Doa Yasin, Adab & Kelebihan Membaca Surah Yasin

doa yasin

Ini adalah panduan lengkap Doa Yasin iaitu doa yang dibacakan selepas selesai membaca Surah Yasin, lengkap dengan transliterasi Rumi, Audio dan terjemahan doa.

Panduan ini merangkumi beberapa topik:

  • Tatacara membaca surah Yasin
  • Doa Yasin beserta maksud
  • Adab sesama membaca Yasin
  • Kelebihan mengamalkan Yasin

Jika anda memerlukan panduan lengkap berkaitan Yasin, maka inilah yang anda perlukan.

Mari kita mulakan..

Sebelum membaca surah Yasin, hendaklah membaca bacaan-bacaan berikut:

1. Membaca istighfar sebanyak 3 kali.

Astagfirullah hal Aazim


2. Membaca surah al-Fatihah 1 kali.

surah al fatihah

3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wabarik wassalim

Kemudian selepas selesai selawat, terus baca surah Yasin

Bacaan Surah Yasin (Transliterasi Rumi)

surah yasin rumi

Jika anda memerlukan panduan bacaan Surah Yasin Rumi, anda boleh ikuti pautan ini: Surah Yasin Rumi (Lengkap)

AUDIO DOA
Doa Selepas Yasin
Doa Yasin
doa selepas yasin

Doa Yasin Dalam Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin Hamdan YuwaaFi Ni’aMahu WaYuKaaFi’u MaziiDah, Ya Rabbana LakalHamdu Kama YamBaghii Lijalali WajHika Wa ‘AziiMi Sulthonik.

Allahumma Solli Wassalim ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

Allahumma Bihaqqi Yasinn.. Wal Qur-Aa-nil hakim, wabimanih tartahu BirriSaalati WannuBuwwati Wal Wilaayati Wal Hidaayati iLaa SirooTikal Mustaqim, Wa Bijamii’i Maa Jaa Abihi Minka Jibrill, TanZiiLal-Azii-Zirra-Him.

WabiHawasSil-HuruuFi Wal Asmaa’it-Tamm-Maati Wabima AzharTa Fil WujuuDi Likulli Maujuudin Minal Aayatil BayyinaaTi, WabiKho-Fiyyi LutFikal Mufarriji ‘An Kulli MahMum, al-Mukhollisi Likulli Madyun, Yaa Mujriyal BiHaaRi Wal ‘Uyunn, Ya Mann KhoZaa-inahu Bainal KaaF-Fi Wan-nun, Wa ‘Aalima Bimaa KaaNa Qabla An Yakun.

WaNas Alukallah-Humma An TasLuka Binaa JaaDData ridhooKa, Wa An Taj’aLaaNa AhLan WaMahallal-lisa’AaDaTika Wa RhgiNaaKa, Wa An Tuyassiro Lana Jamii’Al MuRooDaaTi Wal MathoLiBi, Wan Taj’Al RiDhooKa ‘AnNaa KhoiRo MuSooHiBinn LaNaa WaRoFiqq, Wa An TutLifaNaa Bil JalaaLati Wal Mahabbah, Wa An TamunNa ‘Aalayna Bisur’Atil-iJaaBah.

IsTajiBillah-Humma Du’Aa Anaa Wa Haqqiq FiiKa RaJaa Anaa, Wa AdHilNa Fii HirZi LutFikal-Masunn Bisirri Qaulika InnaMaa AmRuHuu iZaa AraaDa Syaii-An An YaQuuLa-Lahu Kun FayaKun, fa subḥānallażī biyadihī malakūtu kulli syai’iw wa ilaihi turja‘ūn, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli Mahmumm, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli MadYunn, SubHaaNaMan AmRuHuu, iZaa ARaaDa Syai-An An YaQuuLa-Lahu Kun FaYaKun.

Ya MuFarriJal Hummum, Ya MuFarriJu Farrij, Ya MuFarriJu Farrij, Farrij ‘AnNaa HuMuuMaNaa Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalali Wal Iqramm.

Wasollallahu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Wa ‘ALaa Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil-‘AaLaMinn.

Maksud Doa Yasin

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, untukMu segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya Allah, kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, dengan keberkatan Surah Yasin dan kitab Al-Quran yang penuh hikmat dan sesiapa yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, penolong dan petunjuk hingga Sirat al-MustaqimMu.

Dengan kitab Al-Quran yang dibawa oleh Malaikat Jibril, dan dengan kekuatan huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna yang Engkau miliki dan dengan apa yang Engkau perjelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudan setiap tanda-tanda yang menunjukkan (kewujudanNya), dan dengan limpah kurniaMu dapat

menghilangkan keluh kesah dan dapat menyelesaikan beban hutang.

Wahai Tuhan yang mengendalikan pergerakan laut dan matahari, Wahai Tuhan yang menjadikan khazanahNya di antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui sebelum dan selepas sesuatu keadaan.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar membuka ruang keredhaanMu, jadikanlah kami bersatu padu memuji dan memuja kekayaanMu agar Engkau permudahkan segala kehendak dan permintaan kami.

Engkau jadikanlah keredhaanMu sebagai teman hidup kami dan dengan limpah kebesaranMu Engkau tunaikan permintaan kami secepat mungkin, perkenanlah doa kami Ya Allah dan benarkanlah harapan kami disisiMu dan masukkanlah kami ke dalam rahsia firmanMu.

Sesungguhnya pekerjaanMu apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADI, maka jadilah ia.

Maha Suci Tuhan yang menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah Kembali semuanya.

Maha Suci Tuhan yang dapat menghapuskan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang dapat menghilangkan kesusahan dan Maha Suci Tuhan yang dapat menyelesaikan beban hutang dan Maha Suci Tuhan yang kerjaNya apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADILAH, maka jadilah.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan

yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita.

Wahai Tuhan Yang Hidup, Yang Kekal dan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Kredit bacaan doa kepada Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

doa khatam quran

Membaca Surah Yasin adalah amalan yang sangat disukai dan terdapat kelebihan yang besar yang terdapat dalam surah ini. Namun, selain daripada sekadar membaca, terdapat beberapa adab yang perlu dijaga untuk memastikan bacaan kita diterima dan memberi manfaat yang lebih mendalam.

Antara adab-adab yang perlu diperhatikan semasa membaca Surah Yasin ialah:

  1. Membaca dengan Tertib dan Tartil
    Bacalah dengan betul, memelihara makhraj (tempat keluarnya huruf) dan sifat-sifat huruf, serta mematuhi hukum tajwid. Ini penting agar setiap perkataan yang diucapkan sesuai dengan maksud yang sebenarnya dan tidak mengubah makna yang diinginkan. Allah SWT berfirman:
    “Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tartil).” (Surah al-Muzammil: 4)
  2. Bacaan yang Perlahan dan Khusyuk
    Membaca dengan perlahan-lahan membolehkan kita memahami makna setiap ayat dan merenung isinya. Khusyuk dalam bacaan bermakna kita menghadirkan hati kepada Allah SWT, merasa rendah diri dan penuh tawaduk, sambil memohon petunjuk daripada ayat-ayat yang dibaca.
  3. Mengikut Imam Jika Dibaca Beramai-Ramai
    Apabila membaca secara berjemaah, adalah penting untuk semua mengikut bacaan imam dengan serentak. Ini memastikan harmoni dalam bacaan dan meningkatkan keseragaman serta kekhusyukan majlis.
  4. Bersiwak atau Membersihkan Mulut
    Sebelum membaca al-Quran, disunatkan untuk membersihkan mulut dengan siwak atau berus gigi. Ini bertujuan untuk memastikan kebersihan dan kemuliaan al-Quran terpelihara, kerana ia adalah Kalam Allah yang suci.
  5. Bersuci dari Hadas Kecil dan Besar
    Sangat dianjurkan untuk berada dalam keadaan bersih dan suci ketika membaca Surah Yasin. Ini termasuk berwuduk bagi menghilangkan hadas kecil, dan bertayamum jika tiada air. Bagi yang berada dalam keadaan hadas besar, disarankan untuk mandi wajib sebelum memegang atau membaca al-Quran.
  6. Menjaga Kebersihan Tempat dan Menghadap Kiblat
    Pastikan tempat membaca adalah bersih dan bebas dari najis. Selain itu, dianjurkan untuk menghadap kiblat semasa membaca al-Quran, kerana ia adalah arah yang penuh berkah dan melambangkan penghormatan terhadap ibadah.
  7. Menghayati Ayat Kebesaran, Azab, dan Rahmat
    Ketika sampai pada ayat-ayat yang menceritakan tentang kebesaran Allah, azab, atau rahmat-Nya, digalakkan untuk bertasbih, beristia’zah (memohon perlindungan dari Allah), atau berdoa. Ini menunjukkan kita bukan sekadar membaca, tetapi turut menghayati makna dan maksud di sebalik ayat tersebut.
  8. Menjauhi Perkara yang Melalaikan
    Ketika membaca al-Quran, kita hendaklah menghindari daripada bergelak ketawa, bercakap-cakap, atau memandang kepada sesuatu yang boleh mengganggu tumpuan. Al-Quran perlu dibaca dengan penuh hormat dan penghormatan.
  9. Membaca dari Mushaf
    Walaupun membaca secara hafazan mempunyai kelebihan, tetapi membaca dengan melihat mushaf lebih digalakkan. Ini kerana mata juga akan turut mendapat pahala dengan memandang ayat-ayat suci al-Quran.
  10. Mencantikkan Suara dan Bacaan
    Rasulullah SAW bersabda: “Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.” (Riwayat Ahmad). Oleh itu, memperindah suara ketika membaca bukan hanya menambah keindahan bacaan tetapi juga memudahkan hati kita dan orang yang mendengar untuk tersentuh dan terkesan.
  11. Menjaga Ibtida’ (Permulaan) dan Wakaf (Berhenti)
    Setiap kali membaca, pastikan permulaan dan pemberhentian pada tempat yang betul supaya tidak mengubah makna ayat. Salah tempat berhenti atau memulakan bacaan boleh membawa maksud yang berbeza daripada maksud asal ayat tersebut.
  12. Istia’zah Ketika Terputus Bacaan
    Jika bacaan terputus kerana sebab-sebab tertentu seperti menjawab salam atau bersin, dianjurkan untuk membaca semula A’uzubillah sebelum meneruskan bacaan. Ini menunjukkan kesopanan kita dalam menjaga adab-adab bacaan.

Dengan menjaga adab-adab ini, kita bukan sahaja menghormati Kalam Allah, tetapi juga memastikan bacaan kita lebih berkat, khusyuk, dan mendalam. Amalkan bacaan Yasin dengan penuh keikhlasan dan harapkan ganjaran daripada Allah SWT.

Kelebihan Membaca Surah Yasin

Kelebihan mengamal surah Yasin adalah seperti berikut:

1. Beramal dengan surah Yasin dapat menghindarkan hati yang keras

Daripada Abi Ja’far Muhammad bin Ali berkata:

Barangsiapa yang mendepati hatinya keras, maka tulislah ayat يس وَالقُرْءَانِ di dalam bekas perak yang dicampur dengan Za’faran, kemudian minumlah airnya.


2. Ganjaran membacanya seolah-olah membaca al-Quran sebanyak 10 kali

Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Tirmizi, Muhammad bin Nasr dan Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Imam daripada Anas berkata, Nabi SAW bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Siapa yang membaca surah Yasin, Allah tuliskan pahala bacaan untuknya sebanyak 10 kali bacaan al-Quran.

Imam Tirmizi berkata selepas mentakhrijkan hadis ini:

Hadis ini adalah Gharib, ia tidak diketahui melainkan daripada hadis Humaid bin Abdul Rahman. Dalam sanadnya ada lelaki yang bernama Harun Abu Muhammad iaitu seorang syeikh yang tidak diketahui. Dalam hal ini, ada riwayad daripada Abi Bakar. Oleh yang demikian, tidak sah untuk melemahkan sanadnya.


3. Diampunkan dosa orang yang membacanya

Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Abu Ya’la, Tabarani di dalam kitab Mu’ajam al-Awsat, Ibnu Mardawaih, Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Iman, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda, maksudnya:

Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari semata-mata untuk mendapat redha Allah, diampunkan dosanya pada malam itu

Ibnu Kathir berkata: “Sanadnya baik”


4. Surah yang meliputi kebaikan di dunia dan akhirat

Dikeluarkan oleh Ibnu al-Durais, Ibnu Mardawaih, al-Khatib dan al-Baihaqi daripada Abu Bakar al-Siddiq berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Surah Yasin dipanggil di dalam Taurat sebagai al-Mua’mminah.

Yakni menjadikan orang yang membacanya mendapat kebaikan dunia dan akhirat secara menyeluruh, mendatangkan kesabaran pada ujian dunia dan akhirat dan membenteng dari kesengsaraan akhirat.

Ia juga dipanggil penghadang dan penuaian, iaitu menghalang dari kejahatan dan menunaikan setiap hajat bagi orang yang membacanya.

Barangsiapa yang membacanya diberikan ganjaran 20 kali melakukan haji dan siapa yang mendengarnya diganjarkan seribu Dinar dijalan Allah.

Dan barangsiapa yang menulis kemudian meminumnya, dimasukkan ke dalam rongga tenggoroknya sebanyak seribu ubat, seribu nur, seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan menghilangkan segala keterlampauan dan keracunan.


5. Surah Yasin kebanggaan Nabi Muhammad SAW

Dikeluarkan oleh al-Bazzar daripada Ibnu Abbas berkata, Nabi SAW bersabda berkenaan surah Yasin.

Aku sangat menyukai sekiranya surah Yasin ada (dihafaz) di hati setiap orang daripada kalangan umatku


6. Dikurniakan ganjaran mati syahid.

Dikeluarkan oleh Tabarani dan Ibnu Mardawaih, imam Suyuti berkata dengan sanad yang lemah daripada Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang sentiasa membaca surah Yasin setiap malam, kemudian meninggal, dia meninggal dalam keadaan mati syahid.


7. Diberikan kemudahan dan kesenangan

Dikeluarkan oleh Imam ad-Darimi daripada Ibnu Abbas berkata:

Barangsiapa yang membaca surah Yasin ketika Subuh, diberikan kemudahan pada siang harinya hingga ke petang. Dan barangsiapa yang membacanya pada awal malam, diberikan kemudahan pada malamnya hingga ke waktu subuh.


8. Mendapat keberkatan dan rahmat kepada si mati

Sebahagian ulama berpendapat bahawa dengan membaca surah Yasin ini segala perkara yang susah akan menjadi mudah dan membaca ke atas orang yang mati dapat menurunkan rahmat dan berkat serta memudahkan roh keluar dari orang yang mati.

Daripada Ma’qal bin Yasar berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Bacalah ia pada orang yang mati di kalangan kamu – yakni surah Yasin.

Imam Ahmad rahimallah berkata, kami diceritakan oleh Abu al-Mughirah, Safwan menceritakan kepada kami, berkata yang maksudnya:

Para masyaikh pernah berkata: “Jika dibacakan – yakni surah Yasin – di sisi orang yang mati, ia dapat meringankannya.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

41 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
6 bulan yang lalu

Assalam Ustadz, saya Ada nak mnta tolong Ustadz tapi ni dah lari dari tajuk. Maaf Ustadz.
Bagaimana Kita nak berdoa pada Allah setelah habis SOlat. Bolekah saya berdoa seperti ini untuk cucu saya Yang mild autism (lambat bercakap). :-Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, Ya Hayyul, YA Qayyum.
Aku memohon pada mu supaya kau ringanlah lidah Dan mulut cucuku (sebut namanya & Binti sekali)supaya bole bercakap dalam masa terdekat ini. Walaupn 4 atau 5 perkataan pada permulaannya demi kebahagian Emak&ayahnya disebabkab Kami Semua dah ikhtiar bermacam macam Cara iaitu hantar terapi, preschool DN pelbagai lagi . Hanya padamu aku berserah & hantar padamu aku memohon pertolongan,lepas Tu baca Selawat.
Harap sangat Ustadz DPT membalasnya. Terima Kasih.

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

Terima Kasih Ustadz Di atas tunjuk ajar yg diberikan. Sya benar2 menghargainya.

mzsa
mzsa
1 tahun yang lalu

Doa tu ada tertinggal sebaris ke? Selepas Subhanal munaffisi ‘an kulli mah mum.

Reza
Reza
Reply to  mzsa
10 bulan yang lalu

Mmg sah tertinggal satu baris ayat disitu..

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
1 tahun yang lalu

Asslm Ustadz. Mnta Tolong Balas email sya yg di bawah ni👇👇👇👇

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
1 tahun yang lalu

Assalam Ustadz.
Surah Yassin ni bolekah dibaca kpd bayi yg sakit contohnya cucu saya yg berumur baru 25 Hari Di hspital. Adakah doanya utk dipermudahkan segala rawatan & perubatan Di hospital & smuga mendapat keajaiban kesembuhan syifa yg secepatnya. Adakah sebaris ayat yg berakhir dgn ayat mubin baca 3x dn berdoa. Dan bolekah Kita berdoa lebih drp satu doa contoh Doa utk bayi, emaknya & LPS Tu utk anak sndiri atau cuma berpandu pada satu Doa saja ? Mnta Tolong reply Ustadz. Terima kasih.

Rose Fatimah rauf
Rose Fatimah rauf
Reply to  Muhamad Naim
1 tahun yang lalu

TERIMA kasih banyak2 Ustadz. Nasihat dari Ustadz saya hargai sangat2.

Yushairy
Yushairy
2 tahun yang lalu

Beberapa tahun dahulu saya beramal dengan setiap hari selama hampir 2 tahun membaca Surah Yassin Alfatihah Al kursi setiap hari lama kelamaan saya diberi ujian dengan ganguan ganguan pendengaran penglihatan dan rasa sehingga lama kelamaan saya kalah dengan ujian itu..dgn niat semoga diberi keselamatan dunia dan akhirat oleh Allah.
Apakah itu semua dan haruskah saya teruskan?

Last edited 2 tahun yang lalu by Yushairy
Azman
Azman
3 tahun yang lalu

Terima kasih banyak Admin atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini, semoga Allah memberi pahala berlipat kali ganda.

Ayuni Ismail
Ayuni Ismail
3 tahun yang lalu

Terima kasih Ustaz. Sy banyak rujuk page ustaz.terima kasih ustaz.

Last edited 3 tahun yang lalu by Ayuni Ismail
Tungku Zharif Shafiq Tungku Zamzairul
Tungku Zharif Shafiq Tungku Zamzairul
3 tahun yang lalu

Allahuakbar, sebak dengar bacaan doa Ustaz, boleh faham sikit2 arab,jadi bila play Audio sambil baca yang rumi,baru faham jadi sebak. Jazakumullahkhair kaseeran

Helmi
Helmi
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz. mohon disertakan sekali dengan tulisan rumi ustaz..sebagai panduan. sekian terima kasih

Helmi
Helmi
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Terima kasih ustaz

Umiani
Umiani
4 tahun yang lalu

mohon semak dan perbetul baris doa Yassin, terdapat kesilapan.