Adakah Semua Solat Sunat Selepas Tidur Dikira Sebagai Tahajjud?

solat sunat selepas tidur

Adakah semua solat sunat selepas tidur dikira solat Tahajjud?

Atau, adakah solat Tahajjud merupakan satu solat sunat yang khusus?

Dalam erti kata lain, kita perlu berniat “Sahaja aku solat sunat Tahajjud kerana Allah”

Saya musykil kerana baru-baru ini saya terdengar seorang ustaz mengatakan apa sahaja solat sunat yang dilakukan sama ada Solat Hajat, Solat Taubat dan sebagainya pada waktu malam (selepas solat Isyak dan tidur terlebih dahulu) dikira sebagai solat Tahajjud.

Adakah perkara ini benar?

Jawapan

Ya benar.

Sebagaimana yang kita maklum, solat tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari setelah tidur dan setelah menunaikan solat Isyak.

Tidak disyaratkan kepada sesiapa yang mengerjakan solat tahajjud untuk berniat, “Sahaja aku solat sunat tahajjud…” kerana setiap solat sunat yang dilakukan pada tempoh waktu tersebut dikira sebagai solat tahajjud.

Perkara ini ada dinyatakan dalam beberapa buah kitab, antaranya seperti berikut:

1. Kitab Fathul ‘Aziz Syarh al-Wajiz juz. 4 hlm. 149:

[Terjemahan]

Iaitu sesungguhnya solat tahajjud adalah solat setelah tidur. Dikatakan menurut bahasa Arab, ‘Seorang itu telah bertahajjud apabila dia meninggalkan (bangun dari) tidur’. Adapun solat sebelum tidur, maka ia tidak dinamakan solat sunat tahajjud.


2. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyebut dalam kitab Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadis al-Rafi’i juz 2 hlm 106:

[Terjemahan]

Kata Imam al-Rafi’e, ‘Tahajjud adalah solat selepas tidur. Adapun solat sebelum tidur, maka ia tidak dipanggil sunat tahajjud.’

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Khaitamah daripada jalur al-A’raj, daripada Kathir bin ‘Abbas, daripada al-Hajjaj bin ‘Amru katanya, ‘Seorang dalam kalangan kamu menyangka apabila dia berqiamullail lalu mengerjakan solat sehingga subuh bahawasanya dia telah bertahajjud. Sesungguhnya tahajud itu adalah solat selepas tidur, kemudian solat selepas tidur. Demikianlah solat Nabi SAW’

Sanad hadis ini hasan..


3. kitab Hashiyah al-Qalyubi ‘Ala al-Muhalla juz. 1 hlm. 251;

[Terjemahan]

(Sunat mengerjakan solat tahajjud) iaitu melakukan solat sunat walaupun dengan solat witir. Solat witir tersebut dikira witir dan tahajud sepertimana penjelasan yang lalu. Adapun solat fardu walaupun qada atau nazar adalah sama sebagaimana solat sunat.


4. Kitab Hashiyah al-Jamal ‘Ala Syarhi al-Minhaj juz 1 hlm 484;

[Terjemahan]

Antara perkara yang sedia maklum adalah solat tahajud itu tidak ada melainkan setelah tidur sebelumnya dan setelah solat Isyak. Jika seorang itu hanya melakukan solat witir setelah dia tidur, maka solat sunat witir tersebut dikira sebagai tahajjud dan witir. Adapun jika dilakukan solat sunat witir sebelum tidur, maka ia dikira witir sahaja, bukan tahajjud.


5. Kitab Hashiyah al-Bujairimi ‘Ala al-Khatib juz 1 hlm 418:

[Terjemahan]

Solat tahajjud terjadi (juga dikira) dengan solat fardu, sekalipun solat qada atau nazar. Dan dikira juga sebagai tahajjud dengan solat sunat yang terikat dengan waktu walaupun solat sunat Isyak atau sunat witir, jika ia dilakukan setelah solat fardu Isyak dan setelah tidur…

Kesimpulan

Setiap solat yang dilakukan setelah solat fardu Isyak dan setelah terjaga daripada tidur dikira sebagai solat tahajjud — walaupun tidak berniat demikian secara khusus.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

  1. Ustaz Abu Usamah, Mohd Hanapiah Haji Husin, Buku Soal Jawab Fiqh Ibadah (Bab solat, solat musafir, Jenazah, Zakat & Puasa
Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments