Doa Selepas Azan, Panduan Azan & Cara Jawab Azan

doa selepas azan

Bagaimana doa selepas azan?

Serta, bagaimana lafaz azan dan cara menjawab azan tersebut.

Panduan ini ditulis dengan lengkap untuk menerangkan topik lafaz azan, cara menjawab azan, doa selepas azan, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Apa yang penting:

Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Jika anda berminat dengan topik ini, jom kita mulakan..

Pengenalan

Azan ialah seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu para muslimin bahawa sudah masuk waktu solat.

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).

Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat.

Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hanya muazzin atau bilal (orang yang meneriakkan azan) lelaki yang boleh melakukan laungan azan.

Perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.

Sunat di waktu melaungkan azan:

  1. Berwuduk
  2. Menghadap ke arah kiblat
  3. Berdiri sewaktu azan
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi
  5. Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring.
  6. Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
  7. Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”

Kalimah Seruan Azan

Ini adalah kalimah seruan azan yang dilaungkan untuk solat selain daripada waktu Subuh:

lafaz seruan azan

Lafaz Azan Dalam Rumi:

Allah u Akbar
Allah u Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh

Allāhu akbar
Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh

Maksud azan:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Azan Solat Subuh


Kalimah-kalimah seruan azan untuk solat waktu subuh ialah:

seruan azan

Lafaz Azan Subuh Dalam Rumi:

Allah u Akbar
Allah u Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh

Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

Allāhu akbar Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh

Maksud azan subuh:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Azan Yang Baik

Azan yang baik adalah azan yang dilakukan oleh orang yang bersuara lantang, elok lafaz azannya dan merdu suaranya.

Tetapi tidak dialunkan dengan berlagu yang berlebihan sehingga mengubah  makna kalimat-kalimat azan.

Perkara paling utama, kalimat-kalimat azan dan iqamah itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas untuk mengajak manusia manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.

Seruan yang dilakukan daripada hati dan suara yang merdu, InsyaAllah dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

Cara Menjawab Azan

Apabila kita mendengar azan, maka sunat untuk kita menjawabnya.

Cara menjawab azan ialah dengan mengikut atau mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin dalam azan kecuali pada kalimah berikut:

1.

Kalimah:

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hendaklah dijawab dengan:

cara Jawab azan
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

2.

Kalimah:

Cara jawab azan
Hayya ‘alal-falāh

Hendaklah dijawab dengan:

cara Jawab azan
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

3.

Kalimah:

cara jawab azan
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

Hendaklah dijawab dengan:

cara jawab azan
sodaqta wa bararta

Maksudnya:

Benar dan Engkau mendapat kebaikan.

Bacaan Doa Selepas Azan

Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:

doa selepas azan

Doa selepas azan dalam rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Kelebihan Azan & Menjadi Muazzin

Azan mempunyai kelebihan yang sangat besar.

Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Antara Kelebihan Azan dan menjadi Muazzin adalah:

1. Muazzin menjadi pemimpin pada hari kiamat

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.

Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat

— Riwayat Muslim

Ibnu Majah menjelaskan “panjang leher” merujuk kepada ketua atau pemimpin.


2. Azan dapat mengusir syaitan.

Abu Hurairah r.a. memberitahu Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:

Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar azan lagi. Apabila sudah selesai azan, dia datang semula. Apabila diserukan iqamah, dia melarikan diri, apabila selesai iqamah dia datang kembali untuk mengganggu (membisikkan) bisikan ingatlah itu dan ini. Sehingga seseorang itu tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk.

— Riwayat Bukhari dan Muslim


3. Dosa Muazzin Diampunkan Sejauh Suaranya Didengari.

Dosa-dosa muazzin diampunkan sejauh suaranya dapat didengar dan diberi pahala sebagaimana pahala orang orang yang bersolat kerana mendengar seruan azannya itu.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup atau yang mati. Disamping itu, disediakan untuknya pahala orang yang bersolat bersama dengannya.

— Riwayat Nasa’i dan Ahmad

Imam Nasa’i mengatakan, yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolat bersama dengannya itu tidak hanya tertakluk pada mereka yang bersolat bersama denganya di satu tempat atau dalam satu jemaah..

.. tetapi sesiapa juga yang bersolat sesudah mendengar seruan azannya.


4. Syurga Menanti Muazin

Muazzin yang melaungkan azan dan kemudian mendirikan solat semata-mata kerana takutkan Allah SWT diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Penutup: Semoga Penerangan Yang Diberi Jelas

Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai lafaz azan, cara jawab azan dan doa selepas azan.

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

49 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nazarudin Nasrul
Nazarudin Nasrul
3 bulan yang lalu

Assalamualaikum terima kasih atas pencerahan nya,moga mendapat keredhaan Allah SWT

KakYong
KakYong
10 bulan yang lalu

Assalamu’alaikum Tuan,
Maaf tuan hanya utk tambah baik Tuan saja.. Dibahagian bacaan azan ada dua kali kalimah Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh. Semoga tuan terus dpt beri manfaat kepada semua.. Aminn

KakYong
KakYong
Reply to  KakYong
9 bulan yang lalu

Maksud KakYong bahagian yg paling bawah sekali.. Terima kasih 🙏

Pahrul Pyxzy
Pahrul Pyxzy
1 tahun yang lalu

Allahu Akbar

Tiga
Tiga
2 tahun yang lalu

Salam, sy ingin bertanya tentang laungan azan. Boleh atau tidak sebuah masjid lungkan azan lewat jam 1-2 dari waktu asal

hamba Allah
hamba Allah
Reply to  Tiga
1 tahun yang lalu

tk boleh sbb azan perlu dilaungkan dgn masa yg tetp

Rohana
Rohana
2 tahun yang lalu

Alhamdulilah terang Dan jelas .

Muhammad Shafiq
Muhammad Shafiq
3 tahun yang lalu

Aamiin … Terima kasih atas penjelasan admin terima kasih sudah berkongsi ilmu… Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia mau pun akhirat Aamiin…

Sham
Sham
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah.sangay membantu..

sayed putra
sayed putra
3 tahun yang lalu

terima kaseh di atas kemudahan yg disediakan ini..sangad jelas,padat dan ringkas lagi bermanfaat..Semoga Allah SWT merahmati dan meredhai kehidupan kita semua..Aaminn

Che Rosna Binti Mohd Saaid
Che Rosna Binti Mohd Saaid
3 tahun yang lalu

Dalam mencari fadilat bersolat awal waktu,Saya agak terganggu bilamana suara iman berjemaah dekat surau begitu kuat dari corong speaker. Perlukah saya menunggu mereka habis berjemaah baru saya mula solat dan adakah ini mengurangkan pahala saya?

Nevian Mok
Nevian Mok
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum saudara,
1. adakah wajib imam wanita melaungkan azan dan iqamat utk mana2 solat?
2. adakah makmum perlu menjawab azan dan iqamat yg dilaungkan imam wanita?
3. apakah yg perlu makmum buat semasa imam wanita melaungkan azan dan iqamat, serta membaca surah2?
4. tolong bagi detail bacaan azan dan iqamat setiap solat bagi wanita.
Terima kasih.

Last edited 3 tahun yang lalu by Nevian Mok
Nevian Mok
Nevian Mok
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

terima kasih saudara :) soalan akhir, betul ke apabila imam wanita membaca semua surah makmum tak perlu ikut? makmum cuma perlu membaca Al-Fatihah?