Tahnik Kepada Bayi Baru Lahir

tahnik

Apakah yang dimaksudkan dengan tahnik?

Dalam artikel ini, saya akan menerangkan amalan tahnik sering diamalkan oleh masyarakat kita terhadap bayi yang baru lahir.

Mari kita mulakan..

Memberi Khabar Gembira Dan Tahniah Atas Kelahiran Bayi

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan.

Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.

Maka kami berikan kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat lemah lembut

(Surah ash-Shaffat 37:101)

Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan: “Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah”.

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.

Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut.

Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanam perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Amalan Tahnik Dalam Islam

Ada anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya.

Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.

Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.:

Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.

(Hadis riwayat oleh Muslim 2145)

Diriwayatkan daripada Asma’ bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin az-Zubair di Makkah.

Selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba’.

Semasa Abdullah dilahirkan, beliau dibawa kepada Rasulullah SAW lalu diletakkan di atas ribaan Baginda.

Baginda selepas itu berdoa dan mengunyah sebiji kurma lalu dimasukkan ke dalam mulut Abdullah.

Hikmah Tahnik

Antara hikmah amalan ‘tahnik” ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnya.

Seandainya kurma sukar didapati, bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah.


Sumber:

1. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat — Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments