Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?

isteri nusyuz

Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.

Bagaimana ia boleh terjadi.

Apakah hukumnya

Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.

Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.

 

Apakah Pengertian Nusyuz?

Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?

— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  • Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  • Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:

  1. Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
  2. Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
  3. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

 

Apakah Hukum Nusyuz?

Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.

Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.

Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.

Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.

Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).

Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.

 

Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri

Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.

Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.

Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.

Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.

Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.

Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.

Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.

 

Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri

Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.

Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.

Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.

Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya  tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.

SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.

Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.

Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.

Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

 

Hak Penjagaan Anak

Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.

Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.

Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.

Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.

Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.

Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.

Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.

 

Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri

Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..

… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.

Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:

  1. Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
  2. Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
  3. Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
  4. Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
  5. Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
  6. Tidak melukakan atau mematahkan tulang
  7. Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri

Allah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah an-Nisaa ayat 34

Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.

Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.

Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.

Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.

 

Kesimpulan

Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.

Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.

Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.

Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.


Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

202 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Asyirah
Asyirah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum sy ingin bertanya.. apa hukum isteri jika tidak menjalankan tanggungjawab sorg isteri kepada suami nya lebih dari 5 tahun. Pernah jgk isteri sepak terajang suami ni. Wlaupun suami tidak pernh naik tangan mahupun tinggi suara dgn isteri. Dasar awalnya isteri tersebut beria ia minta cerai dgn si suami. Kesudahannya prgi mahkamah kes masih dlm pembubaran. Mcm isteri ni main tarik tali dgn suami. Nk xnk bercerai je. Lepastu suami bgitau yg dia pun nk hidup bhgia mcm org lain. Tpi si isteri pun berkata tgk muka anak² ni. Nafkah setiap bulan suami hntr untuk anak² wlaupun tinggal berasingan. Tpi still lgi isteri kata yg nafkah masih tidak ckup. Macam ibaratkan isteri ni mcm nk pergunakan suami je. Tak dpt apa yg dia nk. Pdhal si isteri jgk yg beria ajak naik mahkamah.. bila ada masa free mcm² alasan isteri bgi. Ckp sibuk la apa la. Jatuh x talak kalau isteri mcm ni. Boleh bgi penjelasan tk untuk masalah ni.

Asyirah
Asyirah
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Baik la.. trima kasih atas penjelasan En.

Saya
Saya
1 tahun yang lalu

Assalam ustaz…sye isteri yg nusyuz…Dan suami sye pun dah Tahu perbuatan sye…sye dah mtk cerai tapi die taknak lepaskan…Kata Nye die Nak bagi perluang ke2 utk sye …tapi cara die langsung 1 pun takde Nak ambik hati sye blk …Malah die Hina maki dan mcm2 lg…die siap ckp lg “org MCM ko Ni tak layak di cerai tapi layak die pukul”…suami sye jd pendedam…die siap ugut sye lg…Ada kah org MCM sye Ni xda Hak ke Nak bersuara… lama2 sye dah jd Tawar hati…tolong ustaz…

Hamba Allah
Hamba Allah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,

Adakah seorang isteri dikira nusyuz apabila dia meninggalkan rumah setelah suami berkata, ikutlah nak buat apa pun? suka hati awak la, buat je apa awak nak buat?

Adakah seorang suami dikira nusyuz apabila dia menghalau isteri tidur di lantai kerana berlakunya perselisihan faham sebelum waktu tidur?

Izza
Izza
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum..seandainya si suami tidak memberi kerjasama, bagaimana ye.?

Robyn chiro
Robyn chiro
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya berasal dari sabah ,mengahwini seorang janda anak 4 yg sbelum ini merupakan cinta pertama saya ,selepas 11 tahun bersama susah senang skrg dia memohon fasakh setelah memfitnah saya pukul dia anak saya xbagi nafkah dan hilngkan diri selama beberapa bulan tanpa berita… Ramai yg terus menunding jari tanpa ketahui kebenaran nya,dia telah keluar rumah tanpa izin dan lari dari rumah dan terus blok no hp saya …selepas berjaya dlm bisnes yg dia jalankan sya selalu terima ugutan meminta cerai dan skrg turun naik mahkamah.. dia mulai dgn berkawan dgn budak perempuan yg terkenal di km ni ,adakah isteri saya ni termasuk dlm golongan nusyus …dia jugak selalu memukul saya dan seorang yg kaki bohong … Saya masih pertahan kan perkahwinan ni sebba aku punya anak yg masih kecil x dan susu badan…sialan saya boleh berikan contoh bagaimana hendak memukul isteri yg nusyus

Robyn chiro
Robyn chiro
Reply to  Robyn chiro
1 tahun yang lalu

Soalan bukan sialan … typo ustaz

Robyn chiro
Robyn chiro
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz terima kasih atas nasihat nya ustaz saya sangat menghargainya… Saya akan ikut nasihat ustaz dan cuba cari jalan yg lebih baik lagi kerana setiap masalah tu ada penyelesaiannya…..cuma kita perlu berusaha mencari nya ..

Hamba Allah
Hamba Allah
1 tahun yang lalu

Salam ustaz, saya isteri yang nusyuz.. sy menyukai lelaki lain dan ada hubungan sulit dengan lelaki tersebut, sy sudah bertaubat dan takkan lakukan kesilapan tersebut, adakah sy perlu berterus terang dengan suami saya atas perbuatan lalu, sy untuk dapatkan keampunan dari dia, sy takut suami akan ceraikan sy walaupun sy sudah bertaubat

Yed
Yed
1 tahun yang lalu

Isteri saya ada menjalinkan hub sesama sejantina.mulai dari tu perangai dia dah berubah.selalu memberontak.hp sentiasa ditangan.sekarang dia dh keluar rumah hmpir setahun.kami masih suami isteri.semenjak dia duduk rumah maknya saya mendapat tahu dia semakin bebas,keluar pon tanpa memberitahu saya.nom hp sya diblocknya semua media sosial.saya cuma berbincang tapi dia semakin menjauh..apakah tindakan saya untuk selesaikan masalah ni.saya buntu

mohd nasrul
mohd nasrul
1 tahun yang lalu

isteri saya selalu menuduh sy perkara yg mmg sy xlakukan..isteri saya selalu bersangka buruk dlm apa pn yg dia xnmpak..selalu memaki hamun, selalu meninggi suara..bila dia ingin keluar dgn kwan tanpa bertemankan sy, dia akan keluar walaupun sy berkeras xizinkan..adakah itu nusyuz?

hamba allah
hamba allah
1 tahun yang lalu

salam saya ingin bertanya,jikalau si isteri melawan ckp suami,tidak bole ditegur,tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sama sekali…adakah dikira nusyuz?

bey min
bey min
1 tahun yang lalu

apakah yg perlu saya lakukan apabila isteri tawar hati dan mula mempunyai abg angkat yg sgt disygi dan x blh dilupai. bermcm ikhtiar sdh dilakukan. blhkah saya memohon dgn pejabat agama utk mengeluarkan arahan utk isteri saya wajib hadiri sesi kaunseling pejabat agama utk menginsafkannya. krn dia terlampau mengikuti nasihat abg angkatnya yg saya haramkan berhubung. saya benci kpd penceraian. saya buntu dan apa yg perlu dilakukan