Hukum Orang Yang Sedang Berhadas Tulis Ayat Quran

Orang berhadas tulis ayat quran

Apakah hukum oran yang sedang berhadas tulis ayat Quran?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada satu soalan yaitu kalau seorang yang sedang berhadas besar adakah harus dia menulis ayat Quran?


JAWAPAN

Hukum seorang yang sedang berhadas besar itu menulis Quran adalah harus jika ketika menulis itu dia tidak menyentuh akan ayat Quran yang ditulisnya menurut pendapat yang sahih.

Ada pun jika ketika menulis itu dia menyentuh akan ayat Quran maka hukumnya adalah haram.

Berkata Imam Nawawi :

إذا كتب المحدث أو الجنب مصحفا إذا كان يحمل الورقة أو يمسها حال الكتابة فهو حرام وان لم يحملها ولم يمسها, ففيه ثلاثة أوجوه: الصحيح جوازه, والثاني تحريمه, والثالث يجوز للمحدث ويحرم على الجنب.

Apabila seorang yang berhadas kecil atau junub menulis akan Al-Quran yang dia membawa akan helaian Quran atau menyentuhnya pada ketika menulis maka yaitu haram.

Dan jika dia tidak membawanya dan tidak menyentuhnya maka padanya ada tiga pendapat iaitu pendapat yang sahih ialah harusnya dan pendapat yang kedua ialah haram dan pendapat yang ketiga ialah harus bagi yang berhadas kecil dan haram atas yang junub.”

(Kitab At-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran)

Kesimpulannya harus seorang yang berhadas menulis ayat Quran dengan syarat dia tidak menyentuh akan ayat yang ditulisnya dan dia tidak membawanya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari akuislam.com melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments