Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.

Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.

Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.โ€

Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.

Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.

Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.

Tersebut pada kitab Fathul Muโ€™in :

Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.โ€

Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.

Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Wallahuaโ€™lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

280 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sy ada bermain sebuah game yang bernama free fire,
Game tersebut membuat event bertemakan Bulan Ramadhan, tetapi character di dalam game tersebut memijak gambar anak bulan yg dihiasi lampu.

Jadi, apakah ianya seperti menghina islam?

Apakah tidak mengapa memijak gambar anak bulan?

Dan apakah hukum bermain game free fire?

Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, semasa saya sembahyang, sy melipat seluar sy hampir ke lutut, seperti di betis, dan ketika duduk keadaan tahiyat, sy rasa seperti bahagian bawah lutut sy terangkat dikeranakan lipatan seluar tersebut,

Persoalannya, jika ianya terangkat dan seperti tidak menyentuh tempat sujud, apakah dikira sah solatnya?

Last edited 10 bulan yang lalu by Hazeem
Nurul
Nurul
10 bulan yang lalu

Salam ustaz. saya ingin bertanya. jikalau bergerakan tangan dan badan sekali dikira pergerakan besar 1 atau 2?. sebagai contoh, ketika tahiyat akhir, merasakan ada sesuatu mulut dan ingin membuangnya, jadi digerakan tangan ke mulut berserta badan bergerak kedepan sikit untuk memudahkan perkara tersebut berlaku.

Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, beberapa hari yang lalu ketika sy hendak melakukan tadarus
Al Quran, Al Quran tafsir sy brd di bwh

Al Quran yg bukan tafsir,semasa itu sy dlm keadaan tidak berwudhu, jadi sy mengambilnya dengan cara menariknya secara perlahan-lahan tanpa membiarkan
Al Quran bukan tafsir di atas tersebut jatuh(terhempap ke bawah).

Jadi apakah hukumnya?

Saya amat gelisah. Saya tidak ada maksud atau niat untuk menghinanya sama sekali.

Last edited 10 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Terima kasih ustaz, semoga Allah membalas kebaikan ustaz.

Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum, ustaz, sy ingin bertanya
Dalam beberapa hari lepas semasa di sekolah ketika hendak melakukan tadarus Al Quran, Al Quran tafsir saya berada di bawah Al Quran yg bukan tafsir, semasa itu saya tidak ada wudhu, jadi saya mengambil Al Quran tafsir sy yg brd di bwh dengan cara menariknya, tetapi Al Quran bukan tafsir yg berada di atas tersebut saya tidak biarkan ianya terjatuh,sy menarik Al Quran tafsir sy tersebut dngn perlahan-lahan sehingga tidak menyebabkan Al Quran di atas Al Quran tafsir saya jatuh seperti terhempap.

Jadi apakah hukumnya?

Saya sangat gelisah.Saya tidak niat atau maksud untuk menghinanya langsung.

Last edited 10 bulan yang lalu by Hazeem
1 12 13 14 15 16 22