Hukum Baca Al Quran Di Kubur Menurut Mazhab Hanbali

Hukum Baca Al Quran Di Kubur

Apakah hukum baca Quran di kubur ketika ziarah kubur di sisi mazhab Hanbali?

Benarkah Imam Hanbali membida’ahkan perbuatan baca Quran di kubur?

JAWAPAN

Bagi kedua-dua pertanyaan saudara memadai sebagai jawapannya saya sertakan perkataan Imam Ibnu Quddamah ulamak terkenal dalam mazhab Hanbali.

Berkata Imam Ibnu Quddamah Al-Maqdasi Ad-Dimasyqi Al-Hanbali :

وَلَا بَأْسَ بِالْقِرَاءَةِ عِنْدَ الْقَبْرِ، وَقَدْ رُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ قَالَ: إذَا دَخَلْتُمْ الْمَقَابِرَ اقْرَءُوا آيَةَ الْكُرْسِيِّ وَثَلَاثَ مَرَّاتٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، ثُمَّ قُلْ: اللَّهُمَّ إنَّ فَضْلَهُ لِأَهْلِ الْمَقَابِرِ. وَرُوِيَ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ: الْقِرَاءَةُ عِنْدَ الْقَبْرِ بِدْعَةٌ، وَرُوِيَ ذَلِكَ عَنْ هُشَيْمٍ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: نَقَلَ ذَلِكَ عَنْ أَحْمَدَ جَمَاعَةٌ، ثُمَّ رَجَعَ رُجُوعًا أَبَانَ بِهِ عَنْ نَفْسِهِ، فَرَوَى جَمَاعَةٌ أَنَّ أَحْمَدَ نَهَى ضَرِيرًا أَنْ يَقْرَأَ عِنْدَ الْقَبْرِ، وَقَالَ لَهُ: إنَّ الْقِرَاءَةَ عِنْدَ الْقَبْرِ بِدْعَةٌ. فَقَالَ لَهُ مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ الْجَوْهَرِيُّ: يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ: مَا تَقُولُ فِي مُبَشِّرٍ الْحَلَبِيِّ؟ قَالَ: ثِقَةٌ.

قَالَ: فَأَخْبَرَنِي مُبَشِّرٌ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ أَوْصَى إذَا دُفِنَ يُقْرَأُ عِنْدَهُ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا، وَقَالَ: سَمِعْت ابْنَ عُمَرَ يُوصِي بِذَلِكَ. قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ: فَارْجِعْ فَقُلْ لِلرَّجُلِ يَقْرَأُ. وَقَالَ الْخَلَّالُ: حَدَّثَنِي أَبُو عَلِيٍّ الْحَسَنُ بْنُ الْهَيْثَمِ الْبَزَّارُ، شَيْخُنَا الثِّقَةُ الْمَأْمُونُ، قَالَ: رَأَيْت أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ يُصَلِّي خَلْفَ ضَرِيرٍ يَقْرَأُ عَلَى الْقُبُورِ

Ertinya : “Dan tiada mengapa dengan membaca Quran di sisi kubur. Dan sungguhnya telah diriwayatkan daripada Imam Ahmad sungguhnya beliau telah berkata : Apabila kamu sekelian masuk ke tanah perkuburan bacalah oleh kamu sekelian akan ayat Kursi dan tiga kali surah Qul Huwallahu Ahad kemudian ucapkan : Ya Allah sungguhnya kelebihannya bagi penghuni tanah kubur ini.

Dan telah diriwayatkan daripada Imam Ahmad sungguhnya beliau dahulu pernah berkata : Baca Quran di sisi kubur itu bida’ah. Dan diriwayatkan akan yang demikian itu daripada Hushaim. Berkata Abu Bakar : Satu jemaah telah memindahkan yang demikian itu daripada Imam Ahmad dan kemudian beliau telah menarik balik pendapatnya itu setelah nyata bagi dirinya. Maka satu jemaah telah meriwayatkan sungguhnya Imam Ahmad telah melarang seorang lelaki buta dari membaca Quran di kubur dan berkata Imam Ahmad kepadanya : Sungguhnya membaca Quran di sisi kubur itu bida’ah. Maka berkata baginya oleh Muhammad bin Quddamah Al-Jauhari : Apa pandangan tuan pada perawi Al-Mubasyyir Al-Halabi? Berkata beliau : Dia tsiqah yakni seorang yang dipercayai.

Berkata Muhammad : Maka telah mengkhabarkan aku oleh Al-Mubasyyir dari bapanya sungguhnya beliau berpesan apabila beliau ditanam hendaklah dibacakan di sisinya akan permulaan surah Al-Baqarah dan penutupnya dan kemudian bapanya berkata : Aku telah dengar akan Ibnu Umar r.a. berpesan dengan yang demikian itu. Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal : Maka aku rujuk kembali maka beritahulah lelaki itu tadi supaya dia membaca Quran. Dan telah berkata Al-Khalal : Telah menceritakan kepadaku oleh Abu Ali Al-Hasan bin Al-Haitsam Al-Bazzar guru kami yang tsiqah yang dipercayai beliau berkata : Aku telah lihat akan Ahmad bin Hanbal solat ia di belakang lelaki yang buta yang membaca Quran di atas kubur.” (Kitab Al-Mughni)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Kesimpulan:

Kedua-dua pandangan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendapat dalam mazhab Hanbali mengenai bacaan Quran di kubur.

Imam Ahmad bin Hanbal sendiri pada mulanya menolak amalan ini tetapi kemudian menerima dan menggalakkannya setelah mendapat penjelasan dan dalil yang kukuh daripada ulama lain.

Oleh itu, amalan membaca Quran di kubur boleh diterima dan dianggap sebagai amalan yang baik selagi ada niat yang ikhlas dan mengikuti panduan yang diberikan oleh ulama yang tsiqah.

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments