Cara Rukuk Yang Afdhal

Cara Rukuk Yang Afdhal

Bagaimana cara rukuk yang afdhal?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Dalam masa rukuk bagaimanakah kedudukan belakang dan kepala yang paling afdhal?

Jari kita kena renggang atau kena rapatkan?


JAWAPAN

Rukuk adalah salah satu rukun solat yang tidak sah solat jika tidak dilakukannya.

Ketika rukuk seorang adalah yang diwajibkan ialah tundukkan badan sekira-kira sampai pada had sudah boleh memegang dua lututnya.

Dan disunatkan ketika rukuk itu memegang dengan dua tapak tangannya akan dua lututnya dan merenggangkan segala jari-jarinya dan merenggangkan siku dari rusuknya bagi lelaki dan kepala dan belakangnya adalah sama rata.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

Dan memadai memegang dua lututnya dengan dua tangannya dan disunatkan merenggangkan segala jarinya ke arah kiblat dan sunat tidak menundukkan kepalanya dan sunat tidak mengangkat kepalanya dan menjauhkan dua sikunya dari dua rusuknya kalau lelaki dan kalau perempuan sunat rapatkan antara satu sama lain.

Bermula dalil meletakkan dua tangan atas dua lutut ialah barang yang telah menyebutnya oleh Abu Hamid pada sifat solat Rasulullah saw katanya : Aku lihat baginda apabila rukuk memegang degan dua tangan akan dua lututnya kemudian menundukkan badan sampai sama rata.

Dan dalil disuruh menjarangkan antara segala jari ialah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr r.a. : Sungguhnya baginda rukuk dan menjauhkan dua lengannya dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua lututnya dan merenggangkan antara jari-jarinya di atas dua lututnya dan berkata seperti inilah aku telah lihat Rasulullah saw solat.

Dan dalil kepala tidak terangkat dan tidak terkebawah ialah perkataan Aisyah r.a. : Adalah Rasulullah saw apabila rukuk tidak angkat kepala ke atas dan tidak ke bawah bahkan antara yang demikian itu yakni sama rata.

Dan telah datang hadith dari Nabi saw sungguhnya baginda apabila rukuk andainya ada cawan berisi air atas belakangnya nescaya tidak bergerak cawan itu. Yang demikian itu adalah sebab bersamaan belakangnya.”

(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

KESIMPULAN

Sunat memegang dengan dua tapak tangan akan dua lutut dan direnggangkan segala jarinya.

Dan sunat menjauhkan sedikit dua siku dari dua rusuknya.

Dan sunat kepala dan belakang sama rata seperti sekeping papan yang lurus.

Rukuk dengan memegang paha atau betis atau kepala mendongak atau tertunduk ke bawah adalah menyalahai sunnah sekali pun solatnya tidak batal.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
hafizah
hafizah
3 tahun yang lalu

yang wanita pulakk ??