Waktu Makruh Solat Tahiyatul Masjid

Apakah waktu makruh solat Tahiyatul Masjid?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Berkenaan solat berjemaah apabila imam sudah mula solat fardu apakah hukumnya kalau masih ada orang yang baru nak solat tahyat masjid?


JAWAPAN

Apabila sedang melakukan solat tahiyatul masjid lalu imam memulakan solat fardu maka hendaklah yang sedang solat tahyat masjid itu mencepatkan solat sunatnya itu dan kemudian masuk ke dalam saf untuk solat fardu bersama imam.

Ada pun apabila imam sudah mula solat fardu maka makruh bagi orang yang belum memulai tahiyatul masjid mengerjakannya.

Berkata Syeikh Al-Mahamili :

وَتُكْرَهُ التَّحِيَّةُ فِي حَالَيْنِ أَحَدُهُمَا: إِذَا دَخَلَ وَالْإِمَامُ فِي الْمَكْتُوبَةِ. وَالثَّانِي: إِذَا دَخَلَالْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، فَلَا يَشْتَغِلُ بِهَا عَنِ الطَّوَافِ

Dimaruhkan solat tahyat pada dua keadaan. Pertamanya apabila imam sudah mula solat fardu dan keduanya apabila masuk seorang ke dalam Masjidil Haram maka jangan dia sibuk dengan sembahyang sunat meninggalkan tawaf.”

(Kitab Hasyiah Al-Mahamili)

Maksudnya apabila seorang itu masuk ke dalam Masjidil Haram maka yang lebih dulu dan utama dilakukan ialah tawaf sunat bukannya solat sunat.

Walahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments