapan yang menunjukkan bahawa kecintaannya kepada Allah jauh melebihi kecintaannya kepada jiwa dan dirinya sendiri:

 Qāla Yā Abatif‘Al Mā Tu’maru Satajidunī In Syā’allāhu Minaṣ-Ṣābirīn 

Maknanya:

Ismail menjawab: “Wahai ayahandaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”

ash-Shaffat: 102

Jawapan Ismail yang disertai “In sya Allah” menunjukkan keyakinan sepenuh hati dalam dirinya bahawa segala sesuatu terjadi adalah dengan kehendak Allah.

Apa pun yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa pun yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan terjadi.

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Demi mendengar jawapan dari anaknya tercinta, Nabi Ibrahim lantas menciumnya dengan penuh kasih sayang sambil menangis terharu dan mengatakan kepada Ismail:

 نِعْمَ الْعَوْنُ أَنْتَ يَا بُنَيَّ عَلَى أَمْرِ اللَّهِ

Maknanya:

Engkaulah sebaik-baik penolong bagiku untuk menjalankan perintah Allah, duhai puteraku”

Nabi Ibrahim kemudian mulai menggerakkan pisau di atas leher Ismail.

Akan tetapi pisau itu sedikit pun tidak dapat melukai leher Ismail.

Hal ini dikeranakan pencipta segala sesuatu adalah Allah SWT. Pisau hanyalah sebab terpotongnya sesuatu.

Sedangkan pencipta terpotongnya sesuatu dan pencipta segala sesuatu tiada lain adalah Allah Ta’ala.

Sebab tidak dapat menciptakan akibat. Baik sebab mahupun akibat, keduanya adalah ciptaan Allah SWT.

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Berkat takwa, sabar dan tawakal serta kepatuhan  yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail, Allah kemudian memberikan jalan keluar dan mengganti Isma’il dengan seekor kambing jantan yang besar dan berwarna putih yang dibawa malaikat Jibril dari syurga.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

 Inna Hāżā Lahuwal-Balā’ul Mubīn, Wa Fadaināhu Biżibḥin ‘Aẓīm 

Maknanya:

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan yang agung”

ash-Shaffat: 106-107

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Mari kita renungkan bersama,

Ditengah-tengah pandemik Covid-19 dan pelbagai masalah kehidupan yang lain, marilah kita meneladani apa yang diteladankan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat tersebut.    

Berkat ketakwaan, sikap sabar, tawakal, keteguhan hati dalam menjalankan perintah Allah dan kepatuhan yang penuh kepada-Nya, Nabi Ibrahim dan Ismail pada akhirnya diberikan jalan keluar dan pertolongan dari Allah SWT. 

Kita harus yakin bahawa di setiap kesulitan pasti ada kemudahan, jika kita bersabar.

Kita harus yakin bahawa pada setiap musibah pasti ada hikmah, jika kita bertawakal.

Kita harus yakin bahawa di setiap masalah, pasti akan kita diberikan jalan keluar, jika kita bertakwa.

Dan kita yakin bahawa di setiap kesusahan pasti ada kebahagiaan, jika kita patuh kepada Allah SWT.

Keluargaku yang dirahmati Allah,

Marilah kita berdoa, semoga Allah mengeluarkan negara kita secara khusus dan seluruh negeri umat Islam secara umum dari segala bala’, musibah, wabak, kenaikan harga barangan, kemungkaran, keburukan, kekejian, pelbagai kesukaran dan kesusahan.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

 AquuLu Qaulii HaaZa Wa Astaghfirullah-HaLii Walakum, FastaghfiruuHu, Innahu Huwal-GhofuuRur-Rahim 

Selepas habis khutbah pertama khatib hendaklah duduk sebentar.

Bagi khatib yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika

Khutbah Kedua

khutbah raya rukun

 Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 

khutbah raya rukun

 Allahuakbar Kabiraw Walhamdulillahi Kasiiraa 

khutbah raya rukun

 Subhanallahi Bukrataw Wa Asiilaa 

 Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar 

 Allahuakbar Walillahil-Hamd 

khutbah raya rukun

 Alhamdulillahi Wassolatu Wassalamu ‘ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘ala Alihi Wasohbihi Ajmain 

 Amma ba’ : Ya Ayyuhan-nas Ittaqullah 

khutbah raya rukun

 Qolallahu Taala Ya Ayyuhallazina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqotih Walaa Tamutunna illaa Wa antum Muslimun 

 Allahummaghfirli Mukminina Wal Mukminat Wal Muslimina Wal Muslimat al Ahyaa’i Minhum Wal Amwatt. 

 Rabbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati hasanataw waqinaa ‘Azabannar. 

 Rabbana Zholamna Anfusanaa Wa inlam Taghfirlana Watarhamna Lanakuu-Nanna Minnal Khoshiriin 

 ‘Ibaadallah! Innallaha Ya’muru Bil ‘adli Wal ihsan Wa ‘itaa ‘izilqurba Wayanha ‘anil Fahsyaa’i Wal Munkari Wal Baghy Ya’izzukum La’allakum Tazakkaruun  

 Wazkurullahal Aazima Yazkurkum Washkuruhu ‘Ala Ni’aMihi Yazidkum Walazikrullahi Akhbar 

 Wallahu Ya’lamu Maa Tasna’uun 

keluargaku yang dirahmati Allah,

Marilah kita berdoa agar ALLAH mengampuni dosa kita, dan dosa kaum muslimin dan muslimat.

Ya ALLAH! ampunilah kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Ya ALLAH! ampunilah dosa kami dan ibubapa kami.

Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah semua.

Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau tersilap.

Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak mampu.

Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami, jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU.

 Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau.

 Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhkan kami dari hal itu melainkan Engkau.

 Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami daripada bencana kemusnahan dan kerosakan.

Bimbinglah kami para pemimpin kami agar menjadi hambahambaMU yang soleh

Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin  

 Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 

 Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar 

 Allahuakbar walillahil-Hamd 

Maka Selesailah Khutbah Pada Hari Raya Tersebut

Muat Turun Khutbah Dalam Bentuk PDF

Tuan puan boleh memuat-turun khutbah yang disediakan ini dalam bentuk PDF untuk memudahkan ia dicetak.

Klik pada butang di bawah:

Menggantikan Amalan Menziarahi Kubur Dengan Bacaan Yasin Dan Tahlil

Untuk tahun ini, disebabkan oleh wabak Covid-19 yang masih belum reda, kita semua tidak dibenarkan menziarahi kubur.

InsyaaAllah, kita berdoa mudah-mudahan agar amalan ini boleh dilakukan semula tidak lama lagi.

Oleh itu sebagai ganti, kita boleh melakukan bacaan yaasin dan bacaan tahlil bersama keluarga di rumah masing-masing.

Berikut adalah panduan yang boleh membantu anda:

Penutup: Semoga Kita Dapat Menyambut Hari Raya AidilAdha Secara Normal Pada Tahun Hadapan

Tahun ini kita melaksanakan solat AidilAdha dikediaman kita sendiri disebabkan ujian ALLAH terhadap kita semua rakyat Malaysia dan dunia keseluruhannya.

Namun, walau apapun cabaran yang kita hadapi, kita tetap bersyukur kerana kita masih lagi dapat beriman dan beribadah kepada ALLAH.

Semoga AidilAdha pada tahun-tahun pandemik ini menjadi hari raya yang paling bersejarah dan diingati oleh kita semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

12 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Dman_iza"88
Dman_iza"88
2 tahun yang lalu

Alhamdulilah…Selaesai sudah….terima kasih atas perkongsian khutbah ini…

Shah chanz
Shah chanz
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum tuan mohon guna lagi tahun ini, terima kasih

Hafidz
Hafidz
2 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian text khutbah. Sangat membantu terutama bagi yang baru pertama kali nak memberikan khutbah. Semoga dirahmati Allah swt dan diberikan ganjaran oleh Nya

Azraf
Azraf
2 tahun yang lalu

Salam tn, ada yg dalam bahasa english ke? Sgt membantu tq

nizam
nizam
2 tahun yang lalu

alhamdulillah terima kasih tuan.slmt hari raya idul adha. maaf zahir batin

nizam
nizam
2 tahun yang lalu

salam tuan. kenapa tak boleh download