Apakah hukumnya orang lelaki mencukur janggut kerana ada terdengar bahawa mencukur janggut itu adalah haram dan berdosa?
Apa pandangan ulamak mazhab Syafie dan ulamak mazhab lainnya berkenaan perkara ini?
Hukum lelaki mencukur janggutnya sampai habis ada berlaku perbedaan pendapat dikalangan ulamak-ulamak mazhab yang empat iaitu ada ulamak yang berpendapat haram mencukurnya dan ada yang berpendapat tidak haram tetapi makruh sahaja hukumnya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ุงู ุง ุฅุฑุฎุงุก ุฃู ุฅุนูุงุก ุงููุญูุฉ: ููู ุชุฑููุง ูุนุฏู ุงูุชุนุฑุถ ููุง ุจุชุบููุฑุ ููุฏ ุญุฑู ุงูู ุงูููุฉ ูุงูุญูุงุจูุฉ ุญูููุงุ ููุง ููุฑู ุฃุฎุฐ ู ุง ุฒุงุฏ ุนูู ุงููุจุถุฉุ ููุง ุฃุฎุฐ ู ุง ุชุญุช ุญูููุ ููุนู ุงุจู ุนู ุฑ ูููุฑู ุญูููุง ุชุญุฑูู ุงู ุนูุฏ ุงูุญูููุฉุ ูููุฑู ุชูุฒููุงู ุนูุฏ ุงูุดุงูุนูุฉุ ููุฏ ุฐูุฑ ุงููููู ูู ุดุฑุญ ู ุณูู ุนุดุฑ ุฎุตุงู ู ูุฑููุฉ ูู ุงููุญูุฉุ ู ููุง ุญูููุงุ ุฅูุง ุฅุฐุง ูุจุช ููู ุฑุฃุฉ ูุญูุฉุ ููุณุชุญุจ ููุง ุญูููุง.
Ertinya:
Adapun menurunkan dan membiarkan janggut maknanya yaitu membiarkannya serta tidak melakukan perubahan. Maka sungguhnya ulama mazhab Maliki dan mazhab Hanbali mengharamkan cukurnya dan tidak memakruhkan memotong yang lebih dari genggaman dan juga tidak memakruhkan memotong yang dibawah halqum seseorang kerana mengikuti perbuatan Ibnu Umar r.a. Dan di sisi ulama mazhab Hanafi makruh tahrim mencukurnya dan makruh tanzih di sisi ulama mazhab Syafie. Imam Nawawi telah menyebut pada kitab Syarah Muslim sepuluh perkara yang makruh pada janggut yang salah satunya ialah mencukurnya kecuali apabila tumbuh janggut itu pada seorang perempuan maka disunatkan mencukurnya .โ
(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Hukum Cukur Janggut Menurut Mazhab Empat
Mazhab Hanafi
Berkata Imam Ibnu Abidin Al-Hanafi :
ููููุฐูุง ููุญูุฑูู ู ุนูููู ุงูุฑููุฌููู ููุทูุนู ููุญูููุชููู
Ertinya : โDan kerana itu haram atas lelaki memotong janggutnya.โ (Kitab Raddul Muhtar)
Mazhab Maliki
Berkata Syeikh Muhammad Ad-Dasuki Al-Maliki :
ููุญูุฑูู ู ุนูููู ุงูุฑููุฌููู ุญููููู ููุญูููุชููู
Ertinya : โHaram atas lelaki mencukur janggutnya.โ (Kitab Hasyiah Dusuki ala Syarh Al-Kabir)
Mazhab Hanbali
Berkata Imam Ibnu Muflih Al-Hanbali :
ููููุนูููู ููุญูููุชููู ุ ููููู ุงููู ูุฐูููุจู ู ูุง ููู ู ููุณูุชูููุฌููู ุทููููููุง ููููุญูุฑูู ู ุญูููููููุง ุฐูููุฑููู ุดูููุฎูููุง
Ertinya : โDan hendaklah dibiarkan janggut dan pada pendapat mazhab selama tidak keji panjangnya. Dan haram mencukurnya sebagaimana telah menyebut olih guru kami.โ (Kitab Al-Furuโ)
Mazhab Syafie
Tersebut pada kitab Iโanat At-Talibin :
ุงูู ุนุชู ุฏ ุนูุฏ ุงูุบุฒุงูู ูุดูุฎ ุงูุฅุณูุงู ูุงุจู ุญุฌุฑ ูู ุงูุชุญูุฉ ูุงูุฑู ูู ูุงูุฎุทูุจ ูุบูุฑูู : ุงููุฑุงูุฉ
Ertinya : โPendapat yang muktamad di sisi Imam Ghazali dan Syeikhul Islam dan Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Syeikh Ramli dan Syeikh Khatib dan yang lain dari mereka itu ialah makruh.โ
Kesimpulannya hukum lelaki mencukur janggut adalah haram di sisi mazhab Maliki dan Hanbali dan makruh tahrim di sisi mazhab Hanafi dan makruh di sisi mazhab Syafie.
Erti makruh ialah perkara yang jika dikerjakan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala.
Jadi mencukur janggut di sisi pendapat mazhab Syafie ialah perbuatan yang tidak berdosa.
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..