Jamak dan Qasar Dalam Perjalanan Yang Melalui Beberapa Lokasi

Apakah hukum melakukan jamak & qasar dalam suatu perjalanan yang melalui beberapa lokasi?

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin.

Semoga bermanfaat kepada semua umat Islam InsyaAllah.

SOALAN

Kalau niat safar ke dua lokasi yang mana jarak lokasi A ke lokasi B adalah 50km, kemudian lokasi B ke lokasi C adalah 45km yang menjadikan total safar (A ke B ke C) adalah 95km. Tetapi jika dari lokasi A ke lokasi C terus tanpa ke lokasi B, jaraknya hanya 60km. Boleh jamak qasar dalam situasi di atas ustaz?

JAWAPAN

1. Perjalanan 95 kilometer adalah sebuah perjalanan yang jauh yang mengharuskan jamak qasar.

Namun jika dia ingin berhenti selama 4 hari ke atas pada tempat yang sebelum destinasi akhir sedangkan jarak antara kampungnya kepada destinasi yang ingin disinggahinya itu dan antara destinasi yang ingin disinggah itu kepada destinasi akhir masing-masing tidak cukup dua marhalah, maka tidak boleh dia melakukan jamak qasar dalam perjalanan tersebut, kerana perjalanannya itu tidak bersambung hingga cukup dua marhalah.

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj 1/523:

ولو نوى قبل خروجه إلى سفر طويل إقامة أربعة أيام في كل مرحلة فلا قصر له لانقطاع كل سفرة عن الأخرى

“Jika dia berniat, sebelum berangkat keluar kepada permusafiran yang jauh, untuk tinggal selama empat hari pada setiap satu marhalah (41 kilometer lebih kurang), dia tidak boleh qasar solat, kerana setiap satu perjalanan terputus dengan satu perjalanan yang lain.”

2. Berbeza jika dia berhenti sekejap tidak sampai 4 hari pada tempat sebelum destinasi akhir, maka dia masih boleh mengerjakan solat jamak qasar dalam permusafiran itu, kerana permusafirannya itu bersambung cukup 2 marhalah.

3. Kemudian, sekiranya ada jalan dekat (tidak sampai 2 marhalah) dan ada jalan jauh (sampai 2 marhalah) untuk menuju ke satu destinasi akhir, kemudian dia memilih jalan jauh kerana ada tujuan tertentu, maka boleh dia melakukan solat jamak qasar dalam permusafiran itu.

4. Berbeza jika pemilihan jalan yang jauh itu tanpa sebarang tujuan, maka tidak boleh dia melakukan jamak qasar pada permusafiran itu.

Dalam kitab Mughni al-Muhtaj 1/523:

(ولو كان لمقصده) بكسر الصاد كما ضبطه المصنف بخطه (طريقان طويل) يبلغ مسافة القصر (وقصير) لا يبلغها (فسلك الطويل لغرض) ديني أو دنيوي ولو مع قصد إباحة القصر (كسهولة) للطريق (أو أمن) أو زيارة أو عيادة أو للسلامة من المكاسين أو لرخص سفر ولو كان الغرض تنزها (قصر) لوجود الشرط وهو السفر الطويل المباح

Terjemahan:

“Sekirannya tempat yang ditujunya itu ada dua jalan: jalan jauh cukup dua marhalah dan jalan dekat tidak cukup dua marhalah, kemudian dia melalui jalan jauh kerana ada tujuan yang berkait dengan agama ataupun berkait dengan dunia walaupun ada bersamanya tujuan untuk mengharuskan solat qasar…,maka boleh dia qasar solat, kerana telah ada syarat qasar iaitu perjalanan jauh yang harus.”

والله أعلم بالصواب

Abu Usamah Mohd Hanapiah bin Hj Hussin (Facebook)

Bacaan Lanjut

Boleh lihat panduan lengkap mengenai Solat jamak & Qasar pada pautan ini: NIAT & CARA SOLAT JAMAK QASAR (Panduan Lengkap)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments