Hukum Cukur Janggut Dalam 4 Mazhab [Ust Azhar Idrus]

Hukum cukur janggut

Apakah hukumnya orang lelaki mencukur janggut kerana ada terdengar bahawa mencukur janggut itu adalah haram dan berdosa?

Apa pandangan ulamak mazhab Syafie dan ulamak mazhab lainnya berkenaan perkara ini?

JAWAPAN

Hukum lelaki mencukur janggutnya sampai habis ada berlaku perbedaan pendapat dikalangan ulamak-ulamak mazhab yang empat iaitu ada ulamak yang berpendapat haram mencukurnya dan ada yang berpendapat tidak haram tetapi makruh sahaja hukumnya.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

اما إرخاء أو إعفاء اللحية: فهو تركها وعدم التعرض لها بتغيير، وقد حرم المالكية والحنابلة حلقها، ولا يكره أخذ ما زاد على القبضة، ولا أخذ ما تحت حلقه، لفعل ابن عمر ويكره حلقها تحريماً عند الحنفية، ويكره تنزيهاً عند الشافعية، فقد ذكر النووي في شرح مسلم عشر خصال مكروهة في اللحية، منها حلقها، إلا إذا نبت للمرأة لحية، فيستحب لها حلقها.

Ertinya:

Adapun menurunkan dan membiarkan janggut maknanya yaitu membiarkannya serta tidak melakukan perubahan. Maka sungguhnya ulama mazhab Maliki dan mazhab Hanbali mengharamkan cukurnya dan tidak memakruhkan memotong yang lebih dari genggaman dan juga tidak memakruhkan memotong yang dibawah halqum seseorang kerana mengikuti perbuatan Ibnu Umar r.a. Dan di sisi ulama mazhab Hanafi makruh tahrim mencukurnya dan makruh tanzih di sisi ulama mazhab Syafie. Imam Nawawi telah menyebut pada kitab Syarah Muslim sepuluh perkara yang makruh pada janggut yang salah satunya ialah mencukurnya kecuali apabila tumbuh janggut itu pada seorang perempuan maka disunatkan mencukurnya .”

(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Hukum Cukur Janggut Menurut Mazhab Empat

Mazhab Hanafi

Berkata Imam Ibnu Abidin Al-Hanafi :

وَلِذَا يَحْرُمُ عَلَى الرَّجُلِ قَطْعُ لِحْيَتِهِ

Ertinya : “Dan kerana itu haram atas lelaki memotong janggutnya.” (Kitab Raddul Muhtar)

Mazhab Maliki

Berkata Syeikh Muhammad Ad-Dasuki Al-Maliki :

يَحْرُمُ عَلَى الرَّجُلِ حَلْقُ لِحْيَتِهِ

Ertinya : “Haram atas lelaki mencukur janggutnya.” (Kitab Hasyiah Dusuki ala Syarh Al-Kabir)

Mazhab Hanbali

Berkata Imam Ibnu Muflih Al-Hanbali :

وَيُعْفِي لِحْيَتَهُ ، وَفِي الْمَذْهَبِ مَا لَمْ يُسْتَهْجَنْ طُولُهَا وَيَحْرُمُ حَلْقُهَا ذَكَرَهُ شَيْخُنَا

Ertinya : “Dan hendaklah dibiarkan janggut dan pada pendapat mazhab selama tidak keji panjangnya. Dan haram mencukurnya sebagaimana telah menyebut olih guru kami.” (Kitab Al-Furu’)

Mazhab Syafie

Tersebut pada kitab I’anat At-Talibin :

المعتمد عند الغزالي وشيخ الإسلام وابن حجر في التحفة والرملي والخطيب وغيرهم: الكراهة

Ertinya : “Pendapat yang muktamad di sisi Imam Ghazali dan Syeikhul Islam dan Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Syeikh Ramli dan Syeikh Khatib dan yang lain dari mereka itu ialah makruh.”

Kesimpulannya hukum lelaki mencukur janggut adalah haram di sisi mazhab Maliki dan Hanbali dan makruh tahrim di sisi mazhab Hanafi dan makruh di sisi mazhab Syafie.

Erti makruh ialah perkara yang jika dikerjakan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala.

Jadi mencukur janggut di sisi pendapat mazhab Syafie ialah perbuatan yang tidak berdosa.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments