Zikir Ketika Merasa Takut & Gelisah Sewaktu Tidur

takut dan gelisah ketika tidur

Apakah zikir yang boleh dibacakan ketika takut dan gelisah sewaktu tidur?

Berikut adalah bacaan zikir yang pernah diriwayatkan:

Dalam Sunan Abu Daud, Sunan al-Tarmizi, Kitab Ibnu Sunni dan selainnya, daripada Amr Bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada pakciknya, Rasulullah SAW mengajar mereka satu bacaan ketika merasa takut:

أَعُوذُبِكَلِمَاتِ ﭐللّٰهِ ﭐلتَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ، وَمِنْ شَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ ﭐلشَّيَاطِينِ، وَأَن يَحْضُرُونَ

Aa’uzubikaLimaa-Tillahit-Tammah Min Rghodobihi, Wa Min Syarri IbaaDihi, Wa Min HamaZaaTisy-ShayaaThin, Wa An YahDhuruun.

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahanNya, daripada kejahatan hamba-hambanyaNya, daripada godaan syaitan dan supaya mereka (syaitan) tidak mendatangiku.

Abdullah bin Amr mengajar bacaan ini kepada anak-anaknya yang sudah berakal.

Manakala mereka yang masih kecil, dia menuliskan bacaan itu dan dikalungkan pada leher mereka.

Imam Tirmizi mengatakan: “Hadis ini dinilai Hasan”


Pautan berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Ali
Ali
11 bulan yang lalu

Terima kasih atas zikir ini