Apakah maksud kaffarah puasa?
Dan bagaimana kaedah membayar kaffarah jika melakukan persetubuhan di siang hari Bulan Ramadan?
Artikel ini akan menerangkan secara khusus definisi kaffarah, golongan yang dikecualikan dari kaffarah dan turutan kafarah puasa.
Semoga membantu..
Definisi Kaffarah
Apakah maksud kaffarah?
Secara mudahnya, kaffarah bermaksud denda.
Definisi kaffarah dari segi bahasa adalah — kafarah berasal daripada kalimah al-Kufr (الكُفْر) yang bermaksud al-Satr (السَتْر) iaitu menutup.
Dari segi istilah pula adalah; “Suatu harta atau puasa yang diwajibkan dengan syarat-syarat tertentu”
Siapakah Yang Dikenakan Kaffarah?
Diwajibkan kafarah ke atas lelaki dewasa yang sengaja membatalkan puasa Ramadan secara yakin dengan melakukan persetubuhan yang diharamkan kerana berpuasa.
Persetubuhan ini dilakukan sama ada dengan ikatan perkahwinan yang sah (jimak) atau tidak sah (zina).
Termasuk dalam hukum ini golongan yang bersetubuh dengan lelaki (gay), perempuan, binatang, mayat ataupun secara liwat, sekalipun tidak keluar air mani.
Lelaki tersebut akan dikenakan empat hukuman, iaitu:
- Batal puasanya
- Dia berdosa
- Dia wajib qadha puasa
- Dia wajib dikenakan kaffarah
Golongan Yang Dikecualikan Dari Kaffarah
Tidak diwajibkan kaffarah ke atas beberapa golongan seperti berikut:
- Wanita yang dijimak termasuk diliwat.
- Orang yang lupa, jahil dan orang yang dipaksa.
- Orang yang menyangka jimaknya berlaku pada waktu malam kemudian ternyata sebaliknya.
- Orang yang berpuasa nazar, kaffarah dan qada.
- Orang yang berpuasa dengan berijtihad dan tidak dapat dipastikan kesahihan ijtihadnya.
- Orang yang syak pada puasanya seperti hari yang ke-30 Syaaban.
- Orang yang menyangka terbenam matahari kemudian ternyata sebaliknya.
- Orang yang membatalkan puasa dengan selain jimak.
- Kanak-kanak yang belum baligh.
- Orang yang diharuskan berbuka puasa seperti bermusafir atau sakit.
Tidak dikenakan kaffarah bagi orang yang musafir atau sakit jika berlaku jimak dalam keadaan tersebut.
Tetapi jika melakukan jimak dahulu, kemudian baru bermusafir atau datang sakit, maka tidak gugur kaffarah.
Turutan Kaffarah
Kaffarah bagi Puasa Ramadan dilakukan dengan mengikut turutan berdasarkan kemampuan.
Kaffarah ini bukan satu pilihan, tetapi ia wajib mengikut turutan.
Jika tidak mampu melaksanakan yang pertama, barulah dibolehkan untuk berpindah kepada turutan seterusnya.
Turutan tersebut ialah seperti berikut:
Pertama: Membebaskan Hamba
Disyaratkan hamba yang hendak dibebaskan itu empat perkara:
- Islam
- Sejahtera daripadanya cacat jelas yang mengganggu kemampuan bekerja
- Hanya tertentu dengan niat kaffarah sahaja, maka tidak sah merdeka hamba yang digabungkan dengan niat kaffarah jimak dengan kaffarah sumpah.
- Hendaklah hamba yang ingin dimerdekakan itu layak untuk dibebaskan, bukan hamba mukatab [1] atau mustauladah [2]
Kedua: Berpuasa Dua Bulan Berturut-Turut
Yang dimaksudkan disini ialah bulan hijrah, walaupun hanya 29 hari.
Puasa ini hanya dikenakan kepada suami sahaja.
Hal ini bagi individu yang memulakan puasanya pada 1 haribulan.
Tetapi jika mula berpuasa selepas 1 haribulan, maka hendaklah dicukupkan bilangannya menjadi 30 hari.
Luput perbuatan berturut-turut jika meninggalkan puasa walaupun sehari sekalipun ia hari yang terakhir. — Ini bermakna jika dia meninggalkan puasa walaupun sehari, seluruh puasa kaffarahnya batal dan harus dimulakan semula.
Ketiga: Memberi Makan 60 Orang Miskin
Yang dimaksudkan disini ialah memberi pemilikan satu mud (cupak) daripada makanan jenis bijian (makanan ruji) kepada 60 orang miskin atau fakir yang layak menerima zakat dengan kadar satu cupak bagi setiap orang.
Sukatan satu cupak adalah bersamaan 700 gram ±
Berbilang kaffarah dengan berbilangnya hari yang dibatalkan puasa dengan jimak.
Jika seseorang itu tidak mampu melaksanakan kesemuanya, maka kaffarah itu menjadi tanggungannya sehingga dia mampu melaksanakan salah satu daripada kaffarah tersebut berdasarkan turutan yang telah disebutkan.
Lafaz Niat Puasa Kaffarah
Kaffarah hendaklah dilaksanakan pada mana-mana hari di luar Bulan Ramadan.
Puasa dua bulan berturut-turut ini hanya untuk lelaki sahaja.
Lafaz niatnya adalah:
Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah Taala
Oleh kerana puasa kaffarah termasuk dalam puasa yang wajib, niatnya hendaklah dilakukan pada waktu malam sebelum itu.
Isu & Persoalan Lazim Mengenai Kaffarah Puasa
Berikut adalah dikumpulkan beberapa persoalan lazim berkaitan kaffarah Ramadan
Jika dia melakukan dua kali persetubuhan selama dua hari, dia akan dikenakan dua kali kaffarah.
Jika dia melakukan tiga kali persetubuhan pada siang hari Ramadan, dia dikenakan tiga kali kaffarah. Begitulah seterusnya.
Tetapi jika dia melakukan beberapa kali persetubuhan dalam sehari, kaffarahnya hanya sekali sahaja.
Yang dikira ialah bilangan hari, bukan kekerapan melakukannya dalam sehari.
Kaffarah hanya akan dikenakan sekali sahaja seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Puasanya batal dan wajib qadha, tetapi dia tidak dikenakan kaffarah.
Tidak wajib kaffarah ke atas mereka semua.
Puasanya tidak sah tetapi tidak wajib kaffarah ke atasnya.
Tidak wajib kaffarah ke atasnya.
Dia tidak wajib dikenakan kaffarah kerana kaffarah hanya dikenakan jika seseorang itu membatalkan puasanya dengan semata-mata bersetubuh.
Dia berdosa kerana perbuatannya bersetubuh pada siang hari Ramadan tetapi dia tidak dikenakan kaffarah.
Tidak. Ia hanya dikenakan kepada lelaki sahaja kerana sudah pasti perempuan tidak boleh berpuasa dua bulan berturut-turut.
Boleh. Duit itu juga boleh diserahkan kepada Baitul Mal atau Lembaga Zakat Negeri. Merekalah yang akan menguruskannya untuk diberikan kepada para asnaf.
Boleh. Apa yang penting, beras atau duit itu adalah milik kita, bukan duit orang lain.
Jika ia ditangguhkan sehingga masuk Ramadan tahun seterusnya, maka dia wajib mengqadha sehari puasanya dan membayar secupak fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.
Tidak boleh kerana anak yatim tidak semestinya orang miskin kerana ada di kalangan mereka yang kaya dan berharta.
Akan tetapi, jika anak yatim tersebut memang tergolong dalam keluarga yang fakir dan miskin, barulah mereka boleh menerima beras atau duit kaffarah tadi (Bukan kerana mereka anak yatim, tetapi kerana kefakiran atau kemiskinan mereka).
Oleh kerana orang yang berhak menerima fidyah atau kaffarah hanyalah orang fakir atau miskin, maka membayarnya kepada anak yatim tidak harus atas dasar keyatimannya semata-mata, tetapi hendaklah atas dasar kemiskinannya jika benar dia miskin.
Penutup
Semoga panduan ini memberikan pencerahan kepada para pembaca.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh tinggalkan pertanyaan tersebut pada ruangan komen di bawah.
InsyaaAllah saya akan cuba membantu menjawab setiap komen yang ditinggalkan.
Nota Kaki
[1] Hamba yang membuat perjanjian dengan tuannya untuk menebus dirinya
[2] Hamba perempuan yang disetubuhi tuannya dan mendapat anak daripadanya
Tinggalkan Komen Anda..
Bolehkan korek telinga ketika berpuasa
Mengorek telinga semasa berpuasa, terutamanya jika hanya dilakukan di bahagian luar dan tidak mencapai rongga dalam, tidak membatalkan puasa.
Ini kerana tiada dalil khusus yang menyatakan bahawa mengorek telinga dapat membatalkan puasa.
Dalam Islam, perbuatan yang boleh membatalkan puasa adalah perbuatan yang secara jelas dinyatakan dalam dalil, seperti makan, minum, atau berhubungan intim.
Oleh itu, tanpa adanya dalil yang jelas, mengorek telinga tidak dianggap sebagai perbuatan yang membatalkan puasa.
Aslm ustaz, apakah dikenakan kaffarah bagi orang yang melanggar nazarnya tetapi dia jahil(tidak tahu) bahawa dia harus membayar denda jika melanggar nazarnya itu.
Dalam konteks Islam, apabila seseorang melanggar nazarnya tetapi dalam keadaan jahil (tidak mengetahui) bahawa mereka perlu membayar denda atau kaffarah untuk pelanggaran tersebut, prinsip asas dalam Islam adalah keberatan dan tanggungjawab dikaitkan dengan pengetahuan dan kesedaran.
Berdasarkan panduan syariah, jika seseorang bernazar untuk melakukan sesuatu dalam ketaatan kepada Allah dan kemudian tidak dapat menunaikannya, mereka diwajibkan untuk membayar kaffarah sebagai ganti dari nazarnya yang tidak terpenuhi.
Kaffarah untuk melanggar nazar termasuk memberi makan kepada sepuluh orang miskin, memberikan pakaian kepada mereka, membebaskan seorang hamba (jika mungkin), atau berpuasa selama tiga hari jika tidak mampu melakukan pilihan lain .
Assalamualaikum.
Mohon pencerahan
Waalaikumsalam.
1) Dalam situasi tersebut, jika pasangan yang belum berkahwin berjimak di bulan puasa dan mereka tidak mengetahui tentang hukum dan konsekuensinya, mereka dianggap dalam keadaan jahil (tidak tahu).
Dalam Islam, prinsip yang digunakan adalah bahwa seseorang tidak akan dikenakan hukuman jika mereka melakukan sesuatu tanpa pengetahuan atau kesalahan yang tidak disengaja.
Namun, adalah penting bagi mereka untuk mendapatkan pengetahuan dan memahami hukum dan tatacara dalam agama Islam. Dalam situasi seperti ini, disarankan agar mereka mencari pengetahuan dan berusaha untuk memperbaiki kesalahan mereka di masa depan.
2) Bagi pasangan yang berzina dan telah melampaui masa 10 tahun tanpa membayar kaffarah atau qada puasa, mereka masih bertanggung jawab untuk melaksanakan kewajiban tersebut.
Dalam hal ini, adalah penting bagi mereka untuk memperbaiki keadaan dan memenuhi kewajiban yang ada.
Bagi point number 2, bagi pasangan tersebut yang dahulunya berzina(10 tahun dahulu) tapi sudah sekarang sudah berkahwin, bagaimanakah kiraan kaffarah dan qada puasa bagi mereka kerana ketika perbuatan mereka itu 10 tahun lalu, mereka tidak menegtahui mengenai hukum/hakam ini.
Kaedah bayaran kaffarahnya adalah sama seperti yang dibincangkan di atas, bayaran tetap dan tidak dikenakan fidyah. Mengikut mazhab syafie, orang tersebut tetap perlu bayar kaffarah walaupun baru tahu kerana dia dianggap bertanggungjawab terhadap dirinya.
Bagaimana pulak dengan puasa? Adakah memadai dia hanya perlu membayar kaffarah bagi 10 tahun yang tertangguh itu?Masih perlu ganti puasa bg 10 tahun yang lalu?
Pertanyaan bagi jawapan soalan 1, jika tidak tahu maka selepas tahu adakah mereka (pasangan belum berkahwin) perlu membayar kaffarah? atau sekarar ganti puasa?
@Zizi
Setelah pasangan yang belum berkahwin menyedari kesalahan mereka (berjimak di bulan puasa) dan memahami hukumnya dalam Islam, mereka diwajibkan untuk mengambil beberapa langkah berikut:
1. Taubat Nasuha. Mereka harus bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang sebenarnya, yang mencakupi perasaan menyesal atas perbuatan yang telah lalu, menghentikan perbuatan tersebut, dan berazam untuk tidak mengulangi lagi di masa depan.
2. Qada’ Puasa. Mereka perlu mengganti puasa pada hari yang mereka tinggalkan akibat perbuatan tersebut. Ini adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan sebagai bentuk pertanggungjawaban atas pelanggaran puasa Ramadhan.
3. Membayar Kaffarah. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk membayar kaffarah, yang merupakan denda untuk pelanggaran serius tersebut. Menurut mazhab Syafie, kaffarah untuk pelanggaran seperti ini adalah membebaskan seorang hamba (yang tidak lagi relevan pada zaman sekarang), atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau memberi makan enam puluh orang miskin untuk setiap hari puasa yang dilanggar.
Penting untuk diingat bahawa langkah-langkah ini harus dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk memperbaiki kesalahan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Proses taubat dalam Islam menunjukkan betapa luasnya rahmat dan pengampunan dari Allah SWT, dan setiap Muslim diingatkan untuk selalu berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kepatuhan mereka terhadap hukum-hukumNya.
Wallahu a’lam.
As Salam,
1) Saya tidak jelas soalan yang pertama, adakah maksud soalan ini lelaki tersebut bersetubuh dengan perempuan yang tidak dinikahinya?
2) Kalau tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut, maka boleh beri makan 60 orang fakir miskin
Iya benar. Lelaki tersebut belum bernikah, tetapi melakukan persetubuhan di siang hari atas sebab tidak tahu bahawa hukum bersetubuh siang hari akan dikenakan denda puasa 2 bulan berturut-turut. Dia bersangka hukuman tersebut hanya dikenakan kepada suami isteri. Walhal, ia dikenakan kpd semua golongan. Adakah dia perlu berpuasa 2 bulan berturut-turut juga? Atau dia tergolong dalam kalangan orang yg jahil tentang hukum?
Maaf saya baru dapat respons.
Untuk menjawab soalan saudara, ya dikenakan kaffarah bagi orang yang berzina di Bulan Ramadan (jika dia termasuk dalam golongan yang wajib berpuasa).
Namun jika dia jahil, tidak dikenakan kaffarah terhadapnya. Cuma kena ganti puasa mengikut hari yang terbatal itu.
Kalau tak keberatan, boleh tak saya dapatkan nombor untuk saya berhubung? Laman ni pon jarang saya buka. Lebih mudah kalau dapat bertanya di Whatsapp
Boleh hubungi saya melalui emel, [email protected]
2bulan Islam yang boleh buat puasa kaffarah?
Ya mengikut bulan islam (hijrah)
Jika suami dan si isterinya berjimak di siang hari pada bulan ramadhan , namun kemaluan suami tidak masuk ke dalam si isteri kerana si isteri sedang haid , si suami hanya mencumbui si isteri tetapi ada perasaan ghairah di situ serta keluar air mani suami , adakah di kenakan khafarrah ? Mohon penjelasan .
As Salam,
Tidak kena kaffarah sebab tidak berlaku jimak. Kaffarah hanya dikenakan bila benar-benar terjadi jimak iaitu tenggelam sekurangnya kepala zakar dalam faraj isterinya sekalipun sesaat sahaja dan sekalipun tidak keluar mani.
Tidak wajib kafarah jika selain kemaluan seperti pada mulut atau seumpamanya. Dan begitu juga tidak wajib kafarah dan tidak membatalkan puasa dengan hanya bersentuh zakar dan faraj.
Dan juga tidak wajib kafarah dengan memasukkan selain zakar seperti jari atau seumpamanya.
Semoga membantu dan jelas akan perkara ini.
Boleh kah puasa kafarah sekali dengan puasa sunat bulan Rejab?
Boleh
Salam..utk yg kafarah memberi kpd 60 org fakir miskin sebanyak rm10 ringit seorang mknanya rm 600 la semuanya..soalan sy klu d beri mengikut kemampuan kita boleh kah..cthnya sebulan rm100 sehingga habis rm600 mknanya selama 6 bulan..mohon pencerahan