Apakah hukum aqiqah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANUstaz boleh tak terangkan serba ringkas tentang akikah? Terima kasih.
JAWAPAN
Arti aqiqah ialah:
ما يُذبح عن المولود شكرًا لله تعالى بنية وشرائط مخصوصة
Ertinya:
Haiwan yang disembelih dari kerana anak yang baru lahir sebagai tanda syukur akan Allah Taala dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.”
Bermula hukum aqiqah ini ialah sunat muakkad yang telah mengerjakannya oleh Rasulullah saw.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.:
Sungguhnya Nabi saw telah aqiqahkan akan Hasan dan Husain r.a. setiap seorang seekor kibash.”
(Hadith Riwayat Abu Daud & An-Nasaaie)
Masa melakukan aqiqah itu ialah sejak anak itu dilahirkan maka jika disembelih haiwan sebelum anak itu dilahirkan nescaya tidak sah aqiqah dan jadilah ia sembelihan biasa.
Yang afdhal ialah disembelih pada hari yang ketujuh dari kelahirannya.
Jika tidak sempat sembelih pada hari yang ketujuh maka afdhal pada hari yang keempat belas dan jika tidak sempat maka pada hari yang ke dua puluh satu.
Dan jika tidak sempat juga maka sembelih pada mana-mana hari yang dia sempat.
Yang afdhal ialah dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan di sisi jumhur ulamak.
Tetapi jika disembelih seekor sahaja kambing untuk anak lelaki nescaya sah dan tidak perlu diulangi lagi.
Dan sah jika disembelih akan lembu atau kerbau atau unta dan setiap satu bahagian bersamaan seekor kambing maka yang afdhal bagi anak lelaki ialah dua bahgian padanya dan sah anak lelaki dengan satu bahagian sahaja.
Disunatkan pada daging aqiqah itu seperti disunatkan pada daging korban yaitu disedekahkan kepada faqir miskin dan dihadiahkan kepada sahabat handai dan dimakan oleh tuan aqiqah.
Dan harus disimpan akan daging aqiqah untuk dimakan kemudiannya.
Tetapi yang afdhal ialah dimasak akan daging aqiqah kemudian disedekahkannya dan dimakan oleh tuan aqiqah dan sahabat handai.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum, saya nak tanya , apa hukum kalau saya kata dalam game , contohnya membantai musuh beramai , lepastu terkata , KEKAH DIA CEPAT , apa hukum kalau berkata begini , adakah termasuk permainkan hukum , kadang takda niat pun , dia terlintas saya pun tercakap , contoh kawan gurau kasar , pastu saya terkata terus apa yang terlintas , HAISH AKU SUNAT KO LAGI SKANG , apa hukum camtu? Lagi satu contoh kalau ada orang acah acah batal puasa , contohnya pada pagi kat hari puasa , member ditanya kat mano , member lagi satu kata , pekena teh ais , eh mestilah dekat tempat kerja apa soalan ko , ha macam tu , apa hukum macam ni? Kadang bukan niat nak bergurau pasal agama , tapi tak tau orang sekeliling selalu berkata begini terinfluence pula tapu macam saya rasa orang pun tak berniat cuma dia gurau , buat lawak , contohnya macam Ustaz Azhar Idrus , saya tak katakan dia bergurau pasal agama tapi , cara penyampaian beliau ada unsur jenaka bagi mudah sampaikan pada anak muda , jadi saya nak tanya , apakah syarat gurau tentang agama yang dilarang dan apa syarat gurau tentang agama yang macam Ustaz Azhar Idrus itu? Sebab biasa kalau ustaz ustaz pastu patuh syarak
Waalaikumussalam,
1. Berkata-kata semasa bermain game atau dalam interaksi sosial dengan ungkapan seperti “kekah dia cepat” bergantung kepada niat sama ada bergurau atau sebaliknya. Kata-kata spontan berkata kasar sebaiknya dihindari. Islam mengajar kita menjaga tutur kata dan niat. Walaupun tanpa niat jahat, Islam menganjurkan berkomunikasi secara baik dan menghormati.
2. Gurauan tentang ibadah, seperti puasa, harus dijaga agar tidak mengandungi unsur merendahkan atau mempermainkan aspek agama. Humor dalam Islam dibolehkan selagi ia tidak menghina atau merendahkan ajaran agama dan sensitivitas orang lain.
3. Menggunakan humor dalam penyampaian ajaran Islam, seperti gaya Ustaz Azhar Idrus, adalah dibenarkan asalkan tidak melewati batas kesopanan, tidak mengandungi unsur negatif, dan menjaga keseriusan ajaran Islam.
Gurauan dalam konteks agama harus sensitif dan bijaksana, memastikan ia tidak menyinggung atau merendahkan. Penting untuk menghormati perasaan dan pandangan orang lain dalam semua bentuk komunikasi.