Hukum Baca Auzubillah (Ta’awwuz) Dalam Solat

Auzubillah dalam solat

Apakah hukum baca Auzubillah (Ta’awwuz) dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika hendak membaca fatihah dalam solat disunatkan kita membaca auzubillah.

Apakah lafaz auzubillah yang afdhal?

Adakah sunat baca auzubillah pada rakaat yang awal sahaja atau boleh baca setiap rakaat?


JAWAPAN

Diantara perkara yang disunatkan dalam solat ialah membaca ta’awwuz yaitu a’uzubillah.

Sekurang-kurang ta’awwuz ialah أَعُوذُ بِاللَّهِ yang berarti aku berlidung dengan Allah.

Dan yang afdhal ialah أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ yang berarti aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Dan harus juga dengan bacaan أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ yang bererti aku berlindung dengaan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui dari syaitaan yang direjam.

Dan tempat membaca ta’awwuz ialah selepas membaca doa iftitah sebelum membaca fatihah.

Dan sunat membaca ta’awwuz pada setiap rakaat dan jika hendak membacanya sekali sahaja maka yang afdhal adalah pada rakaat yang pertama.

Akan tetapi jika terlupa membaca ta’awwuz pada rakaat yang pertama maka sunat dibacanya pada rakaat yang selepasnya.

Telah menyebut oleh Imam Nawawi:

Disunatkan selepas doa iftitah bahawa membaca seorang akan ta’awwuz yaitu berkata ia : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ .

Dan telah berkata oleh sebahagian ashab kami berkata ia : أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ dan berhasil sunat baca ta’awwuz dengan sekelian ucapan yang mengandungi makna meminta perlindungan dengan Allah dari syaitan.

Kemudian pendapat mazhab sungguhnya disunatkan berta’awwuz pada setiap rakaat dan ta’awwuz pada rakaat yang pertama itu lebih kuat tuntutannya.

Inilah nas Imam Syafie dan telah memilihnya oleh Al-Qadhi Abu Tayyib dan Imam Haramain dan Imam Ar-Rauyani dan lain-lain.”

(Kitab Raudhah At-Talibin)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments