Jenis Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Pergerakan Yang Membatalkan Solat

Apakah jenis pergerakan yang membatalkan solat dan dibenarkan dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Saya masih tidak faham mana satukah pergerakan dalam sembahyang yang membatalkan dan yang dimaafkan.

Minta ustaz jelaskan. Terima kasih.


JAWAPAN:

Antara perbuatan yang membatalkan solat ialah bergerak anggota berat sebanyak tiga kali berturut-turut atau sekali sahaja perbuatan yang melampau yang menyebabkan hilang rupa orang yang sedang solat walau pun sebab terlupa.

Dan yang keempat ialah bergerak orang yang solat dengan satu gerakan yang melampau atau tiga gerakkan yang berturut-turut samada ia sengaja atau lupa atau jahil.โ€

Contohnya sekali gerakan yang melampau itu ialah sekali melompat maka batal solatnya walau pun bukan ia sengaja seperti melompat kerana terkejutkan cicak yang jatuh di atas kakinya kerana tiada lagi rupa orang yang sedang melakukan solat.

Dan contoh tiga gerakan berturut-turut itu seperti seorang yang menggaru kaki kanannya dengan kaki kirinya tiga kali gerakan atau membetulkan kopiahnya dengan tiga kali angkat berturut-turut angkat.

Jika gerakan tersebut tidak berturut turut seperti pada rakaat pertama dia membetulkan kopiahnya dengan tangan dan pada rakaat keduanya dia mengambil kopiiahnya yang jatuh dan pada rakaat ketiga dia membetulkan lagi kopiahnya itu maka tidak batal solatnya walau pun hilang pahala khusyuknya.

Dan gerakan yang tidak membatalkan solat ialah gerakan yang sedikit atau gerakan yang ringan seperti menggerakkan jarinya atau kelopak matanya atau lidahnya.

Tersebut pada kitab Fathul Muโ€™in :

Tidak batal solat dengan sebab gerakan yang ringan sekali pun banyak dan berturut-turut bahkan makruh hukumnya seperti menggerakkan satu jari atau segala jari pada menggaru serta tidak bergerak tapak tangannya atau kelopak matanya atau bibirnya atau zakar atau lidah kerana sungguhnya ia mengikut bagi tempatnya yang kekal seperti jari-jarinya.โ€

Gerakan sedikit seperti kepala bergerak ketika membaca maka tidak membatalkan solat kerana gerakan tersebut adalah sedikit.

Dan contoh gerakan anggota berat yang sedikit tidak membatalkan itu ialah bergerak dua tangannya selepas berdiri dari rukuk kepada iktidal.

Begitu juga jika menggerakkan jari sekalipun berturut-turut kerana jari adalah anggota yang ringan maka tidak batal solat sebab menggaru dengan jari berulang-ulang dengan syarat hanya jari yang bergerak bukan tapak tangannya.

Ada pun jika tapak tangan bergerak sama ketika menggaru itu tiga kali berturut-turut maka batal solatnya kerana tapak tangan adalah anggota yang berat.

Akan tetapi jika mengerakkan jari dengan tujuan bermain-main maka batal solatnya sekalipun jari itu adalah anggota yang ringan kerana orang yang niat bermain adalah orang yang tidak lagi berniat untuk solat.

Wallahuaโ€™lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

guest

280 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Hazeem
Hazeem
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya, bila dalam keadaan sujud, apkh perlu membengkokkan kesemua jari kaki,kerana ketika sy sujud jari yg paling kecil di hujung kadg2 tk sampai nk bengkok, kalau nk bagi bengkok kena sengitkan kaki betul2 baru blh.

Jadi apakah solat sy tersebut, dan selama ini tidak sah?

Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

Terima kasih bnyk ustaz.

Hazeem
Hazeem
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sy nk tny, tadi semasa saya sembahyang asar di masjid,alarm telefon sy brbunyi, dan saya hendak off telefon sy dengan tngn ke dalam poket seluar, akan tetapi sy risau ia akan menjadi pergerakan 3 kali berturut-turut, jadi sy keluar dari SAF dan off telefon, selepas itu imam sudahpun rukuk, jadi saya pergi masuk semula ke dalam SAF yg tadi, dan ikut rukuk,tanpa tambah rakaat, kerana setahu sy jika kita sempat rukuk, maka tidak perlu tmbh rakaat kerana ianya dikira sebagai rakaat.

Apakah pandangan ustaz mengenai hal ini?

Saya amat takut, saya melakukan kesalahan.

Tolong dibalas dengan segera, sy amat risau.

Last edited 11 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, jadi apakah pilihan saya untuk meninggalkan SAF berdosa?

Hazeem
Hazeem
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, sy nk tny apakah hukum meletakkan Al Quran yg berada dalam beg sekolah di lantai/jalan di tapak perhimpunan semasa menyanyikan lagu negaraku, apakah hukumnya?Saya amat risau apakah ianya berdosa atau tidak.

Tolong dijelaskan, saya sangat was2 dengan perihal tersebut.

Last edited 11 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
11 bulan yang lalu

Terima kasih, tuan

Hazeem
Hazeem
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, berdasarkan soalan ke2 sy,hukumnya sah ka solatnya jika bahagian bawah jari tidak kena tmpt sujud?

Dan untuk soalan ke 3 pula jika menggerakkan anggota berat tiga kali berturut-turut untuk memperbaiki posisi solat sy, kerana keperluan, apakah dikira sah solatnya?

Sy minta maaf untuk soalan diatas, kerana sy masih kurang faham akan jawapannya.

Last edited 11 bulan yang lalu by Hazeem
Hazeem
Hazeem
Reply to  Muhamad Naim
11 bulan yang lalu

Alhamdulillah, sudah faham, terima kasih banyak2 tuan.

Hazeem
Hazeem
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum, ustaz sekiranya menjadikan bekas jem makanan sebagai tempat membuang rokok beserta habunya dan kahak dengan bekas tersebut ada logo halal bertulisan jawi, apakah berdosa?

Last edited 11 bulan yang lalu by Hazeem
1 11 12 13 14 15 22