Apakah hukum mengamalkan baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali selepas solat?
Adakah hadis mengenai perkara ini?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSaya selalu mengamalkan baca surah qulhuwallah selepas memberi salam sembahyang dan yang saya tahu amalan ini akan mendapat syurga dan saya tahu tentang amalan ini bila dengar seorang ustaz mengajar di sebuah masjid. Adakah hadith berkenaan amalan ini ustaz?
JAWAPAN
Berkenaan amalan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sebelas kali selepas solat fardu ada diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulul lah saw bersabda :
ثَلَاث من كن فِيهِ أَو وَاحِدَة مِنْهُنَّ فليتزوج من الْحور الْعين حَيْثُ شَاءَ رجل ائْتمن على أَمَانَة فأداها مَخَافَة الله عز وَجل وَرجل خلى عَن قَاتله وَرجل قَرَأَ فِي دبر كل صَلَاة قل هُوَ الله أحد عشر مَرَّات
Tiga perkara siapa yang melakukannya atau melakukan salah satu daripadanya maka akan dikahwinkan dia dengan biadari syurga sekira yang ia mahu yaitu seorang yang diberikan amanah lalu dia tunaikan amanah itu kerana takut akan Allah Azza Wa Jalla dan seorang yang memaafkan orang yang membunuhnya dan orang yang membaca pada belakang setiap sembahyang maktubah akan Qul Huwallahu Ahad sebanyak sebelas kali.”
Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Kabir dan Imam Abu Nu’aim dalam Hilyatul Aulia’ dan Imam Al-Iraqi dalam Takrij Al-Ihya’ dan Imam Al-Busairi dalam Kitab Al-Ittihaf dengan sanad yang dhaif.
Berkata Syeikh Zainuddin Al-Hadadi:
(وَرجل قَرَأَ فِي دبر كل صَلَاة) أَي فِي آخر كل مَكْتُوبَة (قل هُوَ الله أحد عشر مَرَّات) أَي سورتها بكمالها
Dan orang yang membaca pada belakang setiap sembahyang maktubah artinya pada akhir setiap sembayang lima waktu akan Qul Huwallahu Ahad artinya sekelian surahnya dengan sempurna.”
(Kitab At-Taisir Syarah Jami’u As-Saghir)
Kesimpulannya sunat membaca surah Al-Ikhlas setiap selesai memberi salam dari sembahyang lima waktu.
Walau pun hadithnya dhaif tetapi harus beramal dengannya kerana mengikut pandangan jumhur ulamak hadith dan ulamak fiqah.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..