Doa Untuk Suami (Doa Pengasih & Pelembut Hati)

doa untuk suami

Ini panduan doa untuk suami dan isteri.

Dalam panduan ini, setiap doa dipermudahkan dengan ejaan rumi dan disertakan dengan maksud doa.

Semoga membantu anda.

Pengenalan

Kesejahteraan dan kerukunan rumah tangga adalah idaman setiap keluarga.

Alangkah bahagia sekiranya suami, isteri dan anak-anak dapat hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.

Berikut adalah doa-doa untuk menambat hati pasangan suami dan isteri:

Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami / Isteri

Doa ini dibaca setiap kali selesai solat fardu:

Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami

 Yā ayyuhallażīna āmanuṣbirū wa ṣābirū wa rābiṭū, wattaqullāha la‘allakum tufliḥūn 

Maksudnya:

Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.

(Surah Ali ‘Imran 3: 200)

Doa Pelembut Hati Suami / Isteri

Untuk melembutkan hati suami atau isteri, bacalah doa berikut:

1. Surah Thaha ayat 1-5:

doa pelembut hati suami

 Taa Haa. Ma Anzalna ‘Alaikal-qur’ana Litasyqa. Illa Tazkiratal Limay Yakhsya. Tanzilam Mim Man Khalaqal-arda Was-samawatil-‘ula. Ar-rahmanu ‘Alal-‘arsyistawa. 

Maksudnya:

Taha (Hai manusia). Tiada kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy


2. Surah asy-Syura ayat 19:

doa pelembut hati suami

 Allahu Latifum Bi’ibadihi Yarzuqu May Yasya’, Wa Huwal-qawiyyul-‘aziz 

Maksudnya:

Allah itu lemah lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia Maha Gagah lagi Maha Berkuasa.


Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Suri
Suri
1 bulan yang lalu

Ustaz, macam mana ya cara kita nak suruh suami kita solat? saya ajak cara lembut tu pun dia kata “solatlah dulu.”. bangun subuh, 10 kali kejut kena marah. saya pernah terbaca katanya isteri jangan putus asa untuk doakan suami. Dah 6 tahun perkahwinan, masih macam tu. Doa yang mana sesuai untuk suami macam tu? terima kasih ustaz.

Ina
Ina
2 tahun yang lalu

Ustaz,mcm mana nak amalkamn doa2 pelembut hati ni?