Cara Wuduk Bagi Orang Penyakit Kentut Berterusan

kentut berterusan

Bagaimana cara wuduk dan solat bagi orang yang ada penyakit kentut berterusan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Bagaimana cara mengambil wuduk bagi seorang yang berpenyakit sentiasa keluar angin kerana hendak menunaikan solat?


JAWAPAN:

Orang yang berpenyakit sentiasa keluar angin hendaklah menunggu waktu yang berhenti dari keluar angin sekira-kira muat masa tersebut baginya untuk mengerjakan solat dan solat ia pada waktu tersebut.

Contohnya jika biasanya selepas setengah jam dari masuk waktu subuh angin yang keluar akan berhenti keluar maka hendaklah dia menunggu setengah jam selepas masuk waktu untuk bersuci dan menunaikan solat.

Akan tetapi jika tiada masa berhenti keluar angin bahkan keluar angin itu sepanjang waktu solat maka hendaklah dia berbuat seperti berikut:

  1. Tunggu masuk waktu solat
  2. Bersuci
  3. Kerjakan Solat

Ketika dia mengerjakan solat angin yang keluar daripadanya tidak membatalkan solatnya kerana diberi kelonggaran hukum kerana keadaannya dalam masyaqah iaitu kesukaran.

Dia boleh mengerjakan sebanyak mana solat sunat sebanyak yang dia mahu selagi tidak berhadas dengan hadas selain keluar angin.

Jika berhadas dengan selain hadas keluar angin maka hendaklah dia mengambil wuduk yang baru.

Orang yang sentiasa kentut ini sah solat dirinya tetapi tidak boleh menjadi imam kepada makmum yang sihat melainkan semua makmum berpenyakit sentiasa kentut seperti imam.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, Adakah kadar kentut contohnya setiap kali berwudu pasti akan kentut hingga 5 kali anggaran tidak tahu kenapa biasanya kerana belum buang air besar tetapi tidak buang air besar pun masih kentut dan sukar menjaga wudu untuk 1 waktu solat , itu termasuk dalam orang yang masyaqqah? Bolehkah ambik pendapat kedua dimana ambil wudu , dan bersolat , kemudian kalau kentut , solat itu masih sah ? , dan saya nak tanya kalau cara ini digunakan contohnya kita ambik wudu sebelum subuh , dan dah masuk waktu subuh kita bersolat , tetapi hujungnya kentut , adakah sah solat itu untuk orang yang masyaqqah ini?

Rumaizah Binti Kemin
Rumaizah Binti Kemin
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum.ustaz/ustazah.jika mengalami kerap kentut disebabkan penyakit apa hukum wuduknya kerana sebelum,ketika wuduk dan selepas wuduk kentut tetap keluar.Bagai mana wuduk seseorang dan Cara mengatasinya.ini kerana tidak tahu bila masanya kentut itu berhenti.bolehkah diteruskan wuduk tersebut walau dalam keadaan kentut terus keluar.

Azie
Azie
Reply to  Rumaizah Binti Kemin
3 tahun yang lalu

Saya pun mengalami masalah yang sama spt d atas