Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.

Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.

Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.โ€

Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.

Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.

Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.

Tersebut pada kitab Fathul Muโ€™in :

Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.โ€

Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.

Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Wallahuaโ€™lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

280 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Terima kasih banyak2 ustaz, maafkan saya sekira banyk soalan yg dilontarkan disebabkan ceteknya ilmu saya.

Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya,
Tadi sy ad urut kaki dan di kaki tersebut ada bekas garukan yg terdapat darah, dan darah tersebut telah kering seperti luka kering yg umum, sy mengurut kaki tersebut menggunakan minyak. Jadi apakah ia menjadi najis yg berpindah,

Jika ianya merupakan najis apakah ianya dimaafkan kerana adik saya telah memijak minyak bekas sapuan di kaki tersebut dan berlari merata2, dan saya rasa ianya telah merebak.

Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, apakah percikan kuah laksa pada baju merupakan najis yg dimaafkan untuk solat?

Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, di rumah sy ada frame khat, dan pada frame tersebut terdapat najis cicak di belakangnya.Sy hendak mencuci frame tersebut tetapi frame tersebut seperti kertas macam tu, jadi sy risau jika jika sy membersihkannya dapat merosakkan pula frame tersebut,

Jadi apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan?

Last edited 10 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, contoh sekiranya kita tersalah baca surah al fatihah pada ayat kelima kita tidak perlu mengulangnya dari awal(ayat1) tapi sekiranya kita sudah menyebutkan amin, dan kita sedar atau rasa tersalah baca pada ayat terakhir, apakah perlu mengulangnya dari ayat terakhir tersebut atau ulang dari ayat pertama(dari awal ayat)?

Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, jadi kena ulang semula ke solat tu???

Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Maaf, mohon bertanya satu soalan lagi, sy lupa solat yg mana.

Dan sy rasa semasa sy ulang bacaan
al fatihah itu, seperti was2 bacaan tidak tepat.

Jadi mcm mana cara nk ulanginya jika mmg salah dan lupa solat yg mana(waktu apa) ?

Last edited 10 bulan yang lalu by Hazeem
1 13 14 15 16 17 22