Cara Sujud Sajadah Diluar Solat

sujud sajadah luar solat

Bagaimanakah cara sujud sajadah diluar solat?

Ini adalah kaedah yang betul oleh Ustaz Azhar Idrus secara langkah demi langkah.

Semoga bermanfaat.

SOALAN:

Bolehkah ustaz terang cara sujud sajadah ketika diluar sembahyang?

Apakah hukumnya bila imam sujud sajadah tapi makmum tidak sujud sajadah.


JAWAPAN:

Sujud sajadah ertinya sujud kerana membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah yang ada di dalam Al-Quran sebanyak 14 tempatnya.

Hukum melakukan sujud sajadah ini adalah sunat akan tetapi jika imam sujud sajadah maka wajib atas makmum turut sujud bersama imam.

Jika makmum tidak turun sujud sajadah bersama imam maka batal solat kesemua makmum yang tidak ikut sujud.

Jika sembahyang sendirian dan sampai pada ayat sajadah maka sunat turun sujud tetapi jika tidak turun sujud maka tidak batal solatnya.

Ada pun jika bukan sedang berada dalam sembahyang kemudian dia membaca ayat sajadah atau mendengar orang lain membacanya maka sunat dia sujud sajadah tetapi disyaratkan seperti syarat sah sembahyang iaitu wajib ia menutup aurat dan mengadap kiblat dan bersuci dari hadas dan suci pakaian dan badan dan tempatnya dari najis.

Cara melakukan sujud sajadah diluar sembahyang ialah seperti berikut:

1. Bertakbir sambil mengangkat tangan seperti takbiratul ihram dan berniat untuk melakukan sujud sajadah di dalam takbir tersebut.

2. Takbir berserta dengan niat ini harus dikerjakan sambil berdiri atau duduk.

3. Kemudian bertakbir tanpa mengangkat tangan dan turun sujud ke bumi.

4. Sunat didalam sujud ini membaca:

سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

5. Kemudian angkat kepala dari sujud dengan mengucapkan takbir tanpa mengangkat tangan dan duduk lalu memberi salam.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments