Adakah Sah Solat Tanpa Niat?

Solat Tanpa Niat

Adakah sah solat tanpa niat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah sah solat tanpa berniat? Kalau seorang itu hanya ucapkan usolli pada lisan adakah dikira sudah berniat?


JAWAPAN

Niat adalah rukun solat maka siapa yang tidak berniat nescaya solatnya tidak sah sekalipun dia telah melafazkan niat pada lisan dari kerana sungguhnya niat itu tempatnya di dalam hati.

Akan tetapi jika dia hanya berniat sahaja di dalam hati tanpa melafazkan niat nescaya solatnya itu sah kerana berniat itu rukun manakala melafazkan niat bukan rukun tetapi hanya perkara yang sunat sahaja.

Telah berkata oleh Imam Abu Husain Al-Imrani As-Syafie :

Dan ada pun tempat niat itu yaitu pada hati dari kerana sungguhnya niat itu ialah ikhlas dan tiadalah ikhlas itu melainkan dengan hati.

Maka jika seorang berniat dengan hatinya dan berlafaz pula dengan lisannya nescaya dia telah melakukan yang sempurna.

Dan jika dia melafazkan niat dengan lisannya dan tidak berniat dengan hatinya nescaya tidak memadai.

Dan jika dia berniat dengan hati tetapi tidak berlafaz dengan lisannya nescaya memadai yakni sah.”

(Kitab Al-Bayan Fi Mazhab Al-Imam as-Syafie)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

4 thoughts on “Adakah Sah Solat Tanpa Niat?”

    • Wa’alaikumussalam,

      Ya, jika selama ini solat dilakukan tanpa niat di dalam hati, maka solat tersebut dianggap tidak sah kerana niat adalah salah satu rukun solat yang wajib dipenuhi. Walaupun melafazkan niat dengan lisan adalah sunat, niat di dalam hati untuk menunaikan solat tertentu adalah wajib.

      Adakah Perlu Qada’ Solat?

      Bagi solat yang ditinggalkan atau tidak sah akibat ketiadaan niat, maka wajib diqada’. Qada’ ini perlu dilakukan untuk menggantikan solat yang tidak sah kerana tidak memenuhi syarat rukun solat.

      Cadangan untuk Qada’ Solat

      • Mulakan dengan niat untuk menggantikan solat yang tertinggal atau tidak sah.
      • Susun jadual untuk mengerjakan qada’ secara konsisten tanpa membebankan diri, contohnya menambah 1-2 solat qada’ setiap hari selepas solat fardu.
      • Utamakan solat fardu yang wajib sekarang dan jangan tinggalkan solat fardu harian.

      Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada puan untuk melaksanakan qada’ solat dengan ikhlas dan menerima taubat atas kekurangan yang lalu.

      Wallahu a’lam.

      Reply

Leave a Comment