SUJUD SYUKUR : Panduan Ringkas & Lengkap

sujud syukur

Bagaimana melakukan sujud syukur?

Artikel ini akan memberi panduan secara ringkas tentang cara melakukan sujud syukur dan hukum-hukum berkaitan dengannya.

Jika anda perlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Maksud Sujud Syukur

Sujud syukur merupakan satu tindakan sujud yang dilakukan oleh seseorang sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas nikmat atau berita gembira yang diterimanya. Ia bukan sebahagian dari solat fardhu atau sunat yang biasa, tetapi merupakan sujud khas yang dilakukan di luar waktu solat semata-mata untuk menzahirkan rasa syukur.

Apabila seseorang itu menerima berita yang menggembirakan atau apabila berlaku sesuatu yang memberikan kegembiraan kepadanya, dia boleh melakukan sujud syukur sebagai tanda pengharganya kepada nikmat yang diterima daripada Allah. Cara untuk melakukannya hampir sama dengan sujud dalam solat, di mana individu tersebut akan merapatkan tujuh anggota badannya ke atas tanah iaitu dahi, kedua tangan, kedua lutut, dan kedua jari kaki.

Untuk melaksanakan sujud syukur, seseorang itu tidak semestinya perlu dalam keadaan berwudhu, walaupun lebih baik jika berwudhu. Sujud syukur juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat asalkan tempat tersebut bersih dan suci.

Masa Melakukan Sujud Syukur

Sujud syukur dilakukan ketika seseorang mendapat kebahagiaan atau kegembiraan yang besar seperti menyambut kelahiran anak, mendapat harta dan terpelihara daripada musibah yang datang secara tiba-tiba.

Dalam keadaan tersebut, disunatkan untuk bersujud yang mana perbuatan tersebut adalah diluar solat.

Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA maksudnya:

Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

— Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Syarat Sujud Syukur

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, syarat melakukan sujud ialah:

  1. Suci daripada hadas besar dan kecil
  2. Suci daripada najis (di badan, pakaian dan tempat)
  3. Mengadap arah kiblat
  4. Menutup aurat

Bagaimana Melakukan Sujud Syukur?

Pelaksanaannya, hendaklah dalam keadaan berwuduk, berdiri mengadap kiblat.

Seterusnya bertakbir (Allahuakhbar) dan berniat:

Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala.

Lalu terus sujud sekali dengan tidak rukuk.

Tiada bacaan khusus semasa sujud tetapi sunat kita bertasbih atau memuji Allah sebagaimana di bawah.

bacaan sujud syukur

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

Kemudian duduk dan memberi salam.

Sujud Syukur Tanpa Wuduk & Tidak Menghadap Kiblat

Terdapat perbahasan para ulama’ mengenai sujud tanpa wuduk serta tidak pula menghadap kiblat.

Ini adalah pendapat kebanyakan salaf  serta sebahagian al-Malikiyyah[4]. Begitu juga ianya adalah pendapat jemaah muhaqqiq seperti Ibn Jarir al-Tabari, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah[5], Ibn al-Qayyim[6], al-Syaukani[7] dan al-San’ani[8].

Bagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:

  1. Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wuduk perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat.
  2. Zahir hadis Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwuduk. Sekiranya memerlukan wuduk pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadis menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.
  3. Sujud dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wuduk, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwuduk, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.

Soalan Lazim

Di sini dikumpulkan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan sujud syukur:

1. Adakah sujud syukur wajib dilakukan?

Majoriti sarjana fikah sepakat menyatakan, sujud syukur adalah perbuatan yang digalakkan atau mustahabb.

Oleh itu, apabila menerima berita gembira, berlaku sesuatu perkara yang baik ataupun terhindar daripada bencana atau tragedi, dianjurkan supaya bersujud syukur.

Ia sebagai tanda berterima kasih hamba kepada Allah.


2. Adakah harus bersujud syukur atas musibah yang berlaku kepada orang jahat atau zalim?

Harus bersujud syukur atas kecelakaan yang menimpa musuh atau golongan jahat.

Seperti tewasnya Angkatan perang negara kuffar yang cuba menakluki negara Islam, ataupun tertangkapnya seorang penjenayah berbahaya.

Said bin Mansur pernah melaporkan, Abu Bakr bersujud syukur selepas mendengar berita terbunuhnya Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai rasul.


3. Adakah sujud syukur dilakukan ketika bersolat seperti sujud sahwi dan sujud tilawah?

Mengikut mazhab Syafi’e, sujud syukur tidak boleh dilakukan ketika bersolat.

Ia perlu dilakukan ketika tidak bersolat apabila menerima berita menggembirakan atau sebaliknya.


4. Apakah contoh peristiwa yang mengharuskan untuk sujud syukur?

Apa sahaja perkara baik yang berlaku kepada kita ataupun saudara mara dan rakan taulan, harus sujud syukur.

Asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat.

Antara perkara yang mengharuskan sujud syukur:

  • Berita gembira
  • Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
  • Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran
  • Menyambut kelahiran anak
  • Memperoleh kemenangan dalam sebarang pertandingan sukan atau peraduan
  • Bertunang ataupun berkahwin
  • Mendapat pekerjaan yang baik ataupun dinaikkan pangkat
  • Menang pilihanraya
  • Terhindar daripada bahaya
  • Terselamat daripada kemalangan jalan raya ataupun kebakaran
  • Bebas daripada fitnah yang merosakkan nama baik dan keluarga.
  • Dibebaskan daripada penjara.
  • Sembuh daripada sakit.
  • Diselamatkan daripada lemas.
  • Harta benda yang dicuri atau dirompak, ditemui kembali atau dikembalikan.

Kesimpulan

Kami melihat di dalam isu ini, pendapat yang lebih dekat adalah pendapat yang mengatakan bahawa sujud boleh dilakukan tanpa adanya wuduk dan juga menghadap ke kiblat.

Ini dengan melihat bahawa tiada dalil yang menjadi pemutus akan perlunya untuk berwuduk dan menghadap kiblat.

Boleh sahaja bagi mereka yang menerima khabar gembira seperti mendapat anak, lulus peperiksaan, naik pangkat untuk terus sujud menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Begitu juga seseorang yang terselamat dari kecelakaan jalan raya, sembuh dari penyakit, boleh terus sujud menzahirkan rasa syukur serta lega dari kemudaratan yang tidak menimpa ke atasnya.

Jika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wuduk serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.

Semoga dengan pencerahan ini, dapat sama-sama untuk kita lebih memahami berkenaan sujud syukur dengan lebih baik lagi dan yang lebih utama adalah dengan mengamalkannya.

Wallahu a’lam.


Rujukan:

  1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Fazlie
Fazlie
8 bulan yang lalu

Ajaran wahabi sahaja mengatakan ibnu taimiyah dan ibnu qayim dari salaf. Salaf itu 300 tahun pertama selepas wafat Rasulullah saw.ibnu taimiyah jarak 800 tahun.ibnu qayim lagi jauh jaraknya.

Iza
Iza
10 bulan yang lalu

Terbaik

Dragonforce
Dragonforce
1 tahun yang lalu

Gambar pun pakai gambar SYIAH sujud. Nauzubillah akhir zaman.

WAN ZAWAWI BIN WAN HASSAN
WAN ZAWAWI BIN WAN HASSAN
1 tahun yang lalu

Terima kasih Tuan Muhamad Naim, tulisan² Tuan banyak membantu saya sebagai panduan dan rujukan. Semoga Allah SWT memberkati Tuan dan tergolong dalam golongan mukmin sejati dan mendapat gelaran “hambaNya” dari Allah SWT. Aamiin.

Jamilah
Jamilah
3 tahun yang lalu

Salam.saya ada terbaca berkenaan boleh melakukan sujud syukur selepas sahaja salam semasa solat hajat.semasa sujud syukur itu juga kita berdoa dan meminta hajat yang kita mahukan.mohon penjelasan dari pihak tuan.

Ahmad
Ahmad
Reply to  Jamilah
3 tahun yang lalu

ini mesti amalan dari Ustaz dari utara “amalan agar hajat terkabul” dalam amalan tu dia suruh solat hajat 2 rakaat. kemudian lepas habis solat hajat, buat sujud syukur, lepastu ada baca satu surah dari Al Quran dan buat hajat semasa sujud Syukur tersebut.

Ini adalah amalan Bid’ah, yang tiada dalilnya dari nabi. Sujud syukur adalah sebagai tanda melahirkan rasa kesyukuran, bukan untuk minta hajat. Jika mahu berdoa ketika sujud, mintalah semasa sujud di dalam solat. Bukan semasa sujud di luar solat (Sujud syukur/tilawah)

Kemudian yang lagi pelik, dia suruh baca surah semasa sujud berkenaan. jauhilah golongan2 yang suka turunkan amalan yang tiada dalam agama ni.

Kemad
Kemad
Reply to  Ahmad
9 bulan yang lalu

Yg peliknya engkau, Kalau membaca Surah ketika baring sekali pun tidak ada masalah. Berdoa dalam sujud atau ketika sujud shukur pun tiada masalah, kalau hendak membaca seluruh Quraan dalam keadaan Sujud pun tiada masalah. Amalan berzikir, baca doa, baca surah adalah amalan individu dan di antara manusia dengan Allah SWT.

Zue
Zue
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum …solat sunat syukur tu mcmne tuan

Zue
Zue
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Baik..terima kasih..Kalo buat sujud syukur seblm menunaikn fardu zOhor ni bole ke

-
-
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum tuan, adakah boleh melakukan sujud syukur kalau kerana mendapat pentunjuk?

Zaiful
Zaiful
4 tahun yang lalu

Alhamdulillah, saya sayang mufti wilayah

sabri
sabri
4 tahun yang lalu

Panduan dan artikel ini memudahkan saya

sabri
sabri
4 tahun yang lalu

Memudahkan.