Bolehkah Solat Tahajjud Jika Tidak Tidur?

Solat Tahajjud tidak tidur

Seorang ustaz pernah memberitahu bahawa tidur adalah bukan syarat untuk solat tahajjud.

Kita boleh melakukan solat tahajjud walaupun tidak tidur terlebih dahulu. Ianya lebih afdal, tetapi bukanlah wajib.

Adakah perkara ini benar?

Jawapan

Tidak dinafikan terdapat ada pandangan ulama yang mengatakan tidak disyaratkan tidur dahulu sebelum solat tahajjud.

Namun pandangan yang lebih kuat, dan juga pandangan majoriti ulama menyatakan bahawa solat sunat tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah tidur.

Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Mu’asiroh juz. 14 hlm. 86; [terjemahan]:

Tahajjud pada istilah adalah solat sunat pada malam hari selepas tidur.

Oleh itu, solat sunat yang dilakukan pada malam hari sebelum tidur, ia tidak dinamakan sebagai solat sunat tahajjud, tetapi solat sunat malam atau qiamullail.

Perkara ini sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab Fathu al-‘Aziz Syarh al-Wajiz juz. 4 hlm. 149; [terjemahan]

Iaitu sesungguhnya solat tahajjud adalah solat setelah tidur. Dikatakan menurut bahasa Arab, ‘Seorang itu telah bertahajjud apabila dia tinggalkan (bangun dari) tidur’. Adapun solat sebelum tidur, maka ia tidak dinamakan solat sunat tahajjud.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani juga menjelaskan dalam kitab Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadis al-Rafi’ juz. 2 hlm. 106; [terjemahan]

Kata Imam al-Rafi’i, ‘Tahajjud adalah solat selepas tidur. Adapun solat sebelum tidur, maka ia tidak dipanggil sunat tahajjud’.

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Khaithamah daripada jalur al-A’raj, daripada Kathir bin ‘Abbas, daripada al-Hajjaj bin ‘Amru katanya, ‘Seorang dalam kalangan kamu menyangka apabila dia berqiamullail lalu mengerjakan solat sehingga Subuh bahawasanya dia telah bertahajjud. Sesungguhnya tahajjud itu adalah solat selepas tidur, kemudian solat selepas tidur. Demikianlah solat Nabi SAW’

Sanad hadis ini hasan..

Kesimpulan

Solat sunat tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah tidur.

Ini adalah pandangan yang lebih kuat, juga pandangan majoriti ulama.

Wallahuaklam.

? Anda juga boleh membaca jawapan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini: Bolehkah Lakukan Solat Tahajjud Sebelum Tidur? (Ust Azhar)

Rujukan:

  1. Ustaz Abu Usamah, Mohd Hanapiah Haji Husin, Buku Soal Jawab Fiqh Ibadah (Bab solat, solat musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

12 thoughts on “Bolehkah Solat Tahajjud Jika Tidak Tidur?”

    • Ya, boleh.

      Walaupun solat tahajjud secara asalnya dilakukan selepas tidur, tapi kalau belum tidur pun masih boleh solat malam, dan tetap mendapat pahala. Dalam mazhab Syafi‘i, solat sunat yang dilakukan selepas Isyak dan sebelum Subuh walaupun tanpa tidur. Ia tetap dikira sebagai qiyamullail.

      Cuma, kalau dilakukan selepas tidur, barulah ia dinamakan secara khusus sebagai tahajjud.

      Wallahu a‘lam.

      Reply
  1. Ustad, saya niat nak solat tahajjud. Masalahnya, saya tk dpt lelapkan mata. Jika bukan dikira solat tahajjud, jadi niat solatnya bagaimana, ustad?

    Reply
  2. Tak faham, ada dinyatakan:-
    1) lebih afdal di lakukan slps solat 5 waktu
    2) dilakukan slps tido
    Yg mana satu betul

    Reply
  3. Assalamualaikum, boleh saya tahu konteks lagi mendalam bila disebut “tidur ayam sudah memandai”. Bagaimana dan adakah tidur ayam sekadar baring dan menutupi mata namun tidak ke peringkat rem tidur untuk lelap dikira sesuai untuk tahajjud? terima kasih

    Reply

Leave a Comment