Kaedah Menguruskan Uri Bayi Dalam Islam

Menguruskan Uri Bayi

Bagaimana cara menguruskan uri bayi?

Ini adalah panduan lengkap mengenai kaedah menguruskan uri bayi dalam Islam.

Apa yang menarik:

Kaedah ini akan ditunjukkan secara langkah demi langkah (bergambar)

Mari kita mulakan..

Apakah Maksud Uri?

Uri disebut al-Mashimah dalam bahasa Arab.

Uri atau dikenali juga sebagai sebagai plasenta adalah sesuatu yang keluar sesudah bayi dilahirkan.

menguruskan uri bayi

Uri adalah satu organ yang bersambung dengan tali pusat yang berfungsi sebagai alat yang membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi di dalam kandungan.

Dalam Islam, uri adalah suci (bukannya najis) dan tidak boleh dijual atau diperdagangkan.

Oleh sebab itu, uri perlu ditanam dan diuruskan dengan cara yang baik.

Rasulullah bersabda:

Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Nabi SAW telah menyuruh untuk menanam tujuh perkara daripada (anggota badan) manusia; rambut, kuku, darah, darah haid, gigi, uri dan kulup

(Hadis marfuk. Rujuk ar-Raafie, at-Tadwin fi Akhbar Qazwin)

Hukum Menanam Uri

Hukum menanam uri bayi adalah harus atas tujuan menjaga kebersihan dan kesucian uri tersebut dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tujuan Menanam Uri

Uri perlu dibersihkan dan ditanam supaya tidak digonggong dan dimakan oleh haiwan dan sebagai satu fitrah dalam menghormati tubuh badan manusia yang merupakan sebahagian daripada anggota badan manusia yang dicipta oleh Allah SWT.

Cara Membersihkan Dan Menanam Uri

Cara membersihkan uri adalah cukup dengan sekadar uri tersebut dibasuh dengan air bersih dan kemudian ditanam dengan baik agar tidak dihidu oleh binatang seperti kucing dan anjing.

Namun, terdapat masyarakat melayu yang membasuh uri dengan menggunakan asam dan garam.

Hukumnya adalah harus bagi menghilangkan bau untuk mengelakkan daripada dihidu oleh kucing dan anjing.

Berikut adalah kaedah yang dikongsikan oleh Tuan Azlannor Fadzilah, yang pernah dikongsikan oleh laman The Vocket:

1. Barang penting untuk uruskan uri bayi

Menguruskan Uri Bayi

Ada 3 perkara utama di sini:

  1. Uri
  2. Garam
  3. Asam Jawa
  4. Kain putih

2. Keadaan bungkusan uri dari hospital

Menguruskan Uri Bayi

Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.


3. Kita mulakan cara basuh uri

Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.


4. Apa nak baca masa basuh uri?

Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.


5. Lebih mudah basuh dalam besen

Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.


6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain

Ambil sedikit garam dan asam jawa.


7. Bagaimana nak buat?

Letakkan garam dan asam jawa pada uri.


8. Kemudian…

Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.


9. Dah selesai, kena bilas

Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.


10. Masa untuk bungkus uri

Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.


11. Hamparkan kertas hijau kalis air dan kain putih

Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.


12. Masa untuk balut uri

Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.


13. Langkah seterusnya

Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.


14. Balut uri dengan kain putih

Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.


15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air

Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.


16. Langkah seterusnya, gali lubang

Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.


17. Berapa dalam lubang kena gali?

Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.


18. Dan akhirnya

Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.


19. Selesai

Timbus tanah dan pijak sehingga rata.


20. Jangan lupa letak tanda

Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya

Menjauhi Perkara-Perkara Khurafat dan Tahyul

Masih terdapat masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang masih mengamalkan kepercayaan karut dan khurafat berkenaan uri dan cara pengurusannya.

Antara amalan yang selalu dilakukan adalah:

  • Menanam uri bersama pensel dan buku agar bayi tersebut menjadi bijak dan pandai.
  • Menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbang bayi itu akan kesejukan pada waktu malam.
  • Menanam uri bersama duit syiling agar suatu hari nanti anak tersebut akan menjadi kaya.
  • Meletakkan lilin atau pelita di kawasan uri yang ditanam dengan keyakinan supaya bayi tersebut tidak akan kembung perut pada sebelah malam atau ketika hujan.
  • Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam bagi mengelakkan uri tersebut daripada makhluk-makluk halus.

Kesimpulan

Sebagai muslim yang beriman kepada Allah dan rasulNya maka kita perlulah menjauhi perkara-perkara tahyul dan khurafat yang boleh menjerumuskan kita kepada syirik kepada Allah SWT.

Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.

(Surah an-Nisa’ ayat 48)

Justeru itu, lakukan sesuatu perkara berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyekutukan Allah SWT.

Semoga panduan menguruskan uri bayi ini memberi manfaat kepada anda!


Rujukan:

1. Allahyarham Ust Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat (Modul Fardu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat

2. 20 Langkah Cara Basuh Dan Tanam Uri Bayi Untuk Rujukan Para Ayah, The Vocket

3. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-205 : HUKUM MENANAM URI DI TEMPAT YANG TERTENTU

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
zul
zul
7 bulan yang lalu

Ada bacaan khusus tak semasa proses pembersihan uri ?

zul
zul
Reply to  Muhamad Naim
6 bulan yang lalu

terima kasih. info yang sangat puas hati.

Muhammad Mustakhim
Muhammad Mustakhim
2 tahun yang lalu

Terima kasih..ianya sangat2 membantu saya