Hukum Simpan Daging Korban Melebihi 3 Hari

simpan daging korban

Apakah hukum simpan daging korban melebihi 3 hari?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah harus kita simpan daging korban lebih dari tiga hari kerana ada dengar orang yang kata tidak boleh?


JAWAPAN

Hukum menyimpan daging korban oleh peserta korban adalah harus samada kurang dari tiga hari atau lebih.

Begitu juga orang yang menerima sumbangan daging korban boleh menyimpannya atau memakannya samada orang miskin atau lainnya.

Diriwayatkan dari Buraidah r.a. berkata:

Dulu aku melarang kamu sekelian simpan daging korban lebih dari tiga hari supaya meluaskan untuk orang yang miskin akan tetapi sekarang ini makanlah bahagian kamu dan berilah orang makan dan simpanlah.”

(Hadith Imam Muslim & Ahmad)

Yang afdhal ialah dimakan dengan segera akan daging korban kerana memakan daging korban itu adalah ibadah maka lebih cepat adalah lebih elok.

Akan tetapi harus hukumnya tuan korban menyimpan daging korban untuk dimakan pada masa yang dia kehendaki.

Ada pun daging yang akan dihadiahkan kepada saudara mara dan sahabat handai afdhal dia bahagikan dengan segera.

Dan daging yang hendak disedekahkan kepada orang miskin adalah tidak afdhal disimpan jika wujud orang miskin yang memerlukannya.

Oleh kerana itulah jika dia hendak menyimpan daging korban hendaklah disimpan akan bahagian dirinya sahaja.

Berkata Imam Nawawi :

Dan apabila seorang itu hendak menyimpan daging korban maka yang disunatkan ialah dari bahagian dirinya bukan daripada bahagian sedekah dan hadiah.”

(Kitab Raudah At-Talibin)

KESIMPULAN

Tujuan utama menyembelih korban ialah memakan dagingnya dan memberi orang lain makan.

Yang afdhal ialah makan daging korban dengan segera begitu juga yang afdhal ialah bersedekah dengan segara kerana makan dan sedekah daging korban itu termasuk ibadah yang afdhal disegerakannya.

Akan tetapi jika peserta korban hendak makannya pada masa yang lain maka harus ia menyimpannya walau pun lebih dari tiga hari daripada daging bahagian dirinya bukan menyimpan bahagian sedekah dan hadiah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments