Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.
Bagaimana ia boleh terjadi.
Apakah hukumnya
Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.
Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.
Apakah Pengertian Nusyuz?
Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?
— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
Contohnya:
- Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
- Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
- Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
- Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
- Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
- Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah
Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:
- Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
- Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
- Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
Apakah Hukum Nusyuz?
Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.
Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.
Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.
Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.
Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).
Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.
Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri
Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.
Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.
Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.
Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.
Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.
Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.
Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.
Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri
Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.
Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.
Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.
Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.
SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.
Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.
Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.
Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.
Hak Penjagaan Anak
Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.
Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.
Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.
Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.
Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.
Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.
Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.
Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri
Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..
… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.
Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:
- Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
- Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
- Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
- Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
- Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
- Tidak melukakan atau mematahkan tulang
- Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri
Allah berfirman:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.
Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.
Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.
Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.
Kesimpulan
Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.
Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.
Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.
Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.
Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum..seandainya si suami tidak memberi kerjasama, bagaimana ye.?
Assalamualaikum saya berasal dari sabah ,mengahwini seorang janda anak 4 yg sbelum ini merupakan cinta pertama saya ,selepas 11 tahun bersama susah senang skrg dia memohon fasakh setelah memfitnah saya pukul dia anak saya xbagi nafkah dan hilngkan diri selama beberapa bulan tanpa berita… Ramai yg terus menunding jari tanpa ketahui kebenaran nya,dia telah keluar rumah tanpa izin dan lari dari rumah dan terus blok no hp saya …selepas berjaya dlm bisnes yg dia jalankan sya selalu terima ugutan meminta cerai dan skrg turun naik mahkamah.. dia mulai dgn berkawan dgn budak perempuan yg terkenal di km ni ,adakah isteri saya ni termasuk dlm golongan nusyus …dia jugak selalu memukul saya dan seorang yg kaki bohong … Saya masih pertahan kan perkahwinan ni sebba aku punya anak yg masih kecil x dan susu badan…sialan saya boleh berikan contoh bagaimana hendak memukul isteri yg nusyus
Soalan bukan sialan … typo ustaz
Waalaikumsalam
Pertama sekali, saya amat kesal mendengar apa yang awak alami. Memahami dan menjalani situasi seperti ini tentunya amat mencabar dan memerlukan banyak kesabaran dan kebijaksanaan.
Berdasarkan apa yang awak ceritakan, jika isteri awak benar-benar telah meninggalkan rumah tanpa izin, tidak berkomunikasi, dan memfitnah awak, maka perbuatan tersebut memang termasuk dalam kategori nusyuz (kederhakaan isteri terhadap suami). Namun, penting untuk kita memahami bahawa di dalam Islam, suami dilarang memukul isterinya dengan cara yang melampaui batas atau menyakitkan.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk memastikan tindakan awak selari dengan ajaran Islam dan menyelesaikan konflik dengan cara yang paling adil dan berhemah.
Berdasarkan situasi awak, beberapa langkah yang boleh diambil adalah:
1. Mendapatkan bantuan: Cuba cari pihak ketiga yang boleh bertindak sebagai perantara atau mediator antara awak dan isteri, seperti keluarga, sahabat, atau ulama yang memahami kedua-dua belah pihak.
2. Berunding dengan pihak berwajib: Jika awak rasa bahawa tindakan isteri adalah mengancam atau membahayakan, adalah lebih baik untuk melaporkannya kepada pihak berwajib.
3. Mendapatkan nasihat daripada ulama: Mungkin adalah bijaksana untuk berjumpa dengan seorang ulama atau penasihat agama untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berkenaan dengan situasi awak.
4. Pendekatan psikologi: Terdapat juga kemungkinan isteri awak menghadapi masalah psikologi atau emosi. Dalam situasi seperti ini, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
Yang terpenting, jangan sesekali mengambil tindakan memukul atau guna kekerasan, kerana ia akan menyebabkan lebih banyak masalah dan kemungkinan tindakan undang-undang terhadap awak.
Semoga Allah memberi awak kekuatan dan kebijaksanaan dalam menghadapi dugaan ini.
Assalamualaikum ustaz terima kasih atas nasihat nya ustaz saya sangat menghargainya… Saya akan ikut nasihat ustaz dan cuba cari jalan yg lebih baik lagi kerana setiap masalah tu ada penyelesaiannya…..cuma kita perlu berusaha mencari nya ..
Salam ustaz, saya isteri yang nusyuz.. sy menyukai lelaki lain dan ada hubungan sulit dengan lelaki tersebut, sy sudah bertaubat dan takkan lakukan kesilapan tersebut, adakah sy perlu berterus terang dengan suami saya atas perbuatan lalu, sy untuk dapatkan keampunan dari dia, sy takut suami akan ceraikan sy walaupun sy sudah bertaubat
Wassalam,
Jika dengan berterus terang akan membawa mudharat yang lebih besar (penceraian) maka sembunyikanlah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa tersebut.
Isteri saya ada menjalinkan hub sesama sejantina.mulai dari tu perangai dia dah berubah.selalu memberontak.hp sentiasa ditangan.sekarang dia dh keluar rumah hmpir setahun.kami masih suami isteri.semenjak dia duduk rumah maknya saya mendapat tahu dia semakin bebas,keluar pon tanpa memberitahu saya.nom hp sya diblocknya semua media sosial.saya cuma berbincang tapi dia semakin menjauh..apakah tindakan saya untuk selesaikan masalah ni.saya buntu
Waalaikumussalam.
Saya sangat memahami situasi yang awak sedang hadapi sekarang ini. Berikut adalah beberapa perkara yang awak boleh lakukan:
Sabar dan Berdoa. Situasi ini memang sulit dan mencabar, jadi penting untuk awak menjaga kesabaran dan terus berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan petunjuk.
Saya sangat menyarankan awak mendapatkan bantuan dan nasihat profesional dalam situasi ini. Isu-isu seperti ini adalah sangat kompleks dan memerlukan penyelesaian yang hati-hati.
Semoga Allah memudahkan urusan awak.
isteri saya selalu menuduh sy perkara yg mmg sy xlakukan..isteri saya selalu bersangka buruk dlm apa pn yg dia xnmpak..selalu memaki hamun, selalu meninggi suara..bila dia ingin keluar dgn kwan tanpa bertemankan sy, dia akan keluar walaupun sy berkeras xizinkan..adakah itu nusyuz?
Waalaikumussalam.
Menurut hukum syariah Islam, istilah “nusyuz” merujuk kepada tindakan seseorang isteri atau suami yang melanggar hak dan tanggungjawab perkahwinan mereka.
Berdasarkan deskripsi yang awak berikan, beberapa tindakan isteri awak mungkin dianggap nusyuz, seperti:
1. Menuduh suami tanpa bukti.
2. Bersangka buruk terhadap suami.
3. Menggunakan bahasa yang tidak sopan dan menaikkan suara.
4. Tidak mematuhi nasihat suami dalam hal-hal yang tidak bertentangan dengan agama.
Namun, setiap situasi adalah unik dan memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.
Saya menyarankan awak mencari nasihat daripada jabatan agama, atau seorang kaunselor perkahwinan, yang dapat membantu anda mengendalikan situasi ini dengan cara yang lebih efektif dan mengikut hukum syariah.
Di samping itu, penting untuk ingat bahwa dalam situasi konflik, biasanya kedua-dua pihak mempunyai peranan.
Oleh itu, penting juga untuk melakukan introspeksi dan melihat bagaimana awak sendiri dapat melihat jalan ke arah penyelesaian.
Semoga Allah memberi awak kekuatan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah ini.
salam saya ingin bertanya,jikalau si isteri melawan ckp suami,tidak bole ditegur,tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sama sekali…adakah dikira nusyuz?
Wassalam.
Jawapan secara ringkasnya adalah Ya
apakah yg perlu saya lakukan apabila isteri tawar hati dan mula mempunyai abg angkat yg sgt disygi dan x blh dilupai. bermcm ikhtiar sdh dilakukan. blhkah saya memohon dgn pejabat agama utk mengeluarkan arahan utk isteri saya wajib hadiri sesi kaunseling pejabat agama utk menginsafkannya. krn dia terlampau mengikuti nasihat abg angkatnya yg saya haramkan berhubung. saya benci kpd penceraian. saya buntu dan apa yg perlu dilakukan
Ya boleh, itulah sebaik-baiknya tuan.
Kerana jika suami sudah melarang, maka isteri harus patuh dan taat kepada arahan suami.
Saya dan Isteri dah 12 tahun kahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Isteri saya dari awal perkahwinan memang selalu menolak untuk bersama. Jika dia hendak bersama, mesti bersebab, contohnya mahukan anak.
Mula2, saya fikirkan biasalah perempuan suka jual mahal.. tapi, dah 12 tahun dia jual mahal. mahal betul. Bukan setakat bersama, nak sentuh, nak peluk, nak cium pun di tepisnya. Kadang2 saya rasa diri saya ni jijik dimata dia ataupun saya bukan taste dia ( lelaki tinggi dan kurus dan hensem). Saya ni gemuk pendek. Tapi, segala permintaan dia saya cuba tunaikan. nak kereta besar, saya bagi. nak duduk rumah besar, saya bagi, nak duit belanja bulan2 , saya bagi. Saya dah taktau apa sebab dia tepis saya bila saya sentuh dia.
Klau ‘bersama’ pun, hanya saya yang syok sendiri, tiada tindak balas dari isteri.
kami bersama pun hanya ‘gesel2’ saja (tak taulah kiranya ini dikatakan ‘bersama’ juga?). Saya rasakan yang kehidupan saya ni dah tak normal. Tapi saya bersabar kerana fikirkan anak2.
Ya, memang ada dia terguris dengan saya. Tapi, xkan lah dibawa sepanjang berbelas2 tahun. Nak berbincang, dia dah bagi syarat tak boleh cakap pasal sex.
Dia pernah cakap izinkan saya kahwin lain (tapi ini hanya perangkap untuk gaduh).
Kami dah tak tidur sebilik. Dia tidur dengan anak2. Dah pernah cuba untuk tidur sebilik, dia rimas, benci sangat pada saya ni.
Saya dah buntu.
Saya pun tak tau adakah ini dikira Nusyuz atau tak?
Macam mana pulak kalau laki sendiri tak oenah ajar isteri dengan agama .ada duit berjudi jee
Aslm ust … Jika c stri sngja mmbuat prkara yg suaminya tk suka dsbb kn utk mnta prhatian suami.. dsbb kn suami x mngendahkn istri , suami x jwb wsp dn call.. ada kah itu dkatakn nusyuz. Kmi psngn pjj .. skrg suami x mmbri nafkah alasan sbb jatuh nyusuz…. Mmta pncerahan .. dn suami hndk mceraikn istri