Taubat Daripada Dosa Mencuri (Panduan Lengkap)

taubat mencuri

Bagaimanakah cara bertaubat daripada dosa mencuri?

Dalam tulisan ini, saya akan menerangkan cara bertaubat daripada dosa mencuri berdasarkan beberapa situasi.

Jika anda memerlukan panduan berkaitan topik ini, mari kita mulakan..

Pengenalan

Panduan taubat daripada dosa mencuri ini adalah pecahan daripada artikel utama, iaitu Panduan Taubat Nasuha.

Panduan ini adalah berdasarkan sebuah risalah yang dikarang Fadhilah al-Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid dan diterjemahkan oleh al-Fadhil Syeikh Daud al-Tetouani.

Allah SWT berfirman :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim akan manusia dan melampaui batas di atas muka bumi tanpa hak. Mereka itu ialah orang-orang yang akan mendapat azab yang pedih.”

(As-Syura : 42)

Saudara-saudari,

Selagi masih hidup, usahakan untuk menyelesaikan dosa mencuri ini sedaya-upaya.

Kerana ia akan menjadi bebanan yang sangat berat kepada kita di akhirat kelak jika tidak sempat diselesaikan di dunia ini.

Syarat Taubat Yang Melibatkan Dosa Berkaitan Hak Orang Lain

Taubat tidak boleh hanya sekadar berdoa dan melakukan solat taubat semata-mata.

Antara syarat taubat bila melibatkan hak orang lain adalah, harus menyesal dan dikembalikan hak mereka itu.

Hendaklah sesiapa yang ingin bertaubat itu melepaskan diri dari belenggu kezaliman silamnya yang dahulu dengan melunaskan kembali perkara tersebut dengan:

  • Membayar kembali jika berkaitan dengan duit dan harta benda.
  • Hendaklah meminta dihalalkan atau meminta supaya dia memaafkan diri kita

Jika dia memaafkanmu, maka alhamdulillah.

Andai tidak, berusahalah untuk pulangkan kembali haknya.

Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, iaitu yang berupa maruah atau harta benda, maka mintalah kepadanya agar dihalalkan (perkara-perkara tersebut) cepat-cepat sebelum diambil daripadanya di hari tiadanya dinar juga dirham, (yang mana pada hari itu) jika dia mempunyai amalan soleh, maka akan diambil daripada amalan tersebut sekadar kezaliman yang dilakukannya, jika dia tidak mempunyai apa-apa amalan (soleh), maka akan diambil pula kejahatan-kejahatan orang yang dizaliminya itu, lalu diberikan kepadanya.

–        Muttafaqun ‘Alaihi

Bagaimanakah Taubat Bagi Seorang Pencuri?

Pertama sekali:

Jika benda yang dicuri tersebut masih berada dalam simpanan, maka wajiblah dipulangkan kembali benda tersebut kepada tuannya dengan segera.

Jika benda itu telah rosak atau musnah (atau sudah buruk), maka wajiblah menukar ganti benda tersebut dan memulangkan kembali kepada tuannya.

Jika tidak mampu, maka mintalah maaf serta tolak ansur daripada pemilik barang tersebut.

Bagaimana Jika Tidak Berani Untuk Berterus Terang Kepada Pemilik Barang Tersebut?

Dalam hal ini, pulangkan kembali barang yang dicuri itu menggunakan dengan menggunakan orang tengah.

Minta orang tengah tersebut menyampaikan barang tersebut tanpa menyebut nama kita.

Selain itu, kita juga boleh memulangkan barang menggunakan pos atau meletakkan barang curi tersebut di tempat asalnya tanpa pengetahuan pemilik asal.

Apa yang penting adalah barang tersebut selamat sampai kepada pemilik sebenar barang itu.

Bagaimana Jika Gagal Memulangkan Barang Yang Dicuri?

Saya pernah mencuri harta syarikat di tempat kerja dan berhenti kerja. Namun sekarang ini saya telah bertaubat serta sangat menyesal.

Saya ingin memulangkan kembali harta tersebut. Tetapi syarikat tersebut telah berpindah dan saya gagal mengesan alamat terbaru mereka.

Apa yang harus saya lakukan?

Pertama sekali:

Hendaklah kita terlebih dahulu sedaya upaya mencari tempat dan alamat syarikat atau tuan punya syarikat tersebut dengan segala jalan yang ada.

Jika insan tersebut telah mati, maka pulangkanlah benda tersebut kepada waris atau keluarga tuan punya syarikat tersebut.

Jika masih juga tidak menjumpainya setelah habis segala ikhtiar, maka sedekahkanlah harta tersebut sebagai penebus kepada harta yang dicuri itu.

Dan niatkanlah ia untuk insan atau syarikat tersebut – walaupun insan atau syarikat tersebut adalah kafir.

Kerana Allah akan memberikan kepada mereka harta di dunia tetapi tidak di akhirat kelak.

Penutup: Bertaubatlah Selagi Ada Masa

Mencuri adalah termasuk menzalimi orang lain pada hartanya dan memakan harta orang lain cara zalim.

Hukumnya haram dan berdosa dan pelakunya di dunia menjadi fasiq dan di akhirat mendapat azab neraka.

Semua manusia yang mati akan menghadap Allah dalam keadaan sangat takut dan mengharap keampunanNya.

Oleh itu, manfaatkanlah kesempatan yang telah dikurniakan oleh Allah supaya kelak kita tidak memikul bebanan dosa ketika menghadapNya di hari penghisaban.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

139 thoughts on “Taubat Daripada Dosa Mencuri (Panduan Lengkap)”

  1. Assalamualaikum, ustaz. Dahulu saya pernah mencuri dan saya ingin bertaubat. Akan tetapi barang yang telah dicuri itu telah hilang dan saya lupa nama panjang pemilik tersebut kerna kejadian ini telah berlaku sekian lama. Apakah yang saya perlu lakukan untuk menebus kesalahan saya ini terhadap perbuatan ini?

    Reply
    • Wa’alaikumussalam,

      Terima kasih atas soalan dan keikhlasan awak untuk bertaubat. Dalam Islam, bertaubat daripada dosa adalah perkara yang sangat mulia, dan Allah SWT Maha Pengampun serta menerima taubat hamba-Nya yang ikhlas. Dalam kes mencuri atau mengambil harta orang lain, taubat perlu disertakan dengan usaha memulangkan atau menggantikan harta tersebut jika masih boleh dilakukan. Namun, jika harta tersebut telah hilang dan pemiliknya tidak dapat dikenali atau dihubungi, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

      1. Bertaubat dengan Ikhlas: Taubat memerlukan penyesalan yang sebenar, meninggalkan perbuatan tersebut, dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Lakukan solat sunat taubat dan berdoalah memohon keampunan Allah SWT dengan sepenuh hati.

      2. Berusaha Mengganti dengan Cara Lain: Jika awak tidak dapat mengembalikan barang tersebut kepada pemiliknya kerana lupa identiti pemilik atau keadaan tidak memungkinkan, satu cara untuk menebusnya adalah dengan bersedekah sejumlah wang atau barang yang setara dengan nilai barang yang dicuri. Niatkan sedekah tersebut untuk menggantikan barang yang dicuri dan memohon agar pahalanya disampaikan kepada pemilik asal.

      3. Berdoa untuk Pemilik Asal: Berdoalah agar Allah SWT memberikan ganjaran kepada pemilik asal barang tersebut dan mengampuni kesalahan awak. Doa ini menunjukkan niat baik awak untuk memperbaiki kesalahan.

      4. Teruskan dengan Amalan Kebaikan: Tingkatkan amalan kebaikan dan perbanyakkan sedekah serta ibadah lain sebagai tanda penyesalan dan usaha untuk menebus kesalahan. Allah SWT Maha Pemurah dan menghargai setiap usaha hamba-Nya yang berusaha kembali kepada jalanNya.

      Langkah-langkah ini insyaAllah akan membantu menebus kesalahan dan menguatkan taubat awak. Semoga Allah SWT menerima taubat awak, mengampuni dosa-dosa yang lalu, dan memberkati usaha awak untuk memperbaiki diri.

      Wallahu a’lam.

      Reply
  2. assalamualaikum ustaz. Saya pinjam baja sekolah pastu tak pulangkan sebab terlupa. Dah dekat 3 tahun saya masih simpan baju tu. Nak pulangkan tapi sekolah jauh, kene mintak mak hantar. Tapi saya tak nak mak saya marah dan kecewa kat saya. Ustaz ada cadangan tak

    Reply
  3. Assalamualaikum Ustaz saya masih mencari orang untuk pulangkan balik barang yang saya curi tapi saya masih buntu macam mana lagi pun saya lupa namanya tapi saya masih ingat mukanya tapi alamat semuanya saya tidak tahu

    Reply
    • Wassalam.

      Jika begitu, sedekahkan wang ke tabung masjid dengan nilai benda yang dicuri, kemudian niatkan pahala kepada orang tersebut.

      Andaikata bertemu balik dengan orang tersebut suatu hari nanti, maka wajib kena kembalikan barang atau gantikan wang kepadanya.

      Reply
      • Assalammualaikum ustaz, mcm pula kalau kite da meminta maaf untuk menghalalkan segala benda, kata, dan lain2 tnp spesifik kan kesalahan kite lalu mereka memaafkan kita?

        Reply
  4. Assalamualaikum ustaz, saya nak ceritakan kisah saya masa umur 13 tahun. Saya dgn kawan-kawan sekolah pergi dekat satu kedai runcit, saya dah kawan-kawan dah curi banyak makanan dan saya telah makannya. Saya rasa bersalah dan saya nak ganti balik tapi saya masih budak sekolah, duit pun tiada, saya pun sudah pindah rumah jauh dari kedai tu. Apa yang saya perlu lakukan?

    Reply
    • Wassalam. Bila awak sudah ada duit atau dah bekerja nanti, awak kena cari balik kedai tu dan ganti balik nilai makanan yang telah awak ambil

      Reply
  5. assalammualaikum ustaz.kalau kita dah niat kembalikan barang curi senyap-senyap tetapi jika tidak sampai kepada pemiliknya.kita tetap perlu ganti balik atau tidak?

    Reply
  6. Assalamualaikum,sy prnh kerja di kedai serbaneka,masa tu sy makn minum brg2 kt sne tp Tak bayar,sy tulis pn jarang so sy bayar apa yg sy igt je,jadi mcm mn sy nk bayar balk utk apa yg sy mkn dan minum tp sy Tak igt apa yg sy mkn dan minum ? Rsa bersalah Sgt

    Reply
    • Wassalam. Buatlah anggaran berapa RM yang pernah awak makan dan bayarlah balik kepada kedai tersebut.

      Reply
  7. Assalammualaikum ustaz..
    Dulu sy pernah mencuri.. Dn sy nk kembalikan duit tu..tp sy malu.. Dn duit tu rasanya duit persatuan.. Apa yg perlu saya buat utk tebis dosa saya…
    Bantu sy

    Reply
  8. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya..mcm mna nak pulangkan buku tajwid org ye, sy dah tak ingat sapa2 yang beli…barang tu sy tak ambik, tp bagi kata budak2 guna.

    Reply
  9. assalammualaikum ustaz macam mana kalau kita pernah mencuri tpi kita tidak ingat yang kita pernah mencuri.apa perlu kita buat

    Reply
  10. Assalamualaikum ustaz saya pernah mencuri satu benda yang kecil untuk di gantungkan ke zip beg sebuah kedai mr diy. Adakah saya perlu memulangkannya ke kedai tersebut saja dan apa yang perlu saya lakukan untuk menebus dosa saya

    Reply
    • Wassalam. Ya kena pulangkan. Jika kedai tersebut minta ganti dengan wang, maka kena ganti dengan wang.

      Reply
      • kejadian itu sudah berlaku beberapa tahun yang lalu adakah kita perlu memberitahu org yang menjaga cashier tentang hal kejadian tersebut ataupun tidak perlu hanya kembalikan ia sahaja

        Reply
  11. ustaz saya pernah ambil duit seseorang tanpa pengetahuannya pada ketika itu saya masih kecil dalam lingkungan umur 7 tahun, saya nak ganti balik duit yang saya telah ambil tersebut, tetapi saya tidak ingat jumlah duit yang saya telah amik dan saya malu untuk pulangkan duit tersebut bolehkah saya ganti kannya dengan barang yang bernilai kepada pemilik duit tersebut?

    Reply
  12. Salam,

    Saya dah bertaubat, dulu saya mengambil seutas rantai emas dah dipajakkan. Tidak dapat ditebuskan.
    1. Bolehkan saya pulangkan dengan mengunakkan duit or perlu beli baru?
    2. Sekiranya boleh atas number 1, bolehkah saya mengirim duit/beli baru itu kepada pemililk Dan pos duit secara senyap je?

    Reply
    • Wassalam,

      1) Boleh digantikan dengan wang yang setara dengan nilai semasa emas itu

      2) Boleh. Yang penting sampai kepada tuan yang asal.

      Reply
  13. Salam Ustaz,
    Waktu muda saya berkerja di makanan restoran. (pizza hut)
    Saya pernah mengambil duit, sekarang saya sudah bertaubat. Saya ingin pulangkan balik tapi tak tahu caranya? Saya cuba tengok website takde untuk donation, atau saya boleh kesana dan letak duit dalam tip box??
    Saya malu dan sangat takut.
    Boleh saya derma je di masjid dan niat.

    Reply
    • Wassalam.

      Tidak boleh derma kepada masjid kerana awak tahu tuannya (pizza hut) masih ada.

      Awak boleh cuba berunding dengan manager cawangan tersebut untuk kembalikan wang atau kembalikan duit tersebut secara senyap-senyap. Yang penting ia sampai kepada cawangan tersebut.

      Reply
  14. Ustaz haritu saya ada ambil Kain kat ampaian asrama tapi tak tahu kepunyaan siapa, macam mana nak pulangkn…

    Reply
  15. Ustaz saya dulu seorang scamer jadi saya dah bertaubat macam mna saya nak ganti blik duit yang saya scam tu kalau saya sudah tidak tau siapa pemiliknya

    Reply
    • Wassalam,

      Kena usaha dahulu sehabis daya untuk cari pemilik yang sebenar seperti buat iklan atau hebahan atau apa-apa yang sesuai.

      Jika dah habis usaha dan masih tidak jumpa, maka barulah sedekahkan wang tersebut pada masjid atau badan kebajikan dan niatkan pahala sedekah itu kepada tuan punya wang.

      Reply
      • Ustaz kalau nak sedekah kat masjid tu contuhnya kita bersedekah dekat tabung masjid lepas berniat bahawa ingin menebus semula duit yang pernah kita curi boleh ka? Dengan kalau kita sedekah secara sikit demi sedikit boleh kah ustaz? Maksudnya ansur2.Orang tu saya tidak dapat jumpa sudah ustaz sebab number dia tidak ada sudah di whatsapps macam mana saya mau cari kalau nama pun tidak tahu ustaz

        Reply
      • Boleh kah ustaz saya bersedekah dekat tabung masjid or surau dengan niat pahala tu kepada pemilik duit yang pernah saya curi dahulu and untuk menebus kembali dosa saya sma orang tersebut dan boleh kah ustaz kalau saya bersedekah dengan niat tersebut namun secara ansuran kalau saya ada rezeki saya bersedekah atas kesalahan saya tersebut.Kalau saya tidak tau semua pemilik dan warisnya boleh kah saya bersedekah untuk membayar semual ustaz.Mohon ustaz perjelaskan

        Reply
        • 1) Jika memang tak jumpa orang atau warisnya, maka tiada masalahlah untuk terus ke kaedah seterusnya iaitu dengan sedekahkan wang itu ke masjid.

          2) Boleh bayar/beri sedekah secara ansur-ansur. Sekurang-kurangnya awak berusaha untuk menebus dosa tersebut.

          InsyaaAllah, saya doakan agar urusan awak dipermudahkan dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus istiqamah lakukan semua ini. ?

          Reply
          • Ustaz kalau derma di tabung masjid or surau tidak apa2 bah kn ustaz. Yang penting kita bersedekah dengan niat ingin membayar duit orang yg kita pernah scam dulu

            Reply
          • And ustaz saya xtahu berpa jumlah duit yang pernh scam and xtahu berpa ramai orang yg pernh sya scam tapi saya yakin jumlah tu tidak sampai rm300 ustaz boleh ka saya bersedekah dengan niat untuk smua orang yang pernah saya scam.Tq
            ustaz sebab telah menolong saya

            Reply
            • Kalau begitu kamu sedekah RM300 walaupun dibuat sedikit-sedikit.

              InsyaaAllah jika terlebih sedekah, wang yang terlebih itu akan menjadi saham pahala buat kamu sendiri nanti.

              Sama-sama Daus ??

              Reply
              • ustaz sorry tanya kalau masa saya scam orang tu sya pernah terscam anak yatim tapi saya tidak tau dia tu anak yatim and tak tahu siapa nama dia tapi sya pun xtahu kalau ada.Klau ada boleh kah sya bayar ikut mcam byar dengan bersedekah? Lagi pun sya xtahu dia tu anak. Yatim atau bukan

                Reply
                • SEBAB di sni ustaz klau mcam ada sya terscam yang sya sendiri pun tidak tau ustaz boleh kah masuk kan sekali dekat duit sedekah yang sya nak bayar untuk tebus blik kesalahan saya.Sebab ustaz saya pun xtahu kalau sya ada scam anak yatim cuma sya tkut kalau ada.Tu la sya dlu tidak ingat tuhan masa buat benda ni skrng baru sya menyesal ustaz

                  Reply
                • Kalau dah tak jumpa anak yatim tu dimana, maka boleh digantikan dengan sedekah dan niatkan pahala atas beliau

                  Reply
              • Lepas tu ustaz duit dlu pernh sya scam pernah sya bikin beli makanan and smua kluarga sya juga ikut makan jadi mcam mna nak halal kan makanan tersebut ustaz adakah dengan sya bersedekah untuk menebus segala dosa sya sma orang tersebut?

                Reply
                • HARAP ustaz boleh terangkan langkah yg sya boleh buat ustaz supya kami sekeluarga bebas dari harta haram tq ustaz menolong sya?

                  Reply
                  • Keluarga awak tidak berdosa sebab mereka tidak tahu makanan itu adalah dari duit yang haram.

                    Cuma awak la perlu bertaubat dan berusaha menggantikan wang tersebut sama ada berusaha mencari balik mangsa-mangsa awak, atau bersedekah kepada masjid jika sudah tidak dapat menjumpai mereka.

                    Reply
                    • Ustaz sya nak tnya ni klu sdh sya bersedekah dengan niat ingin membayar kembali duit tersebut dan dah habis byar pun adakah sya akan lepas dari dosa mencuri atau masih lagi?…..dengan sya nak tnya ustaz yg pasal anak yatim tu klu sya ada terscam dia tpi sya xsedar boleh kah sya berniat sma sahaja untuk membayar duit dia yg pernh sya scam dahulu

                    • Ustaz klu sya sdh habis byar semua duit tersebut adakah sya bebas dari dosa mencuri dan makanan yg sya makan tu halal sdh?

                    • Tq ustaz sebb banyak tolong sya…..sya harap ustaz dapat tolong ramai lagi orang saya ni di luar sama insyahallah

                    • Ya ustaz sya dah cari semua ustaz ada beberapa jumpa dan lain sya xjumpa sdh ustaz jadi boleh lah kan sya sedekah harta tersebut di masjid or surau kan ustaz?

                    • Wassalam.

                      Begini, tidak sudah jumpa, maka bolehlah bersedekah ke masjid.

                      Tetapi andaikata suatu hari nanti terjumpa balik orang tersebut, maka wajib bayar balik kepada beliau (kecuali beliau sudah halalkan kita sedekahkan ke masjid)

                    • Ustaz klu mcam saya scam orang tu dia kata dia tu yatim tapi saya sendiri xtahu betul kah x sbb saya xtahu pun juga nama dia and status dia pun….adakah boleh saya bersedekah dengan niat ingin menebus dosa saya scam sahaja?

                    • Assalamualaikum ustaz saya pernah curi duit anak yatim dahulu lepas tu saya menyesal atas perbuatan saya dan mahu kembalikan duit tersebut tpi sya dah xjumpa sdh orang tu apakah saya patut buat ustaz?

                    • Seperti juga jawapan di atas, boleh sedekahkan wang ke tabung masjid dan niatkan pahala sedekah tersebut kepada anak yatim tersebut.

                    • Boleh hapuskan dosa memakan harta anak yatim secara haram dan boleh hilangkan dosa mencuri saya kah ustaz? Saya nak tnya lagi ni ustaz semasa saya scam seorang ni dia mengaku yg dia tu yatim ustaz lepastu saya bals lah manada saya mahu scam anak yatim tpi sya pergi scam juga dia ustaz tpi di sni ustaz saya xtahu yang dia tu yatim atau bukan lepas tu saya kenal pun tidak langsung adakah saya berdosa terhadap anak yatim juga atau hanya dosa mencuri? Saya sendiri xtahu betul kah tidak tu ustaz

                    • Boleh kah ustaz orang tu saya kasi niat umum sekali semasa sya mahu bayar kembali duit orng yg sya scam2 tu ustaz? Sebab saya pun xtahu bah ustaz betul kah nda dia yatim boleh hilang jugakn dosa memakan harta anak yatim scara haram tu kn ustaz?sbb sya masa lakukan kerja bodoh ni saya xtahu bah pasal hukum ni segala skrng baru saya tahu ustaz sebab tu saya tkut pasal anak yatim tu xboleh masuk dlam syurga klu ambil harta dia dan makan

  16. Ustaz….dulu saya curi duit kawan saya RM10….lepas tu saya x berani nk ckp dengan dia Tapi sekarang saya nak bayar dengan bercakap dia tertinggal RM10 dalam Kem kami Tapi dia ckp amik saja….jadi masalah ni selesai ke ustaz atau tidak

    Reply
    • Wassalam.

      Susah nak cakap sebab kita tak tahu hati dia yang sebenar sekiranya dia tahu duit itu dicuri pada asalnya. Oleh itu jalan selamat, awak boleh pulangkan duit dia secara bank in, pos, atau guna orang tengah.

      Reply
  17. ustaz saye seorang pelajar lagi tp saye banyak mencuri duit nenek saye makcik makcik saye tapi saya maseh bersekolah saye berniat nak bayar bile saye dah bekerja boleh ke macam tu ustaz

    2)ustaz boleh ke saye berjaya sedangkan saye tidak membayar lagi duit tersebut

    Reply
    • Boleh, tapi kalau ada kemampuan sekarang, sebolehnya ganti cepat-cepat sebab takut umur tak panjang.

      Reply
  18. Ustaz, Dulu masa saya sekolah saya selalu juga curi duit nenek buat belanja kat kantin sekolah. Tapi bila saya dah masuk ipt dan bekerja saya tak buat dah. Setiap kali raya saya selalu minta maaf dan halal makan minum tanpa bagitau pasal hal mencuri tu sbb saya terlampau malu. Dulu saya tak tahu saya kena ganti dan tak tahu saya boleh ganti secara diam diam. Kalau tidak lama dah saya buat. Malangnya saya jahil dan sibuk kerja lupa sudah kisah silam. Sekarang nenek dah meninggal. Saya bagitau ibu saya, waris anak sulung nenek pasal duit yg saya curi tu. Sekarang ni saya patut ganti duit nenek pada emak atau saya perlu sedekah amal jariah untuk dia. Lagi satu saya tak ingat berapa banyak nak bayar ustaz. Harap ustaz dapat jawab.

    Reply
    • As Salam,

      Bayarlah kepada ibu atau ibu bapa saudara (anak-anak nenek).

      Jika semua tidak mahu terima (atau mereka semua setuju sedekah), boleh sedekahkan wang tersebut kepada mana-mana tabung kebajikan dan niat pahala untuk arwah nenek.

      Jika lupa jumlahnya, buatlah anggaran dan sedekahkan mengikut anggaran tersebut.

      Berlebih sedikit anggaran pun tidak apa sebab dapat juga pahala sedekah untuk kita. ?

      Reply
  19. Assalamualaikum, boleh sy tanya, kalau kita ambil duit adik beradik tanpa meminta izin untuk membeli sesuatu.. Lalu kita membayar secara senyap ii tanpa pengetahuan dia, haram ke guna barang yg kita beli tu dan berdosa ke?

    Reply

Leave a Comment