Senarai Lengkap Solat-Solat Sunat

solat sunat

Ini adalah senarai lengkap jenis-jenis solat sunat.

Panduan ini bertujuan memudahkan anda memahami dengan lebih lanjut mengenai solat sunat dan jenis-jenisnya.

Semoga panduan ini membantu anda.

Maksud Solat Sunat

solat sunat sebelum solat jumaat

Apakah maksud solat sunat?

Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela. Ia dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya.

Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.

Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.

Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun hakikatnya disembunyikan oleh Allah SWT.

Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.

InsyaaAllah mereka akan Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka

— Surah al-Mukminun 1-2

Hukum Solat Sunat

Hukum mengerjakan solat sunat adalah mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

Kelebihan Solat Sunat

Kelebihan mengerjakannya solat sunat adalah:

  1. Menambah kesempurnaan solat fardu
  2. Meningkatkan iman
  3. Mendekatkan dirinya dengan Allah.
  4. Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  5. Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  6. Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  7. Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.

Senarai Solat Sunat

solat sunat zuhur

Kesemua sembahyang sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghairu Mu’akkad. (tidak diberatkan).

Sembahyang sunat juga terbahagi kepada dua, iaitu boleh dilakukan secara berjemaah atau secara bersendirian.

Solat sunat yang dilakukan secara berjemaah 

Berikut adalah senarai solat sunat yang afdhal dilakukan berjemaah:

  1. Solat Tarawih
  2. Solat Raya Aidilfitri
  3. Solat Raya Aidiadha
  4. Solat Minta Hujan (Istisqa’)
  5. Solat Gerhana Matahari dan Bulan
  6. Solat Witir

Waktu Yang Diharamkan Solat Sunat

petunjuk jawapan istikharah

Bilakah waktu yang diharamkan sembahyang sunat?

Waktu yang diharamkan sembahyang sunat yang juga dikenali sebagai waktu tahrim adalah seperti berikut:

  • Sesudah solat subuh
  • Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.

Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu sembahyang sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat istikharah, solat musafir dan solat Ihram.

Manakala solat yang bersebab seperti solat qada, solat wuduk, solat Tahiyyatul Masjid, solat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur tidak diharamkan.

Kelebihan Mengerjakan Sembahyang Sunat

YouTube video

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah sembahyang sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan sembahyang sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan sembahyang sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.

Penutup

Perlu diingatkan kepada pembaca budiman yang cintakan kepada amalan kebaikan dan mengerjakan ibadah sunat ini bahawa tidak semua solat sunat yang dinyatakan dalam panduan ini diambil ataupun perbuatan daripada sunnah Nabi kita yang mulia, tetapi dirujuk hasil daripada amalan ulama dan kekasih Allah.

Mungkin tidak jelas mengapa dinamakan dengan solat-solat sunat tertentu, tetapi kebaikan yang dirasakan para ulama , dengan menyusun secara sistematik amalan sunat tersebut, dapat memudahkan orang awam bahkan bersungguh-sungguh menambah amalan sunat mereka, InsyaaAllah.

Sabda Baginda SAW:

Perbanyakkanlah bersujud, kerana tidaklah kamu bersujud (walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu”

— Hadis Riwayat Muslim

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

104 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Faridah Khusairi
Faridah Khusairi
1 bulan yang lalu

Assamualaikum terima kasih kpd Aku Islam yg telah menyediakan panduan2 utk solat dgn jelas dan senang difahami

azfar
azfar
2 bulan yang lalu

terima kasih kerana mengajar saya

Rafit
Rafit
9 bulan yang lalu

terim kasih

Rafit
Rafit
9 bulan yang lalu

Assalamu’alaikum wr wb..
saya bersyukur dan berterima kasih page AKU ISLAM terus memberika nasihat serta informasi sepurat agama islam.., semoga page ini menjadi amal ibadah bagi penulis……

Rosawati
Rosawati
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum.. saya suka page Aku Islam.. selalunya bila ada rujukan ttg sholat saya google terus ke page Aku Islam.. selain penjelasan yg terperinci , senang difahami, disertakan juga bacaan rumi dan maknanya sekali.. tapi dulu ada bacaan disertakn audio nya sekali..sekarang ni saya lihat sudah tidak ada..Walaubagaima syabas aku islam dan semoga allah s.w.t merahmati kalian semua yg bertungkus lumus berkongsi ilmu kepada kami yg kurang ilmu nya..

Huzain
Huzain
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum, Maafkan saya bertanya. Adakah sumber yang digunakan sahih dan boleh dipercayai?

Khai
Khai
11 bulan yang lalu

Terima kasih ye sedia info begini,banyak yang saye pelajari dan makin banyak saye belajar makin banyak ilmu yang saye tak tahu sebenarnye

Zairina Ibrahim
Zairina Ibrahim
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah…perkongsian ilmu yang bolah memberikan panduan kepada yang memerlukan. Tahniah.

Nurul
Nurul
1 tahun yang lalu

Allamdulilla saya banyk belajar dari sini bertambah lagi ilmu baru sykur

Hasni yunus
Hasni yunus
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah…dpt tambah ilmu baru