
Apakah hukum baca Auzubillah (Ta’awwuz) dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANKetika hendak membaca fatihah dalam solat disunatkan kita membaca auzubillah.
Apakah lafaz auzubillah yang afdhal?
Adakah sunat baca auzubillah pada rakaat yang awal sahaja atau boleh baca setiap rakaat?
JAWAPAN
Diantara perkara yang disunatkan dalam solat ialah membaca taโawwuz yaitu aโuzubillah.
Sekurang-kurang taโawwuz ialah ุฃูุนููุฐู ุจูุงูููููู yang berarti aku berlidung dengan Allah.
Dan yang afdhal ialah ุฃูุนููุฐู ุจูุงูููููู ู ููู ุงูุดููููุทูุงูู ุงูุฑููุฌููู ู yang berarti aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Dan harus juga dengan bacaan ุฃูุนููุฐู ุจูุงูููููู ุงูุณููู ููุนู ุงููุนููููู ู ู ููู ุงูุดููููุทูุงูู ุงูุฑููุฌููู ู yang bererti aku berlindung dengaan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui dari syaitaan yang direjam.
Dan tempat membaca taโawwuz ialah selepas membaca doa iftitah sebelum membaca fatihah.
Dan sunat membaca taโawwuz pada setiap rakaat dan jika hendak membacanya sekali sahaja maka yang afdhal adalah pada rakaat yang pertama.
Akan tetapi jika terlupa membaca taโawwuz pada rakaat yang pertama maka sunat dibacanya pada rakaat yang selepasnya.
Telah menyebut oleh Imam Nawawi:
Disunatkan selepas doa iftitah bahawa membaca seorang akan taโawwuz yaitu berkata ia : ุฃูุนููุฐู ุจูุงูููููู ู ููู ุงูุดููููุทูุงูู ุงูุฑููุฌููู ู .
Dan telah berkata oleh sebahagian ashab kami berkata ia : ุฃูุนููุฐู ุจูุงูููููู ุงูุณููู ููุนู ุงููุนููููู ู ู ููู ุงูุดููููุทูุงูู ุงูุฑููุฌููู ู dan berhasil sunat baca taโawwuz dengan sekelian ucapan yang mengandungi makna meminta perlindungan dengan Allah dari syaitan.
Kemudian pendapat mazhab sungguhnya disunatkan bertaโawwuz pada setiap rakaat dan taโawwuz pada rakaat yang pertama itu lebih kuat tuntutannya.
Inilah nas Imam Syafie dan telah memilihnya oleh Al-Qadhi Abu Tayyib dan Imam Haramain dan Imam Ar-Rauyani dan lain-lain.โ
(Kitab Raudhah At-Talibin)
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
bagaimanakah tulisan dalam rumi untuk perkataan ta’awwuz
MasyaAllah TabarakAllah ๐คฒ๐ฝ Terima Kasih diatas Perkongsiannya, Banyak saya dapat belajar dari perkongsiannya.. semoga Allah Memberkati Tuan empunya