Ragu-Ragu Sudah Baca Fatihah Atau Belum Dalam Solat

ragu baca fatihah

Apakah hukum jika ragu sudah baca fatihah atau belum dalam solat?

Adakah solat terbatal?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Kalau orang yang sembahyang merasa ragu adakah dia sudah baca fatihah atau belum baca bagaimana penyelesaiannya?

Bagaimana pula kalau dia ragu ketika sudah rukuk adakah kena bangun semula baca fatihah?


JAWAPAN

Seorang yang sembahyang seorang diri merasa ragu adakah telah dibaca akan fatihah atau belum dan keraguan itu berlaku sebelum rukuk maka hendaklah dia membacanya kerana hukum yang asalnya dia belum membacanya.

Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi : الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Ertinya: “Bermula yang asal ialah kekal ia atas yang ada ia”

Maksudnya asalnya dia belum membacanya.

Jika berlaku keraguan itu ketika rukuk, maka hendaklah dia bangun kembali dan baca fatihah kemudian rukuk semula kerana rukuk yang pertama itu tidak sah sebab tidak membaca fatihah.

Ini jika dia sembahyang sendirian.

Ada pun jika makmum ragu sebelum rukuk tentang fatihah maka hendaklah makmum tersebut membaca fatihah samada imamnya belum rukuk atau pun telah rukuk dan dimaafkan bagi makmum tersebut ketinggalan dari imam tiga rukun yang panjang.

Berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :

Barang siapa syak ia sebelum rukuk dan selepas imamnya telah rukuk maka adakah membaca ia akan fatihah atau tidak maka wajib atasnya tidak mengikut imamnya kerana membaca fatihah dan dimaafkan bagi makmum ini ketinggalaan tiga rukun yang panjang.”

(Kitab Nihayah Zain)

Maksud rukun yang panjang di sini ialah rukuk dan sujud.

Yakni makmum yang ragu adakah sudah baca akan fatihah atau belum hendaklah membaca fatihah dan tidak mengapa jika imamnya telah rukuk dan makmum masih membaca fatihah.

Begitu juga tidak mengapa makmum belum habis baca fatihah sedangkan imam sudah turun sujud.

Dan juga tidak mengapa jika imam telah sujud yang kedua sedangkan makmum belum habis baca fatihah.

Maka sebelum imam berpindah kepada rukun yang keempat iaitu samada berdiri kepada rakaat yang lain atau duduk tahyat akhir hendaklah makmum itu selesai membaca fatihah dan rukuk maka dapatlah rakaat tersebut bagi makmum.

Tidak mengapa jika imam sedang hendak bangun ke rakaat yang lain atau imam sudah duduk tahyat awal kerana belum dinamakan ketinggalan tiga rukun yang panjang.

Ada pun jika imam sudah berdiri ke rakaat yang lain atau sudah duduk tahiyat akhir sedangkan makmum belum lagi selesai membaca fatihahnya, maka luputlah rakaat tersebut bagi makmum.

Dan hendaklah makmum itu lakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam iaitu jika imam sudah berdiri semula maka makmum hanya berdiri bersama imam.

Dan jika imam sudah duduk tahiyat akhir maka makmum hendaklah turun duduk bersama imam.

Dan selepas imam beri salam hendaklah bangun makmum menambah rakaat yang dia luput tadi.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments