Hukum Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Keputihan

Apakah hukum solat dengan pakaian yang terkena keputihan?

Adakah perlu basuh sebelum solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Saya perempuan yang selalu keluar keputihan.

Soalan saya adakah keputihan itu najis dan jika kena pakaian solat adakah wajib dibasuh sebelum solat?


JAWAPAN:

Keputihan ialah cecair yang keluar dari faraj wanita.

Keputihan yang keluar dari bahagian dalam faraj pada kawasan yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak maka ia adalah najis.

Keluar keputihan membatalkan wuduk dan wajib dibasuh jika hendak solat dan pakaian yang terkena keputihan itu adalah mutannajis tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Berkata Syeikh Jamal:

فَإِنْ خَرَجَتْ مِنْ مَحِلٍّ لَا يَجِبُ غَسْلُهُ فَهِيَ نَجِسَةٌ ؛ لِأَنَّهَا رُطُوبَةٌ جَوْفِيَّةٌ وَهِيَ إذَا خَرَجَتْ إلَى الظَّاهِرِ يُحْكَمُ بِنَجَاسَتِهَا وَإِذَا لَاقَاهَا شَيْءٌ مِنْ الطَّاهِرِ تَنَجَّسَ

Ertinya:

Maka jika keputihan itu keluar ia dari kawasan yang tidak wajib membasuhnya maka ia adalah najis kerana ia adalah cecair yang terbit dari sebelah dalam.

Bila keputihan ini keluar sampai kawasan zahir faraj maka dihukumkan dengan najis.

Dan apa sahaja yang benda suci bersentuh dengannya menjadi ternajis.”

(Kitab Hasyiah Jamal)

Kesimpulan

Keputihan ialah cecair yang terbit dari dalam faraj wanita dan ia adalah najis.

Jika keluar ia sampai kawasan yang zahir yaitu bahagian faraj yang wajib dibasuh ketika bersuci maka ia membatalkan wuduk.

Pakaian yang terkena keputihan wajib dibasuh jika hendak dipakai pakaian itu di dalam solat.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

25 thoughts on “Hukum Solat Dengan Pakaian Yang Terkena Keputihan”

  1. assalamualaikum Tuan. saya nak tanya, adakah seseorang perempuan yang ada masalah keputihan, dibenarkan solat fardhu dan diikuti dengan qada solat dalam satu wuduk?

    contoh keadaan, sucikan diri dan pakaian dari keputihan, ambil wuduk, solat fardhu dan kemudian terus lakukan qada fardhu 1 waktu. boleh ke Tuan?

    atau kena ambil wuduk baru dan baru laksankan solat fardhu qada?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam puan,

      Dalam Mazhab Syafie, keputihan dianggap sebagai najis jika ia keluar dari dalam faraj (bukan sekadar lembapan luaran). Oleh itu, jika seseorang wanita mengalami keputihan yang berterusan, ia boleh dikategorikan sebagai uzur syar’ie seperti istihadhah.

      Jawapan kepada soalan puan:

      Boleh solat fardhu dan qada solat dalam satu wuduk, dengan syarat:

      1. Sebelum berwuduk, bersihkan keputihan dari badan dan pakaian.
      2. Gunakan alas seperti pantyliner atau kapas untuk mengelakkan keputihan terkena pakaian.
      3. Ambil wuduk apabila masuk waktu solat.
      4. Solat fardhu dan terus lakukan solat qada’ dalam satu wuduk, selagi mana tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk seperti keluar angin atau membuang air.

      Namun, jika keputihan keluar semasa solat atau selepas selesai solat fardhu, wuduk dikira batal dan perlu mengambil wuduk semula untuk solat yang seterusnya.

      Jika puan mengalami keputihan yang berterusan sepanjang waktu solat tanpa henti (seperti darah istihadhah), puan boleh mengikuti hukum orang yang uzur:

      • Ambil wuduk setiap kali masuk waktu solat.
      • Gunakan wuduk tersebut untuk solat fardhu dan qada dalam satu waktu, selagi tiada hadas lain yang membatalkan.

      Wallahu a‘lam. Semoga bermanfaat! 😊

      Reply
  2. assalamualaikum sya nak tnya kalau ada keputihan dekat seluar dalam tpi kita cuci guna air biasa shaja..masih sah solat tak kalau tak tukar?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan.

      Dalam fiqh Mazhab Syafi’i, keputihan yang keluar dari kemaluan wanita (ruthubah al-farj) dianggap sebagai najis. Oleh itu, jika terdapat keputihan pada pakaian seperti seluar dalam, ia perlu dicuci sebelum digunakan untuk solat. Membersihkannya dengan air biasa sudah memadai untuk menghilangkan najis tersebut. Jadi, jika keputihan telah dicuci dengan air biasa, pakaian tersebut dianggap suci, dan solat adalah sah.

      Namun, jika keputihan tidak dicuci atau dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menjejaskan kesucian pakaian dan seterusnya solat yang dilakukan. Disarankan agar memastikan pakaian benar-benar bersih sebelum solat, agar tidak timbul keraguan atau was-was dalam ibadah.

      Kesimpulannya, solat sah jika keputihan telah dicuci dengan air biasa, walaupun tidak menukar pakaian. Pastikan najis tersebut dibersihkan dengan sempurna sebelum menunaikan solat.

      Semoga penjelasan ini memberi kejelasan dan membantu dalam menjaga kesucian ketika beribadah.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  3. Assalamualaikum saya sudah mencuci keputihan pada kemaluan tapi saya tak cuci di pakaian saya. Saya baru perasan apabila selesai solat. Apakah solat saya sah atau perlu diulang semula?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      Terima kasih atas soalan yang diajukan.

      Dalam keadaan ini, jika keputihan tersebut berada pada pakaian dan tidak dicuci sebelum solat, maka pakaian tersebut dianggap tidak suci menurut pandangan yang menganggap keputihan sebagai najis dalam Mazhab Syafi’i. Oleh itu, jika pakaian tidak dibersihkan daripada najis sebelum solat, solat tersebut perlu diulang kerana kesucian pakaian adalah syarat sah solat.

      Apa yang Boleh Dilakukan:

      1. Ulangi Solat: Disarankan untuk mengulang semula solat tersebut selepas membersihkan pakaian daripada najis.

      2. Pastikan Kebersihan Pakaian: Sebelum memulakan solat, pastikan pakaian bebas dari najis seperti keputihan untuk menjaga kesucian.

      Semoga Allah SWT memudahkan puan dalam menjaga kebersihan dan kesucian untuk beribadah. Jika ada kekeliruan, jangan segan untuk bertanya, dan semoga ibadah puan diterima oleh Allah SWT.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  4. Assalamualaikum, saya nk tanya kalau ikut cara bg org yg keluar keputihan perlu pakai pantyliner sebelum solat, tapi kalau tk pakai ia, hanya basuh saja pada faraj dan wudhu adakah masih sah solat? Terima kasih.

    Reply
    • Wassalam,

      Solat sah kalau keputihan itu tidak terkeluar masa solat. Kalau lepas solat tu awak check ada keputihan yang keluar, maka batal solat tadi tu. Oleh itu langkah selamat adalah memakai pantyliner atau kain atau apa-apa yang menghalang keputihan dari keluar.

      Reply
    • Wassalam,

      Perkara ini bergantung pada keyakinan diri awak sendiri.

      Jika awak yakin keputihan itu keluar selepas solat, maka solat itu sah dan tidak perlu diqada semula.

      Jika awak yakin keluar sewaktu solat, maka solat batal dan kena qada balik.

      Akan tetapi jika awak ragu-ragu dan tidak yakin kerana ada sahaja kemungkinan keluar sewaktu solat atau selepas solat, maka tidak diwajibkan untuk qada solat tersebut.

      Hal ini kerana keputihan itu dianggap keluar selepas solat.

      Ini berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan:

      الأ إصل إضافة الحادث إلى أقرب أوقاته

      Maksudnya:

      Hukum asal dikembalikan sesuatu yang baharu itu kepada waktu yang terdekat”

      Wallahu a’lam

      Reply
  5. Assalamualaikum nak tanya, kalau pakai panti linear dan ada keputihan di panti linear, adakah kena basuh & tukar dulu baru boleh solat?

    Reply
    • Wassalam.

      Iya, kena cuci bahagian kemaluan dan tukar panti linear baru untuk solat. Hukumnya seperti istihadah, 1 wuduk hanya untuk satu solat sahaja.

      Reply
    • Jika solat tanpa mencucinya terlebih dahulu, tidak sah solat.

      Keputihan dihukumkan sebagai najis. Maka jika solat tanpa mencucinya, dikira solat dengan menanggung najis, menyebabkan solat itu tidak sah.

      Perempuan yang mengalami keputihan perlu mencuci bahagian kemaluan dan memakai panti linear sebelum solat.

      Reply
  6. Kalau terkena pada pakaian dan hanya cuci menggunakan tisu serta air semata mata sahaja adakah pakaian itu boleh dibawa solat ? ( Sudah cuci hingga tidak kelihatan pada pakaian )

    Reply
    • Jika masih ada bau, maka tidak boleh dibawa solat kerana ‘ain najis itu masih ada.

      Kaedah penyucian yang terbaik adalah perlu dibilas dengan sabun dan air mutlak sehingga hilang warna, rasa dan bau.

      Reply
  7. Assalamualaikum,
    Lembapan pada faraj suci kah?
    Kerak dari lembapan faraj yang terkena pada seluar wajib dibasuh kah?

    Reply
    • Wassalam,

      Menurut para fuqaha, kelembapan faraj adalah tabiat semulajadi faraj. Kelembapan dan faraj adalah dua benda yang tidak berpisah.

      Oleh itu para fuqaha berpendapat kelembapan faraj akibat daripada lelehan yang dihasilkan tidak membatalkan wuduk. Ini bermaksud ia adalah suci.

      Reply
  8. Salam ustz..sy ingin brtnya..sblum sy mngambil air wuduk sy buang air kecil dahulu..tp bila sy solat sujud dn dduk sy rsa mcm ada air kluar rsa panas2..ada kah solat sy sah atu tdk?trima ksh

    Reply

Leave a Comment