Ini adalah panduan lengkap Doa Abu Darda.
Doa ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar mengamalkan doa ini.
Apa yang menarik:
Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga turut disertakan.
Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Doa Abu Darda (Teks Lengkap)
Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib.
Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri, ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.
Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW.
Berikut adalah tersebut:
Doa Abu Darda (Dalam Ejaan Rumi)
Untuk memudahkan mereka yang kurang mahir membaca doa dalam tulisan jawi/arab, saya telah sediakan doa ini dalam bentuk rumi.
Bismillahir-rahmanirrahim, Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Ashrofil ‘Anbiya’i Wal Mursalin, Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaha illa Anta. ‘Alaihi Tawakkaltu, Wa Anta Robbul ‘Arsyil-‘Azim.
MasyaAllahu KaaNa, Wa Maa Lam Yasha’ Lam Yakun. Laa Haula Wala Quwwata Illa Billahil-‘Azim. A’lamu Annallaha ‘Ala Kulli Syai’in Qodir, Wa Annallaha Kod AhaThoBikulli Syai’in ill-ma.
Allahumma Inni ‘Auzubika Min Syarri Nafsi, Wa Man Syarri Kulli Dabbatin Anta Aakhizun Binasiyatiha Inna Robbi Sirotin Mustaqim.
Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.
Audio Bacaan Doa Abu Darda
Untuk lebih membantu anda, audio bacaan doa ini turut disediakan.
Sila mainkan doa ini di bawah:
Terjemahan Doa Abu Darda
Maksud doa ini adalah seperti berikut:
Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu, dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar.
Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya).
Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka).
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Siapakah Abu Darda R.A?
Siapakah Abu Darda yang istimewa ini?
Nama beliau adalah Uwaimir bin Amir bin Malik bin Zaid bin Qais bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits bin Khazraj.
Ada yang berpendapat, namanya adalah Amir bin Malik, sedangkan Uwaimir adalah timangannya.
Namun, orang ramai mengenalinya dengan nama Abu Darda kerana beliau memiliki seorang anak perempuan bernama Darda. Isterinya pula dikenali sebagai Ummu Darda.
Beliau termasuk dalam kalangan sahabat yang akhir masuk Islam. Namun, beliau juga termasuk dalam kalangan sahabat yang tinggi keislamannya.
Beliau seorang faqih, pandai dan bijaksana.
Nabi saw mengatakan:
Uwaimir adalah hakimul ummah (seorang yang sangat bijaksana).
— Rujuk Usudul ghabah 5/97
Kelebihan Doa Abu Darda
Apakah kelebihan doa ini?
Ikuti kupasan kelebihan mengamalkan doa ini oleh Ustaz Habib Khairul Nizam pada video di bawah ini:
Doa Abu Darda ra amat terkenal dan sering diajar untuk diamalkan agar ia menjadi pelindung diri, keluarga dan harta daripada mala petaka.
Doa berkaitan:
Tinggalkan Komen Anda..
Masya Allah sy baru tau doa ni mudahan boleh jadikan amalan .terima kasih share.mohon sy share di sosial media
Alhamdulillah. Sangat bermanafaat. Semoga semua urusan anda diberkati Allah SWT, Insya Allah
Alhamdulillah, terima kasih atas doanya ツ
Assalamualaikum Tuan. Usaha yang sangat murni, terima kasih atas perkongsian. Mohon baiki ralat Teks terdapat kesilapan pada bahagian akhir doa arab dan rumi. Inna Robbi Sirotin Mustaqim. Sepatutnya Inna Robbi ‘ala Sirotin Mustaqim. Perkataan “‘ala” hilang pd teks arab dan rumi. Mohon perbetulkan. Moga Allah rahmati usaha murni Tuan.
Walaikumsalam,
Diambil maklum, dan saya telah masukkan dalam queue artikel-artikel yang memerlukan pembetulan. Ribuan terima kasih saya ucapkan atas kesudian tuan memberi maklumbalas dan menunjukkan kesilapan yang wujud 🙏
Alhamdulillah… Dalam 2 bulan pagi2 mesti buka audio di sini untuk baca.. sekarang dah hafal sikit2.. Terima Kasih.. Moga Allahyarham merahmati penulis/team blog AkuIslam
Sebaiknya talaqqi dengan guru, disini sekadar rujukan atau panduan sahaja, d bimbangi bacaannya tidak menepati…
Jazakallahu khaer Di atas perkongsian do’a ini.
Saya suka dengan setiap perkongsian ilmu di sini.Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati saudara/saudari.Moga kebaikan untuk kamu di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah, terima kasih atas maklumbalas.
Dan terima kasih juga kerana sudi mendoakan.
Salam ya tuan yg mulia lagi dikasihi ada kesalahan baris pd bacaan doa Abu darda ..wamin syarri bukan waman syarri
Assalamu’alaikum. Mohon perbetulkan ejaan bg bacaan doa bahasa arab yg dieja dlm rumi. sebenarnya tidak bagus *merumikan* tulisan Arab sbb huruf2 hijaiyah tidak sama dgn huruf rumi. cth: huruf ص tidak boleh guna S sbb س pun guna S. huruf ح dan ه nak guna huruf apa? h? apabila ditulis rumi, maka akn ada kesilapan dr segi tajwidnya: panjang pendek barisnya, dengung tak dengungnya. cukup lah rakaman suara bacaan doa. tak perlu ditransliterasikan doa tersebut. boleh menimbulkan kekeliruan terutama kpd mereka yg langsung tidak belajar tajwid. sekadar pandangan.
Semua pandai komen2 saja..tapi tiada satu pun ucapan terima Kasih kpd admin akuislam ini.. Belajar lah berterima kasih kpd portal aku islam ini..portal yg sangat baik dan baguss..
Salam ustaz,
Saya ingin komen sedikit berkenaan audio, perkataan ..masyaa Allah. Perkataan maa’sya’ dibaca pendek sepatutnya ‘syaa’ dua harakat sebab ada alif. Terima kasih.