Adakah Sah Solat Jika Ada Tahi Cicak Atas Sejadah?

Tahi Cicak Atas Sejadah

Apakah hukum ada tahi cicak atas sejadah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah sah sembahyang seorang itu jika atas sejadahnya ada tahik cicak?

Kalau ada najis atas lantai dan kita lapik atasnya sejadah dan ketika sembahyang tahi cicak itu ada di bawah sejadah sah atau tidak sembahyang?


JAWAPAN

Syarat sah sembahyang antaranya ialah suci badan dan pakaian dan tempat sembahyang.

Maksud tempat sembahyang ialah tempat yang bersentuh dengan orang yang sembahyang ketika dia qiam dan ketika dia duduk dan ketika dia meletakkan lutut dan dua tangan dan dahi.

Selain dari itu bukan dikira tempat sembahyang.

Maka ketika kita menunaikan sembahyang itu adalah kawasan yang tidak bersentuh dengan kita samada pada ketika qiam atau duduk atau sujud itu bukannya tempat sembahyang maka tidak mengapa ada najis di tempat tersebut.

Contohnya ketika kita sujud adalah najis itu ada setentang dengan dada kita di atas sejadah tetapi tidak bersentuh dengan kita maka solat kita adalah sah kerana tidak bersentuh najis itu dengan badan dan pakaian kita.

Berkata Dr Mustafa Bugha:

Yang dimaksudkan dengan tempat sembahyang pada perkataan suci tempat sembahyang daripada najis itu ialah tempat yang ada atasnya orang yang sembahyang yang termasuk kawasan yang dibawah tapak kakinya sampai tempat sujudnya dari ruang yang bersentuh dengan badannya ketika sembahyang.

Maka bahagian yang tidak bersentuh dengan badannya tidaklah memberi mudarat kalau ada najis misalnya kawasan yang setentang dengan dadanya pada ketika rukuk dan sujud.”

(Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Begitu juga jika ada atas lantai najis lalu diletakkan umpama sejadah atau tikar di atasnya dan sembahyang seorang itu di atasnya maka sembahyangnya sah kerana tidak ada persentuhan dengan najis ketika dia sembahyang.

Berkata Imam As-Syairazi:

Maka jika sembahyang seorang atas bumi yang ada padanya najis dan dia tahu tempat yang ada najis itu maka hendaklah dia menjauhi dan sembahyang pada selainnya.

Dan jika diletakkan tikar atas najis itu dan sembahyang ia di atasnya nescaya sah ia kerana sungguhnya dia tidak bersentuh dengan najis dan tidak menanggung akan suatu yang bersambung dengannya.

(kitab Al-Muhazzab)

Kesimpulannya

Selama seorang itu mengerjakan solat tidak ada badan dan pakaiannya bersentuh dengan najis maka solatnya itu adalah sah sekali pun ada najis di atas sejadah atau dibawahnya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments